Tuesday 23 August 2011

Souichiro & Kyoko dari bintang Sagittarius 3

by Elf Firdaus on Friday, April 8, 2011 at 7:20am

"Why it's always say goodnight and go?"

Bila dah tiba masa kau pulak nak lanjutkan pelajaran.. kalau ikutkan hati, aku tak bagi. Aku tahu bunyinya tak munasabah, macam Taliban tak bagi perempuan buat apa pun kecuali duduk dalam rumah (mengikut versi kerajaan lahanat amareka la, bukan aku kata). Aku cuma berat hati sebab aku cukup kenal sikap kau, aku tahu silap aku tak bimbing kau dengan baik tapi sikap semulajadi yang memang ada dalam diri kau tu buat aku risau. Kau jenis yang tak pandai jaga diri, senang sangat terpengaruh dengan cakap orang. Tapi sudahnya aku tak halang pun kau pergi belajar, aku tak ada hak pun.. dan apa yang aku jangka betul-betul terjadi depan mata satu persatu, perangai kau makin menjadi-jadi bila kau dah kenal orang itu, kenal orang ini, apa lagi yang lebih sakit bila kau dah mula bandingkan aku dengan lelaki yang kau kenal. Kau kata dia jenis yang ada target, perancangan untuk masa depan, macam la aku ni tak merancang apa-apa. Kau kata dia tak bergantung hidup dengan orang lain, pandai berdikari tak macam aku. Yang dia makan tu bukan duit bapak dia ke? kau dah campur dengan pinjaman pelajaran yang dia buat ke belum? kereta yang dia pakai tu bukan kereta nenek dia ke? dia kerja sambil belajar ke? aku pun baru habis belajar masa tu, tak boleh bagi aku masa ke? mungkin aku tak ada pengalaman tapi aku pun cuba berdikari dan buat jalan sendiri. Kalau tidak, aku dah ambik jalan mudah terima je bila orang tua kau offer nak letak nama aku sebagai tuan punya salah satu cawangan bisnes keluarga kau, kita kawin, selesai.. happy ending.

Tapi aku memang pernah cuba untuk "join venture" tapi masa tu tak ada rezeki, lokasi premis yang nak di bukak tu tak strategik langsung. Nak buat macam mana kau tak boleh sabar dengan aku.. apa lagi yang lebih sakit bila aku tahu kau keluar lewat malam dengan lelaki lain yang kau baru kenal tak sampai setengah tahun pun? macam mana kau boleh kagum dengan cerita yang dia jaja dalam tempoh sesingkat tu? kau lupa apa yang kau dah harung sama-sama selama 5 tahun dengan sorang lelaki yang kau hina, kau lupa siapa lelaki yang pecut scooter buruk dia redah hujan pegi hantar kau ke kelas tambahan, kau menangis bila tak ada seorang pun dalam keluarga kau yang boleh hantar padahal hari tu hari cuti, jarak rumah kau dengan kelas tak sampai 10 minit dan jarak lelaki yang kau hina tu dengan kelas kau 10 kilometer. Kau pernah nekad nak lari dari rumah, kau lupa siapa yang suruh kau sabar dan bertahan dan berjanji apa yang kau harung dalam keluarga tu cuma satu fasa dalam hidup yang akan kau tinggalkan, kau lupa dan tak pernah cuba renung balik di waktu-waktu kau menangis dan dalam kesusahan, pernah ke lelaki hina tu tak ada? kau lupa pernah ke lelaki hina tu berkasar dengan kau walaupun ahli keluarga kau bagi dia kebenaran untuk naik tangan, kau lupa lelaki hina tu yang bagi monitor komputer dia supaya kau dapat selesaikan assignment, kau lupa lelaki hina tu yang hantar kau jauh-jauh ke tempat belajar walaupun demam, lelaki hina tu tak mampu nak memandu balik dan terpaksa tidur dalam kereta sekejap kat depan rumah kau sebelum sambung memandu, kau lupa lelaki hina tu tak cekap memandu tapi dia yang pecut kereta 160 kilometer sejam redah jalan kampung masa hujan lebat, azan subuh tengah berkumandang dibulan ramadhan bila tahu kau kemalangan kat lebuhraya, lelaki hina tu yang call balai polis, call keluarga kau, call orang tarik kereta, masa tu lelaki hina tu tak berduit dan mujur dia ada hobi simpan duit syiling banyak-banyak dan duit tu yang dia guna untuk masuk lebuhraya cari kau, dan kau bayar dengan berfoya-foya dengan lelaki lain, tuhan nak tunjuk kat lelaki hina tu siapa diri kau yang sebenarnya, kat perhentian tepi lebuhraya tu jugak lelaki hina tu hilang sabar dan maki kau depan abang tarik kereta tu, kat situ jugak dia hempas handphone ke jalan tar sebab rasa penat pecut kereta sambil gelabah call sana sini sebab risau keadaan kau tapi kau boleh ungkit kau ada share dalam handphone yang dia pakai tu, padahal satu jam sebelum tu lelaki hina tu tiba-tiba terbangun dan teringat kau, lelaki tu tak makan sahur pun, heran kenapa tiba-tiba tak sedap hati, dia sms kawan baik dia "si pisang", dia bagitahu kawan tu dia nak ubah perangai, dia dah taknak berkasar dengan kau walau apa pun yang jadi, dia rindu nak jumpa kau dan terus dia call mintak kau balik, tapi terkejutnya dia bila dengar suara kau gelabah di pagi-pagi buta yang dia jangka kau tengah tidur,dan tuhan tunjukkan dia siapa diri kau yang sebenar, kau tipu dia.. kau cakap kau tak boleh balik sebab banyak assignment, sampai sekarang lelaki hina tu masih cuba terima hakikat. Hari tu jugak lepas semuanya selesai, kau jumpa lelaki yang kau hina tu, kau peluk dia dan kau meraung macam orang gila, kau mintak ampun dan janji tak buat lagi, dengan bodohnya lelaki hina tu maafkan kau macam tu je. Mungkin sebab dia pun tak pernah tengok kau meraung sampai macam tu, mungkin kau dah menyesal dan takkan buat lagi. Hubungan ni jadi tenang tapi tak lama.. dipendekkan cerita, aku tak tergamak nak bercakap pasal apa yang jadi lepas semua ni. Terlalu "drama" yang aku ingat aku boleh tengok dalam tv je tapi betul-betul jatuh atas kepala aku sendiri.

Sampai la satu masa kau dah tawar hati..

Seminggu kita tak jumpa, tapi hari Jumaat tu kau sms mintak maaf dan kau cakap kau rindu nak jumpa aku. Aku pun gagahkan diri petang tu jugak aku ambik bas ke KL. Bila dah sampai kau ambik aku kat LRT Setiawangsa. Aku rasa hari tu kita dah lupakan semua benda buruk yang dah jadi antara kita, kita mesra macam biasa tapi tak lama.. malam tu jugak ujian datang lagi. Malam tu kau sakit, aku pun tak tahu sakit apa. Disebabkan aku orang kampung yang buta jalan di KL, aku cuma mampu bawak kau ke klinik yang berdekatan, hari ni baru aku terfikir, kalau masa tu dah ada GPS insha Allah aku berani cakap mungkin kita takkan berpisah. Ishh sakitnya hati, teknologi pun main peranan dalam ujian ni.. masa tu kalau kat Malaysia ni dah ada GPS atau aku dah bermastautin kat KL, mungkin nasib kita tak macam sekarang. Tapi tengah malam tu sakit kau makin menjadi-jadi dan kau membebel benda yang pedih untuk aku dengar, kau kata masa kau sakit macam ni aku memang tak boleh di harap dan kau terpaksa bergantung kat orang lain, kau call mintak tolong kawan-kawan tempat kau kerja, kau kata sorang kakak apa tah nama dia dan uncle berbangsa India nak datang bawak kau ke hospital, kau suruh aku tunggu kat rumah, tak payah ikut. Apa la salahnya aku ikut..

Satu jam aku tunggu tak ada berita..

Aku call terus.. tapi bukan kau yang jawab, lelaki yang jawab. Mungkin uncle berbangsa India tu kot? dia cakap kau dalam bilik doktor, aku tanya dia kau masuk hospital mana, mula-mula dia macam tak nak cakap tapi aku tanya dengan sebaik-baik bahasa, akhirnya dia cakap jugak. Lepas tu baru kau nak cakap dengan aku, tapi apa yang kau cakap? kau cakap tak payah datang. Masa tu baru aku nak perasan suara lelaki tu tak bunyi macam uncle India cakap melayu pun.. aku dah tahu nama hospital, Hospital Ampang Puteri.. tapi masalahnya aku tak tahu jalan, nak mintak tolong kawan pun aku segan nak menyusahkan, dah pukul 1 pagi. Sudahnya, tanpa mintak izin, aku nekad guna kereta yang abang kau tinggal kat rumah, kalau dia ada awal-awal aku dah mintak tolong tapi dia outstation. aku pecut keluar ke jalan besar tapi tak tahu ke mana nak di tuju. cuma ada satu cara, aku drive pergi kat stesen LRT yang kau ambik aku petang tadi, aku tahan teksi, aku mintak dia guide aku pegi ke hospital. Dia mintak aku bayar dulu, mungkin dia takut aku lari sebab dia bawak teksi, aku bawak kereta lain ikut belakang dia. 10 minit dah sampai hospital, dekatnya.. punya la mahal driver teksi tu katok aku. Tapi nak buat macam mana, aku dah tak fikir apa-apa selain nak cepat sampai kat kau.

Sampai kat lobi hospital, aku call lagi, aku tanya kau duduk wad mana tapi kau tak nak cakap, kau suruh aku balik dan kau reject call. Aku call lagi dan tanya banyak kali, baru kau nak cakap. Aku terus lari naik lif, naik cari wad kau. Bila dah sampai ke tingkat paling atas, aku lari ke sana ke sini tapi tak jumpa bilik kau, besar hospital tu, akhirnya aku sampai depan pintu bilik kau. Private hospital rupanya.. mana la aku tahu, ni kali pertama aku sampai sini. Berpeluh, tercungap-cungap berlari, aku pulas tombol pintu, slow.. langsung tak keluar bunyi macam ninja, dalam bilik tu ada lima ke enam katil yang langsirnya dah bertutup. Aku tak tahu mana satu katil kau, tadi kau cakap ada sorang kakak dan uncle India dengan kau, aku berdiri kat pintu sekejap, diam tak cakap apa, dengan harapan mungkin dapat dengar suara kakak dan uncle tu, tapi sunyi.. tanya gerak hati, aku terus pegi selak langsir katil paling hujung tapi katil tu kosong, bukan kau. Mungkin sebab terdengar bunyi tapak kaki aku, tiba-tiba dari belakang aku dengar bunyi orang selak langsir katil pertama, betul-betul sebelah pintu yang aku tercegat tadi. Aku tengok ada sorang lelaki Cina umur dalam 30-an jenguk kepala ke luar dan tengok aku atas bawah, bila dia tanya aku "kamu Souichiro?" terus aku tahu dia bukan Cina. Uncle India dan kakak tu pun tak ada. Aku tak tahu siapa dia tapi yang aku tahu, inilah sebabnya kau suruh aku balik, jangan datang..

Hehe sampai hati kau halau aku kan..

Kau suruh aku balik.. balik mana? balik kampung? mana aku nak cari bas pukul 1 pagi? kau pun tahu aku tak tahu langsung jalan kat tengah-tengah KL tu. Aku cuma tahu turun bas kat Puduraya dan pergi Shah Alam, itu pun sebab aku penah praktikal disana. Sampai sekarang aku tertanya-tanya, pernah tak kau luangkan masa untuk beberapa minit dan fikir.. tengah hari tadi kau sms mintak maaf, kau mintak aku datang, kau cakap rindu nak jumpa aku, aku pun memang teringin nak jumpa kau, 4 jam perjalanan, petang tu kita dapat jumpa dan malam tu jugak kau halau aku balik macam sampah. Macam jarak rumah aku dengan hospital tu dekat, dekat macam jarak rumah kau nak pegi ke kelas tambahan yang cuma 10 minit. Aku, kau dan dia bisu seribu bahasa sekejap, dia berdiri di sebelah kanan katil kau, aku sebelah kiri, senyap.. aku mulakan dengan bertanya "dah bagitau mak ke? kalau belum orang boleh call", dengan pantas brother tu menyibuk cakap dia dah call, mak dan abang kau dah dalam perjalanan datang dari kampung. Aku tengok jam dah dekat pukul 1.30 pagi, mungkin dia orang sampai dalam pukul 4 pagi. Aku tengok kau pegang handphone jadi kat situ jugak aku sms kau, aku tulis dan send "sampai hati kau buat aku macam ni, apa dosa aku? aku tak tahu siapa mamat ni tapi kalau kau rasa dia pengganti aku, tolong bagitau aku sekarang jugak, aku nak kau reject aku depan mata dia, biar aku tahu macam mana rasanya kalah habis-habisan, tolong cakap depan dia dan sekarang jugak aku boleh pegi dari sini", kau tak balas sms aku. Lepas tu kau mintak aku pimpin kau pegi tandas, aku pun usung kau pelan-pelan. Masa tunggu kau kat pintu tandas tu aku sms lagi soalan yang sama, aku pimpin kau naik katil balik, dan lepas tu kau balas sms aku, kau cakap kau pilih dia. Masa tu aku dah tahu semua ni dah berakhir dan aku dah boleh balik, tapi tiba-tiba aku rasa tak boleh terima hakikat, walaupun dah terang-terang kalah, dengan tak malunya aku masih tercegat kat situ, masa tu aku dapat rasa aku memang tak boleh hilang kau..

Selama ni aku yang kononnya sangat pentingkan maruah..

Aku ajar kau - kalau orang dah tak nak buat apa yang kau nak atau mintak tolong, jangan tunggu atau merayu lagi, blah je.. selamatkan sisa maruah yang masih ada, tapi hari ni aku dah hilang semua maruah aku dengan masih tercegat macam kayu kat situ. Lepas tu brother tu cakap kat kau dia dah nak balik, esok pagi sebelum pergi kerja dia cakap nak datang lagi, lepas tu cool je dia sound aku "Souichiro jangan duduk lama-lama kat sini, Kyoko ni sakit, kena banyak berehat". Badan aku yang berpeluh berlari cari wad kau belum kering jadi bertambah panas, rasa nak maki, nak buat gila aku simpan dalam-dalam sebab mengenangkan aku dalam hospital dan ada 4-5 pesakit lagi dalam bilik tu, aku bisu tak balas cakap Mr.Cool tu. Semangat aku nak melawan dah hilang bila aku tahu kau dah tak perlukan aku. Lepas dia balik, aku tarik kerusi dan duduk dekat kau. kau baring muka menghadap aku tapi mata kau dah tak nak tenung mata aku. Aku tanya siapa Mr.Cool tu tapi kau tak jawab, aku cakap sampai hati kau buat aku macam ni, kau suruh aku datang KL hari ni semata-mata untuk revenge ke? besar sangat ke dosa aku sampai kau sanggup buat aku untuk kali ke dua? kau bisu.. lepas tu doktor masuk dan cakap aku tak boleh teman kau sebab ini wad perempuan, aku cakap kat dia aku akan balik bila mak dan abang kau dah sampai, dia orang dalam perjalanan, doktor tu faham dan dia benarkan.

Kau penah bagitahu aku..

Kau nak pergi melancong dengan kawan-kawan tempat kau kerja dan aku tahu tarikhnya dah dekat, minggu depan. Bila dah terjumpa Mr.Cool tadi, baru aku faham kenapa kau nak pergi. Aku cakap kalau dah sakit macam ni tak payah la pergi, rehat je kat umah, kau bisu.. lepas tu aku dah tak tahu nak cakap apa. Aku tengok jam dah dekat pukul 3 pagi, kita diam seribu bahasa.. aku tahu kau dah tak ada apa-apa yang nak di cakap dengan aku. Aku yang sepatutnya dah tak ada kat situ, kau dah terang-terang nyatakan pilihan kau, cuma aku yang tak tahu malu. Disebabkan penat dari siang tadi tak rehat, aku sandarkan kepala kat tilam, betul-betul dekat tangan kau. Aku terlelap..

Tiba-tiba aku terjaga dari tidur..

Tapi aku tak angkat kepala sebab aku dengar kau menangis, kau usap-usap kepala aku.. lepas tu kau goyang bahu aku, aku angkat kepala. Kau tanya aku "dear, letih ke? aku senyum dan geleng kepala. Kau suruh aku naik atas katil baring je sebelah kau. Aku cakap tak apa, yang patut berehat tu engkau. Aku sambung lagi, aku faham kalau kau dah buat keputusan, cuma aku dah tak boleh berfikir dengan waras sekarang, yang ada dalam kepala aku cuma - kau sakit, yang aku tahu aku takkan balik selagi kau ada kat sini, aku nak jaga kau. Lebih kurang 4.30 pagi mak dan abang kau sampai, abang kau senyum tengok aku, mak kau pulak terperanjat aku ada kat situ. Aku bohong dia, aku cakap aku datang dari Shah Alam bila tahu kau masuk hospital, padahal dia tak tahu aku datang dari kampung. Aku keluar dari bilik, biar kau luangkan masa dengan mak dan abang kau. Tak lama lepas tu abang kau keluar dan tanya aku siapa yang call bagitahu mak? aku cakap bukan aku tapi bf baru kau, dia ada tadi tapi dah balik. Dia senyum tak cakap apa, mungkin dia ingat aku bergurau, atau dia memang tak nak masuk campur. Dalam 5.30 pagi mak dan abang kau nak balik rumah, yang jaraknya dengan hospital 10 minit je kalau jalan tak sesak. Mak ajak aku balik sekali tapi aku cakap aku nak jaga kau, dia paksa aku ikut sebab mata aku dah lebam, aku tolak baik-baik, aku cakap aku nak jaga kau dan aku bohong lagi cakap lepas ni nak balik Shah Alam terus.

Matahari dah naik, jam dah 7.30 pagi..

Aku masih terkebil-kebil bijik mata tak tidur. Mengantuk dan letih sangat tapi aku nekad nak jaga kau, kau penah cakap aku tak boleh di harap bila kau tak sihat, jadi kali ni aku nekad tak nak terlepas apa-apa. Dan orang yang pertama datang pagi tu ialah Mr.Cool, sakitnya hati aku tuhan je yang tahu. Aku tengok muka kau berseri-seri je.. aku pegi ke tingkap kat hujung bilik, bagi ruang kau habiskan masa dengan dia. Entah kenapa aku bodoh sangat masa tu bagi muka kat dia. Dari tingkat paling atas, aku layan pemandangan kat Ampang. Pemandangan la sangat.. layan tengok orang sibuk keluar pergi kerja. Sekali-sekala aku jeling kat katil, ewahh mesranya kerusi dia rapatkan ke katil, kau pulak baring letak dua-dua tangan kat pipi menghadap muka dia, kejap sengih kejap gelak, dah dapat ubat agaknya. Panas hati punya pasal aku bangun dan pegi berdiri sebelah dia, kau berdua pun diam tutup cerita. Aku dah tak nak bagi ruang. Lepas tu terus dia cakap nak pergi kerja dan tengah hari nanti dia datang lagi, aku sakit hati lagi. Dalam 8.30 pagi mak dan abang kau datang, mak terkejut bila tengok aku ada lagi kat situ, mata dah merah lebam tak tidur dua hari.. dia nak bagi kunci rumah, suruh aku balik rehat dulu, tengah hari nanti datang balik, aku jawab dengan senyum dan geleng kepala je.

Aku jarakkan diri lagi sekali, bagi ruang untuk kau luang masa dengan keluarga. Lepas tu mak datang dekat aku, dia ajak turun.. dia cakap nak belanja makan, mem besar dah kasi arahan jadi aku ikut je. Aku dah tak ingat apa yang kami borak kat kafe.. Yang aku ingat cuma dia tanya kenapa tak jadi join venture, dia tanya apa future plan aku, dia suruh kawin cepat, dia cakap entah macam mana aku boleh tahan dengan perangai kau, aku gelak je, tak bermaksud kau jahat, cuma banyak karenah mungkin, biasa la tu anak bongsu, sama la aku. Dia ucap terima kasih sebab teman kau, aku cakap tak jadi masalah, tak seberapa pun kalau nak dibandingkan dengan segala jasa dia bagi aku baju raya, dia selalu susah hati dan cuba ambik hati aku bila aku kena marah dengan big boss, memang aku terasa jugak tapi aku tak tunjuk, aku sengih macam tak ada apa-apa sebab mengenangkan segala kebaikan dia, dia layan aku macam anak dia sendiri, aku pun anggap dia dah macam mak sendiri jadi dia tak perlu pujuk aku, biar aku pandai-pandai ambik hati sendiri. Dia masak untuk aku, paling aku terharu bila dia tahu masakan kegemaran aku, bila dia tahu aku tak sentuh kalau ada cili, dia buat.. sumpah, masakan yang terbaik yang aku penah makan selain masakan ibu kandung sendiri, dia antara ibu-ibu yang tabah yang penah aku kenal. Dia nak bayar makan tapi aku tolak, aku cakap biar aku yang belanja sebab mungkin ini kali terakhir aku belanja dia. Entah apa pasal aku cakap macam tu, tapi nasib baik dia tak syak apa-apa. Aku cuma dapat rasa aku dengan kau dah tak lama.

Lepas tu kami terus naik ke atas balik.. ke wad kau. Mak terus ajak abang kau balik. Dia ajak aku balik sama, tidur dan berehat dulu sebab aku belum tidur semalaman, petang nanti boleh datang balik sama-sama. Aku mengalah tapi aku suruh dia orang jalan dulu sebab aku pinjam kereta abang sulung kau. Jadi kami pun balik berasingan. Tapi dalam perjalanan nak balik ke rumah kau tu, aku ubah fikiran. Aku rasa nak patah balik pergi tunggu kau. Nekad aku dah datang balik, hari ni aku nak rebah pengsan sebab tak cukup tidur, jatuh sakit ke apa ke, aku dah tak peduli. Aku nak tunjuk aku ikhlas sayang kau dan aku betul-betul dah berubah. Sampai je kat apartment kau, aku naik serah kunci kereta kat mak, aku terus nak turun balik, mak tanya "nak pergi mana tu?" aku cakap nak pegi hospital balik, dia geleng kepala.. dia tak paksa aku berehat dah, mungkin dia tahu aku takkan dengar. Dia tanya lagi "kamu nak pergi naik ape tu? takpe pakai la dulu kereta ni", aku tolak, aku cakap "takpe makcik, kawan saya dah tunggu kat bawah tu, dia boleh hantar". Mak cakap lagi "ye ke niee? ke kamu nak naik bas?", aku nafi. Aku turun bawah dengan beg galas yang berisi pakaian aku dan terus jalan kaki pegi tunggu kat bus stop, tunggu punya tunggu, teksi sampai, aku tahan dan naik pegi ke hospital balik. Mahal tapi aku terpaksa naik teksi sebab nak cepat dan aku memang tak tahu bas mana satu yang akan menghala ke hospital tu. Dalam perjalanan sambil-sambil tu aku seluk poket periksa duit, hmm.. cukup kot untuk bayar tambang teksi dan makan untuk satu hari lagi, harap-harap kau sembuh dan keluar hospital cepat..

Tak ada apa-apa yang menarik berlaku petang tu untuk aku cakapkan..

Cuma mak dan abang kau datang, kawan-kawan tempat kerja kau datang, termasuklah Mr.Cool. Cuma sorang je yang datang tak reti-reti nak balik - lelaki keras kepala yang tak tidur-tidur, mata lebam duduk tepi tingkap, tengok dari jauh, jadi kayu. Senja.. semua orang dah balik, mak pun dah tak ajak aku balik, dia tahu aku memang tak akan balik. Aku tunggu kau sampai ke tengah malam, aku tahu tak boleh tapi aku gamble.. tirai katil pesakit semua dah di tutup termasuk tirai kau, aku harap aku boleh selamat lagi untuk malam ni. Aku dah tak ingat apa yang kita borak, yang aku ingat cuma, aku cakap kalau boleh tak payah la pergi melancong tu, lain kali kita pergi la sama-sama. Heh aku yang tak ada masa depan ni bercakap pasal nak pergi melancong.. kau cakap kau nak pergi jugak. Dah masuk 2 hari aku tak tidur.. tapi lebih kurang dalam 12.30 tengah malam, datang sorang doktor perempuan yang periksa kau semalam, dia datang bagi ubat dan periksa kau lagi, dia tak endahkan aku yang duduk di kerusi sebelah katil kau. Lepas tu dia terus keluar. Tak sampai 15 minit lepas tu dia datang balik, kali ni dia tak datang sorang, dia bawak security guard. Guard tu tegur aku baik-baik, dia cakap "adik, adik kena balik sekarang jugak, adik tak boleh tunggu kat sini sebab ini wad perempuan, perempuan je yang boleh tunggu sini". Kali ni aku dah tak boleh buat apa-apa, memang salah aku pun, mana boleh tunggu kat sini. Aku jawab "baik pakcik, saya turun sekarang". Dia orang keluar dulu, guard tu tak pulak iring aku keluar. Aku dah pegang beg pakaian aku, tapi masih belum bangun dari kerusi. Aku sedih, berat hati, aku betul-betul nak tunggu kau kat sini, aku tak nak balik selagi kau belum keluar hospital.. aku tak boleh tunggu lama lagi, takut guard tu datang balik. Dengan hati yang berat aku cakap kat kau "orang balik dulu eh.." dan aku sangat terharu, sangat berterima kasih bila kau jawab dalam volume yang slow tapi keras "ape nak jadi ni?? buat malu je, eh pegi balik la Souichiro, i tak suruh pun you tunggu kat sini!". Betul, dari awal lagi kau dah suruh jangan datang dan pergi balik, tapi aku datang jugak. Tadi aku memang boleh terima guard tu suruh aku balik, tapi kalau orang yang aku sayang ni sendiri yang halau aku, apa lagi yang aku boleh buat? memang dah tak ada muka, masa tu aku betul-betul rasa aku dah tak ada maruah, maruah aku kena pijak habis-habisan. Hinanya aku.. satu lagi penghinaan terbesar yang aku terima yang pastinya takkan aku lupa sampai mati. Aku ni binatang ke? kau memang tak tahu aku ada perasaan? aku tunduk terdiam sekejap, antara percaya tak percaya dengan apa yang aku dengar, aku angkat beg dan terus keluar dari wad, masuk lif dan turun ke tingkat bawah. Di lobi, aku terduduk kat kerusi, tunduk, lama.. slow-slow aku cuba berfikir balik. Dengan tak malunya aku masih ada niat nak tunggu kat sini sampai subuh, tapi apa yang aku baru terima tadi tu tak cukup ke? aku dah tak ada pilihan lain selain terpaksa pergi.

Aku jalan kaki keluar dari kawasan Hospital Ampang Puteri..

Berdiri kat tepi jalan raya. Aku tengok jam kat tangan, dah pukul 1.30 pagi, aku jalan pergi ke tengah jalan raya, duduk kat pembahagi jalan, jalan kosong, sunyi sepi, keadaan KL yang paling sunyi pernah aku rasa. Nah.. sekarang mana aku nak pergi? aku mana ada kawan kat tengah-tengah KL ni. Aku teringat, aku ada beberapa orang sahabat di Shah Alam. Aku check duit dalam poket, berkira-kira nak naik teksi pergi Shah Alam. Cuma tinggal rm1.20 sen.. teksi cengkadak apa rm1.20 sen.. aku keluarkan handphone 3310 dari poket, check kredit ada la lagi rm5. Aku hantar sms kat sahabat "sekarang aku kat hospital tengok Kyoko sakit tapi pak guard dah halau, nak tunggu kat sini pun tak boleh sebab Kyoko sendiri pun halau aku, aku nak pergi kat kau orang tapi dah tak ada duit, boleh tak mintak tolong datang ambik aku kat sini?". Dengan harapan dia orang belum tidur lagi. Ada respon, sorang sahabat terus call, para sahabat suruh tunggu sampai dia orang datang. Aku terus duduk bisu kat tengah-tengah pembahagi jalan macam orang tak ada rumah, kalau kena langgar dek kereta buta je. Kedai makan depan mata je tapi aku dah tak ada duit nak makan. Dalam 2.30 pagi tiga orang sahabat pun sampai, aku naik kereta, dia orang terus jalan, balik Shah Alam. Dalam kereta semua orang bisu tak bercakap, tak tanya apa-apa. Kat kerusi belakang, aku duduk mengenang nasib.

Sampai rumah di Shah Alam, aku terus baring atas lantai, para sahabat ada yang tidur, ada yang dengar lagu, tengok tv, buat hal masing-masing, sambil baring aku seluk poket, aku bukak handphone 3310, patahkan sim kad, dalam gelap mata aku terkebil-kebil flashback balik benda yang dah jadi, ini harga yang harus aku bayar selepas datang naik bas dari kampung, tak tidur selama 2 hari. Aku kalah habis-habisan sampai sikit maruah pun tak tinggal..zzz...


2 comments: