Tuesday 23 August 2011

Souichiro & Kyoko dari bintang Sagittarius 2

by Elf Firdaus on Monday, November 15, 2010 at 5:40am

Kita macam dah di takdirkan tuhan hidup sama-sama sampai mati..

Kita sama tinggi, semua orang cakap muka kita sama, dah macam adik-beradik, tarikh lahir berjiran, kakak kita dah berkawan lama sebelum kita jumpa, aku berkawan dengan abang kau, masa kenal kau aku pun tak tahu kau ni adik dia, suami kakak kau satu department dengan kakak aku, satu je yang berbeza antara kita, kau suka makan pedas, aku tak. Tapi kau ajar aku makan pedas, sampai satu tahap aku boleh makan benda yang pedas lebih dari kau, kau dah berpeluh-peluh dan heran tengok aku makan dengan muka tak ada perasaan. Aku sendiri pun heran sejak bila aku boleh jadi terer macam tu. Kita sama-sama anak bongsu, tapi kawan yang nyaris-nyaris nak jadi kekasih gelap aku pernah cakap kalau dua-dua anak bongsu susah sikit sebab dua-dua dah terbiasa di manja dari kecik, (eleh dia nak suruh aku break up dengan kau la tu, hehe!) jadi bila bergaduh masing-masing tak nak mengalah. Ye ke? tah la. Aku banyak bercerita pasal kau kat dia, aku cakap terang-terang aku dah ada kau, tapi apa yang kawan aku tu cakap buat aku fikir balik, ada betulnya untuk pihak diri aku, aku memang keras hati, keras kepala. Kalau aku bersalah aku mintak maaf tapi kadang-kadang aku buat bodoh je walau pun memang salah aku, nak buat macam mana kau punya merajuk kadang-kadang meleret panjang, ayat kau pulak boleh tahan pedih aku dengar. Kalau kau buat salah.. selagi kau tak mintak maaf, kalau sepuluh jam kita duduk berdua, habis sepuluh jam aku tak bercakap dengan kau. Kalau ye pun sakit hati, apalah salahnya kalau aku terangkan kat kau dengan cara yang paling lembut, paling baik, yang perbuatan kau tu salah, itulah tugas lelaki yang Allah lantik sebagai khalifah, sebagai pemimpin yang tahu bila nak guna otak. Bila kau dah tak ada, aku masih percaya yang kita ditakdirkan hidup sama-sama sampai mati. Bodoh betul aku.

Kita kaki wayang dan dvd tegar..

Aku tak buang tiket wayang, aku kumpul semuanya, ada macam-macam cerita suka dan duka antara aku dan kau di sebalik tiket-tiket tu, aku simpan sampai sekarang dakwat kat tiket tu pun dah kabur.. mood kita happy kalau movie tu happy ending, romantik. Kau menangis kalau ada part sedih, kalau ada yang mati. Kau ingat tak kau menangis masa tengok My Heart? Heheh aku cover gelak sampai menggigil. 1st time aku tahu kau tak boleh tengok part-part sedih ni masa aku nampak kau menangis masa tengok cerita hindustan kat rumah aku, kau menangis bagai nak rak tapi tak keluar bunyi, punya la kelakar sampai aku dah tak boleh cover gelak, kau sengih tahan malu. Comel la kau.. heheh! kita habiskan masa sama-sama tengok Smallville, Prison Break. Ahah! Full House! Kita marathon drama Korea tu kat rumah aku, kau asyik gelak dan cubit pinggang aku, kau cakap perangai mamat tu sebijik macam aku, suka cari pasal, kaki buli, seronok bila dapat pekena kau, aku pun gelak, memang betul pun..hehe. Kita sama-sama gila drama Jepun, Korea, macam dah terlupa diri ni Melayu. Dari situlah datangnya "Souichiro dan Kyoko".. selalunya kau ikut suka benda yang aku suka, tapi kadang-kadang aku tak berapa nak suka lagu yang kau suka, maafkan aku sebab aku tak berapa punk rock sangat. Tapi kita suka band-band dan lagu-lagu yang sama, masa ni theme song kita "berdua lebih baik" lagu Acha Septriasa. Hehe. Kita sanggup bersusah-payah datang ke KL tengok konsert band yang kita suka - Peterpan! Kau ingat lagi tak lepas habis dia orang bawak semua lagu dalam album Bintang Di Surga, semua orang pakat keluar stadium tapi aku cakap kat kau nanti dulu! Aku tak percaya dia tak ada simpan something special untuk penutup konsert, sekali nah.. Ariel cakap 'tak bisakah kau menunggu ku?'. Lagu baru dia yang baru keluar masa tu dan hit, takkan dia tak main kan? Kita bersorak sekuat-kuat hati! Yang dah keluar stadium pun lari masuk balik. Hujan lebat sampai berlumpur padang stadium merdeka tu tapi kita tak peduli, kita melompat-lompat dan menyanyi sampai berlumpur satu badan. Tak Bisakah.. Puas!

Kita gila karaoke..

Kau selalu puji bila aku nyanyi, kau cakap sedap. Ye ke? aku belasah je. Suara kau tak sedap, hehe.. tapi aku tak penah kritik pun.. kan? tak kisah la, kita bukan nak pergi masuk pertandingan pun kan? sedap ke tak aku tetap sayang kau. Ada sekali masa kita budak-budak lagi, kita pegi jamming kat satu studio dengan kawan-kawan aku, owner studio tu boleh pulak tengok kita dari cctv dan gelakkan kau ramai-ramai, rasanya aku tak pernah cerita kat kau, aku tak nak kau terasa hati, lagipun kita layan suka-suka, bukan nak pegi masuk pertandingan pun kan? sedap ke tak aku tetap sayang kau. Masa kau belum keluar, kawan aku sound owner studio tu, kita boikot studio tu yang kononnya berhabis ratus-ratus ribu bikin studio, tapi hati budi lebih murah dari duit satu sen. Lepas tu minggu depannya aku dengar-dengar, dia tulis kat white board studio dia "band .... dilarang sama sekali masuk ke studio ini". Macam la dia sorang je yang bukak studio jamming, sudahnya habis bungkus bisnes, lingkup. Itu salah satu kumpulan orang berniaga paling bodoh penah aku kenal.

Aku gila main game..

Dan kau suka paksa aku pasang game sebab kau nak tengok. Pelik budak ni.. aku kasi joystick suruh main kau tak nak pulak. Main Resident Evil, aku suruh kau tembak bila zombi tu serbu ramai-ramai, kau tembak dinding. Main Silent Hill, aku suruh kau bunuh hantu tapi kau jalan sikit, bila hantu tu datang kau baling joystick kat aku. Heheh comel la kau.. kalau main game, sampai ke subuh pun kau celik bijik mata tengok aku main. Aku happy bila kau teman aku buat benda yang aku suka, aku pun tak sangka sebenarnya kau suka tengok aku main game, mulanya aku takut kau bosan dengan apa yang aku suka. Ingat tak Final Fantasy X? karakter Yuna tu betul-betul sebijik macam kau, dengan rambutnya.. nama heronya pulak hampir-hampir dengan nama aku. Sampai je hari Ahad, aku terpaksa balik ke tempat belajar, kau takkan terlepas untuk tunggu aku kat stesen bas (masa ni la aku dapat idea untuk lagu Disini saja dan lagu Mendung hehe), tunggu sampai aku naik bas. Kau menangis macam kita dah tak dapat jumpa lagi. Aku faham kenapa kau menangis.. aku faham kau terseksa dengan situasi kat rumah kau.. sebab sayangkan kau, aku buat semua benda yang patutnya keluarga kau yang buat. Aku jaga, aku lindung kau lebih berbanding diri aku sendiri, aku rosak tak apa, jangan kau. Heheh sampai macam tu.. bila sampai petang jumaat, aku kemas barang cepat-cepat dan terus balik untuk jumpa kau, tiap-tiap minggu.. aku tak ambik pusing dengan aktivti kawat segala bagai kat kolej, aku tak peduli kawan-kawan perli aku, aku betul-betul addicted dengan kita,  bila aku sampai muka kau happy sangat, kita habiskan hari minggu sama-sama, sambung main game kesukaan kita, kau duduk depan tv, bulat bijik mata, setia tengok aku bunuh semua musuh, bila lapar kita keluar pegi makan, pegi studio, seronok? ini dah beronok-ronok dah ni, Mama pun geleng kepala dengan kita dua ekor ni..

Bila dah lama-lama dengan kau..

Bila dah terbiasa dengan kau, petang Jumaat sampai petang Ahad, kalau cuti semester lagi la tak payah cerita.. dalam sebulan tu boleh kata tiap-tiap hari kita habiskan sama-sama. Seingat aku kita tak pernah bosan, apa yang aku tak sedar ialah aku dah terbiasa dengan kau, lama-lama aku terlupa betapa istimewanya apa, siapa yang tuhan dah anugerahkan untuk aku, hari-hari selalu ada dengan aku sampai aku tak dapat nak agak macam mana perasaan kalau tiba-tiba kau hilang terus. Aku selalu marah bila kau pakai sendat-sendat, kau jawab kau pakai macam tu untuk aku, kau nak orang tahu aku ada girlfriend yang cantik, aku balas kalau kau pakai seluar track dan t-shirt biasa pun aku bangga dengan kau, sebab kau pakai macam mana selekeh pun kau dah memang cantik, jadi untuk apa kau pakai ketat-ketat bagi orang cuci mata? aku selalu kagum bila tengok kecantikan kau, bila tengok kau pakai pakaian yang buat kau nampak makin cantik. Kadang-kadang kalau esok nak jumpa, kau selalu tanya "esok nak orang pakai baju yang mana?" ada beberapa yang aku suka sangat tapi kalau esoknya hari minggu kita nak pegi tempat yang ramai orang, aku takkan sebut baju tu, kau terlalu cantik bila ada dalam baju tu, aku tak nak orang tengok-tengok kau, kita, aku tak suka. Mata kawan-kawan pun boleh tahan jugak, kau ingat aku tak tahu siapa kawan-kawan yang nak "try" kau kat belakang aku? heheh. Tapi aku lupa betapa istimewanya kau, betapa bodoh dan sombongnya aku, aku memang tak dapat maafkan diri aku dengan hal ni, cuma berharap dapat perbetulkan untuk kebaikan masa depan aku sendiri, walaupun kau selalu buat aku kagum, aku puji dalam hati je, aku tak pernah puji kau, aku
tahu perempuan mesti happy kalau orang yang dia sayang selalu puji dia, aku cuma pernah puji kau nampak comel bila pakai penyepit rambut kecik comel jek kat tengah-tengah kepala kau. Kau selalu berusaha buat aku gembira dan bangga dengan kau, kau tahu apa makanan kegemaran aku dan kau usaha beli bahan-bahan mentah dan masak untuk aku, tapi kau tak nak masak sorang-sorang, kau nak aku tunggu kau kat dapur, kalau aku pegi tengok tv atau buat hal sendiri masa kau memasak, kau merajuk. Perangai kau pelik tapi aku suka, sebab kau tak ada semangat nak buat apa-apa tanpa aku. Bila sedap, aku pulak bodoh sebab jarang puji masakan kau, sepuluh kali kau masak, dua kali je aku puji. Aku takkan lupa muka excited kau bila tengok apa aku nak kata bila rasa masakan kau, kalau aku puji.. kau gelak sambil tepuk tangan. Kau bagi aku makan banyak-banyak, kau pulak nasiknya dua senduk je, tapi kau habis makan sama dengan aku yang penuh satu pinggan (kadang-kadang dua). Masa kau banyak habis dengan tersengih-sengih tengok aku makan macam tak pernah jumpa nasik. Comel la kau, balik-balik kau yang comel, asal aku tengok muka kau je mesti kau buat muka comel, hehe. Bila tak berapa nak sedap, aku makan sikit je dan kau pun sedih je, kau tak sengih macam biasa, kau diam je. Aku pun tak cakap apa-apa.. apalah salahnya aku ambik hati kau, cakap je la "tak apa, lain kali boleh masak sedap-sedap lagi, mungkin terkurang letak bahan kot, aku dah cukup berterima kasih sebab kau ikhlas buat untuk aku dan rezeki yang tuhan bagi". Aku tahu kau akan sejuk hati dan makin excited sayangkan aku, aku tahu sebab bila aku ambik hati kau, aku boleh nampak kau punya "senyum sebab hati dah sejuk" dan kau peluk aku, kau sandar kat bahu aku tak reti-reti nak bangun sampai kebas tangan aku. Aku memang bodoh dan tak layak untuk kau..





3 comments: