Tuesday 23 August 2011

Souichiro & Kyoko dari bintang Sagittarius 4

by Elf Firdaus on Saturday, April 9, 2011 at 3:06pm

"16:30"

Aku dah lupa berapa hari kau terlantar di hospital, rasanya keesokan harinya kau dah keluar. Semalam aku baru patahkan kad sim hari ni aku dah beli kad sim baru - 017-2396208 (heheh aku ingat lagi nombornya) dan terus sms kau. Nampak tak betapa bodohnya aku.. Semalam aku patahkan kad sim sebab nak paksa diri terima ini semua dah berakhir, aku paksa diri untuk tak nak cari kau lagi, kononnya dah serik, tapi aku tak mampu Kyoko..

"ishh macam mana kalau dia sms atau call aku tapi tak dapat nanti? entah-entah dia dah menyesal dengan apa yang dah jadi semalam dan nak mintak maaf, entah-entah dia dah ubah fikiran tak nak pergi melancong dengan Mr.Cool dan cuba cari aku.." Boleh pulak aku fikir macam tu, dan itulah sebabnya tak sampai setengah hari aku dah beli kad sim baru dan bahagian yang bodohnya ialah - aku sms kau dah isinya lebih kurang macam ni seingat aku -

"sim card lama dah rosak, just wanna say goodbye - Souichiro"

Cehh.. padahal aku yang tak boleh let go, dengan apa yang dah aku harung tu aku masih boleh berharap kau akan balas sms. Aku harap kau balas -

"don't say goodbye dear, where are you? i miss you so much and i'm sorry for everything, i'll never gonna hurt you again dear".

Heheh akulah manusia paling bodoh di mukabumi sebab masih berharap macam tu. Punya la teruk, cinta mati..

Tengah hari tu handphone Nokia 3310 aku berbunyi, ada sms masuk, aku bukak dan memang sms dari Kyoko.

"orang dah keluar hospital, ni dah on the way balik kampung dengan mak".

Bunyinya taklah macam yang aku harapkan walaupun aku memang harap kau balas. Aku biarkan sms tu tak berbalas, aku dah tak tahu nak cakap apa. Keesokan paginya kau sms lagi,

"kat mana tu? tak balik kampung?"

"Shah Alam, petang ni balik".

Puii..! Bunyi macam dah patah hati tapi laju je petang tu jugak nak balik, tak sabar nak jumpa kau. Di ulang sekali lagi "walaupun dah kena sampai tahap ni". Aku takkan lupa semua kebodohan ni sampai mati..

Di penghujung relationship kita, kita masih selalu pergi karaoke. Masih.. walaupun aku masih sayangkan kau dan aku tahu kau dah tak macam dulu. Tapi banyak pilih lagu-lagu yang ada mesej tersirat antara satu sama lain. Aku marah bila kau pilih lagu-lagu yang aku memang tahu apa yang kau cuba sampaikan, lagu yang terang-terang maksudnya kau dah tak ada hati dengan aku, lagu yang memuji orang lain yang konon-konon akhirnya datang selamatkan kau (ye ke? yang aku tahu dia ada tiga anak, kaki main perempuan yang tak tinggal solat). Aku suka pilih lagu yang nak bagitahu berapa besar rasa sayang aku kat kau, aku boleh jadi gila kalau kau tak ada (memang lepas tu aku gila tak sembuh-sembuh), lagu yang nak bagitahu berapa sakit hati aku dengan apa yang kau dah buat, aku nyanyi lagu Menghitung hari versi Anda, bukan Kris Dayanti, lagu Pencinta Wanita (eee malunyaaaa...), lagu Janji tinggal janji - KRU. Hehehehe! Nasib baik lagu duda anak tiga (Iwan Fals) tu tak ada, kalau ada aku mesti ambik punya. Aku tahu kau faham bila kau pegang tangan aku. Kau pulak ambik lagu Rihanna, Unfaithful.

Hehe bunyi macam dah insaf tapi sehari lepas tu kau tinggal aku seminggu dan habiskan masa pergi bercuti dengan kawan-kawan kau. Kawan-kawan eh? cover up je tu, aku tahu Mr.cool tu ada. Aku tak bagi kau pergi tapi aku lepas jugak sebab aku kecewa bila tengok kau sendiri bersungguh-sungguh nak pergi. Kau mintak aku sambut kau kat airport bila kau balik nanti.

"Dear jangan risau la, memang abang tu ada tapi kita orang bukan duduk sekali pun, okay macam ni, nanti orang balik dear ambik orang kat aiport okay? orang nak dear pakai baju kemeja putih lengan panjang, seluar hitam dan kasut converse yang orang bagi tu, dan.. orang nak dear bawak bunga, orang tak pernah pun dapat bunga.. okay? janji?" sambil buat muka manja.

Aku terus setuju sebab apa yang kau cakap tu betul. Masa tu aku rasa aku la lelaki paling tak best, dingin, angkuh, bodoh sombong dan macam-macam lagi gelaran yang tak bagus. Jadi aku setuju, dan aku rasa itu la waktunya untuk aku betul-betul berubah jadi lelaki yang kau nak, kalau kau ingat lagi, aku tak penah marah kau dah selepas tu sampai kau yang marah aku balik kenapa aku tak marah, kau sengaja buat perkara-perkara yang kau tahu memang boleh bangkitkan amarah aku tapi aku diam, aku senyum, aku nasihat kau dengan baik. Aku setuju sebab aku nak tunjuk kat kau aku mampu bersaing, akulah lelaki terbaik yang sekarang kau dah terlupa, yang penah kau bangga dulu, si tua tak sedar diri tu bukan saingan aku. Dari apa yang kau ceritakan sikit pun aku dah tahu dia bukan lelaki yang baik, dia memang ada niat lain dengan kau, dia pengecut yang bukannya ikhlas sangat. Buktinya? kau pun tahu.. dengan aku yang sepuluh tahun lebih muda dari dia ni pun dia tak berani nak bercakap benar, boleh pulak dia ugut aku nak main kotor, itu ke lelaki yang kau nak harap dia jaga kau seumur hidup? dan kau jangan lupa, dia adalah seorang lelaki yang pernah runtuh rumahtangganya, apa puncanya kau pun tak tahu bukan? kadang-kadang aku susah nak pecaya orang sebijak kau boleh jadi buta sampai macam tu.

Hari Ahad..

Kau pun berlepas pergi tinggalkan aku.. itu la lima hari terpanjang dalam hidup aku, macam orang gila sorang-sorang tunggu kau balik. Aku cuba call kau, dapat.. tapi kau tak jawab. Kau boleh bayang tak satu hari suntuk aku call kau dari pagi sampai ke malam, berkali-kali cas bateri dan cuba lagi dengan harapan kau jawab, aku betul-betul nak dengar suara kau. Tapi yang aku dapat dengar cuma caller ringtone Fort Minor kau yang memang sengaja nak menyeksa aku, "where'd you go i miss you
so..please come back home.." Damn..

Aku betul-betul rasa aku ada masalah jiwa masa tu, sudah la tinggal sorang, kurus kering, tak ada selera makan, dah tak ada nafsu nak main game, dada sesak rasa macam di tekan-tekan, aku baring je, kalau la kau tahu, entah apa yang kau rasa, mungkin kau tak rasa apa-apa, dua helai baju kau yang ada kat rumah aku, sebelum aku tidur, aku letak satu untuk lapik bantal, satu lagi aku pegang sampai la aku tertidur. Aku rindu kau macam orang gila..

Hari Rabu..

Tiba-tiba handphone aku berbunyi, nombor panjang, ini international, ini kau.. semangat aku datang balik bila dengar suara kau.

"Hello Souichiro, orang ni, dear sihat tak? Orang tak boleh cakap lama ni, orang cuma nak kasitahu Jumaat ni tak payah la ambik orang kat airport, orang balik sendiri".

"Jangan macam ni Kyoko, bunga pun orang dah beli..(aku tipu)" belum pun habis aku bercakap kau dah letak.. Aku dah sewel, kau tambah lagi lapan kali sewel.

Hehe macam mana la kau boleh tanya aku ok ke tak.. aku nekad, hari Jumaat aku mesti ada di airport, aku nak teruskan apa yang kau mintak - sambut kau kat airport dengan bunga. Aku terus keluar rumah dan pergi kedai bunga. Aku beli yang besar, siap ada dua beruang kat atasnya. Bunga dah ada, aku tahu kau balik hari apa, masalahnya aku tak tahu pukul berapa kau sampai Malaysia. Aku call dan tanya ofis, dia orang cakap kau orang balik hari Jumaat tapi dia orang pun tak tahu pukul berapa. Aku tanya mak, jawapan yang sama. Dah tak ada cara lain, aku call terus syarikat penerbangan, sorang operator perempuan jawab. Aku tanya dia ada tak group dari bla bla bla yang akan berlepas dari bla bla bla? ada tak penumpang namanya Kyoko? pukul berapa sampai? dia cakap dia mintak maaf, dia tak boleh dedahkan maklumat penumpang, aku faham ini untuk keselamatan tapi dengan nada selembut mungkin aku rayu dia bagitahu jugak, aku terpaksa menipu, aku cakap kat dia si Kyoko tu dah call nak suruh ambik kat airport tapi terputus, sempat bagitahu hari tapi tak sempat bagitahu pukul berapa. Dia cakap tak boleh, dia boleh hilang kerja kalau buat macam tu.

Aku dah mati akal, aku merayu lagi..

"tolong la cik, saya dah call ofis dia, saya dah tanya family dia tapi tak ada sorang pun yang tahu bila dia sampai".

Akhirnya dia bagitahu jugak, mungkin sebab kesian, mungkin dari suara aku yang sadis buat dia percaya aku tak ada apa-apa niat yang tak baik (agaknya la). Dia bagitahu memang ada satu group dari majlis bla bla bla yang akan berlepas dari bla bla bla dan akan sampai pada pukul 4.30 petang pada hari Jumaat, dan YES, Kyoko ada dalam group ni. Aku ucap terima kasih banyak-banyak dan letak telefon. Harap-harap cik tu tak kena pecat, mana la tahu kalau-kalau conversation tu on record. Harap-harap tak la sebab aku tak ada niat jahat nak taruk bom ke jadi terrorist ke, aku cuma nak bagi kau bunga dan bawak kau balik, itu je..

Hari Jumaat..

Aku bangun pagi dan bersiap, aku pakai pakaian dan kasut macam yang kau mintak. Di sebabkan aku buta jalan KL, aku mintak kawan aku yang celik tolong bawa aku ke airport. Mat Nayan namanya.

"Gila ke apa nak pegi awal-awal, dia sampai petang karang". Mat Nayan tanya aku dengan muka berkerut.

"Tolong laa.. mana la tahu kalau-kalau dia tukar penerbangan ke dan sampai awal, tolong laa.. aku tak nak terlepas, mungkin ini usaha aku yang paling akhir, kalau gagal jugak, mungkin aku kena mula terima yang aku dan Kyoko memang di takdirkan takkan bersama, ini moment penting untuk aku". Aku berkeras macam Mat Nayan ni buruh paksa aku.

Mat Nayan ni memang tahu cerita dari A sampai Z dan mungkin dia tahu aku tengah tak berapa nak waras, jadi dia layan je. Pukul 11 pagi dengan hensem-nya aku dah sampai di airport dan terpacak depan pintu ketibaan international macam orang bodoh, dengan Mat Nayan sekali tak pasal-pasal terlibat. Aku pandang muka Mat Nayan, Mat Nayan pandang muka aku, lapar.. dia ajak makan dulu tapi aku tak nak blah dari situ, takut kau dah keluar dan aku terlepas. punya la takut.. padahal Rabu yang lepas cik operator dah bagitahu semua. Yang aku takut kalau dia tukar flight, itu je. Mat Nayan mengalah dan setia jadi pak pacak dengan aku. Macam orang bodoh jugak lepas setengah jam kat situ baru aku teringat nak pegi check board list-list penerbangan yang akan tiba untuk hari tu. Check punya check, last-last aku ternampak penerbangan dari bla bla bla. Betul, 4.30 petang. Lepas tu baru la aku ajak Mat Nayan pergi makan Mcdonald. Hari ni bila aku kenang balik semua (padahal aku tak pernah lupa pun), memang aku nampak betapa hilangnya kewarasan aku pada hari Jumaat tu. Flight kau pukul 4.30 petang, kalau la kau tahu 11 pagi aku dah ada kat situ, apa reaksi kau? mungkin kau tak kisah pun..

4 petang.

Aku dah terpacak balik depan pintu ketibaan international, punya semangat. Orang pun dah makin ramai. Aku perasan ada 2-3 orang yang pegang kamera dan mikrofon kat situ, gaya macam wartawan, biar la.. dalam ramai-ramai tu ada sorang makcik tukang mop datang mop dekat dengan aku dan Mat Nayan, dia tegur "wahh cantik bunga? untuk siapa la agaknya tu ye?" aku dan Mat Nayan sengih. Aku memang perasan dari awal aku sampai ke airport sampai 4 petang ni, aku tak nampak walau sorang pun manusia yang pegang bunga, sumpah. tak percaya tanya Mat Nayan. Orang pandang bunga kat tangan, pandang muka aku, dia orang senyum, aku senyum-senyum segan. Memang seumur hidup aku tak pernah buat macam ni. Belum pun pukul 4.30, tapi setiap manusia yang keluar dari pintu ketibaan tu, aku perhati betul-betul. Tercari-cari kelibat sorang perempuan, sempurna sifat orangnya, cantik, berkulit cerah, rambut lurus panjang, dan bermata besar, aku cari kau. aku suruh Mat Nayan perhatikan sama, takut terlepas. Mat Nayan cakap "dia belum sampai la, sabor laa". aku tahu. Aku yang gelabah lebih. bodoh. Nak jadi cerita, masa aku tengah scan muka-muka manusia kat situ, dari jauh aku terpandang satu muka yang aku cukup kenal. Sempurna sifat orangnya, cantik, berkulit cerah, mata besar, rambut lurus panjang di ikat, makin lama makin dekat berjalan betul-betul ke arah aku.

Mak aii.. Agnes Monica..??

ouhh, patut la.. orang pegang kamera dan mikrofon tadi memang tunggu dia la gamaknya.. apa dia buat kat sini? masa macam terhenti sekejap, aku terkedu tengok dia. Masa dia lintas betul-betul sebelah aku, dia pandang bunga kat tangan aku, dia pandang muka aku dan senyum. Waduhhh cantik banget.. aku tak balas, aku terlopong tengok dia. Aku bukan nak cakap dia senyum tu sebab dia suka aku ke apa, jauh panggang dari api. Mungkin sebab aku sorang je yang pegang bunga kat situ. Percayalah, aku ada kat situ dari 11 pagi sampai 6 petang, satu airport aku jalan, memang tak ada orang lain yang pegang bunga. Mungkin dia pun terfikir macam makcik tukang mop tadi cakap,  "wahh cantik banget bunganya, untuk siapa ya?", hehe sampai situ je, cukup-cukup la aku syok sendiri.

Lepas tu dia hilang dalam keramaian. Kat situ jugak aku tiba-tiba terfikir tuhan nak sampaikan sesuatu mesej kat aku - melalui Agnes Monica, sebaik je aku tengok mata dia. Muhehe memang bunyinya kelakar, kalau kau tahu mesti kau pun gelak. Memang aku terkedu tengok Agnes tapi aku tersedar sesuatu masa tu. Jangan silap, aku tak cakap Agnes Monica yang sedarkan aku, dia tak buat apa-apa pun, dia cuma baru turun kapal terbang entah dari planet mana, aku tak tahu apa pun sampai la beberapa hari lepas tu aku terbaca paper, dia datang buat konsert. Hehe hati aku dah tergerak rasa nak bagi je bunga tu kat dia dan balik, kau boleh jalan dengan encik duda anak 3 tu, tapi kaki aku kaku. Sesuatu mesej yang aku maksudkan ialah, selama ni aku hidup macam katak bawah tempurung, memang aku dah pergi ke merata tempat, Amerika, satu Malaysia aku dah pusing kecuali Sabah, Sarawak dan Labuan, banyak orang yang aku dah jumpa. Si papa kedana? si kaya raya? jutawan? tapi aku tak cuba kenal dan belajar langsung, semuanya perjalanan yang sia-sia tanpa bawak balik pengalaman yang berguna. Betapa ceteknya ilmu pengetahuan aku, betapa dunia ni luas dan penuh dengan ciptaan indah yang menunggu, aku je yang kena explore, tak boleh putus asa, hidup manusia tu sebenarnya dah berakhir di saat dia membuat keputusan untuk berputus asa. Macam aku, yang rasa semuanya berakhir dan tak boleh hidup kalau hilang kau. Aku tahu, aku pun ada silap, aku tak salahkan kau 100% tapi apa yang kau balas sangat berat untuk aku terima. Untuk apa aku bazirkan usia, tenaga, kesetiaan aku, tak pernah khianat kau walau sekalipun dan semua pengorbanan aku semata-mata untuk perempuan khianat dan tak tahu menghargai macam kau? padahal dunia ni luas lagi dan aku belum jumpa perempuan yang tahu menghargai, tahu apa makna sebenar maruah dan kesetiaan.

Fuhh.. sampai macam tu aku fikir hanya dengan ter-bertentang mata dengan Agnes Monica.. haishhh kalau la aku bagi bunga tu kat dia, mesti masuk paper. Pasal ada wartawan dah tunggu dia. Dia mesti rasa biasa jee, biasalahh peminat bagi bunga. TAPI, wartawan mesti ingat aku pacaran dia yang datang sambut pasal aku sorang je yang pegang bunga. Kalau dia orang tanya "cowok agnes kah?" laju je aku jawab YES! aku mesti mengaku punya hehe..

4.30 petang.

Aku rasa mungkin kau dah sampai, nak ambik bagasi pun akan ambik masa jugak, nak mencari beg lagi. Jadi aku terus perhati setiap orang yang keluar dari pintu ketibaan international tu, takut terlepas dan semua jadi sia-sia. Tiba-tiba aku berpeluh dingin, jantung berdegup laju. Aku mula terbayang apa agaknya reaksi kau? aku tahu kau mesti terkejut sebab kau tak tahu aku datang jugak sejauh 300km semata-mata untuk saat ni, apa agaknya yang akan jadi sekejap lagi? aku mintak Mat Nayan berdiri jauh dari aku, aku pesan kat dia apa pun yang terjadi sekejap lagi, jangan datang, tengok je dari jauh.

4.45 petang.

Semuanya bermula dari sekarang. Dalam orang ramai tu aku dah nampak kelibat satu group kakak-kakak dan abang-abang tempat kerja kau, aku tahu sebab ada di antara dia orang yang pakai uniform dan ada yang aku kenal sebab aku pernah pergi ofis kau. This is it. Aku toleh ke arah Mat Nayan, aku angguk bagi isyarat bermaksud kau dah sampai, dia faham dan dia makin menjarakkan diri dan perhati dari jauh. Aku tenung muka satu persatu tapi kau masih belum muncul. Aku dah mula panik, aku dah terlepas pandang ke? kau dah keluar ke? tapi aku tahu kau masih belum keluar. Aku rasa aku pun tahu apa yang aku akan nampak sekejap lagi, aku tahu orang-orang dari group ni semua dah keluar. kecuali kau dan encik duda anak tiga..

4.50 petang.

Aku rasa petang tu dunia jadi gelap sekejap, jadi sunyi, masa macam dah terhenti, yang bergerak masa tu cuma dua makhluk. Aku nampak kau dan encik duda jalan seiring usung beg, dah macam laki bini baru balik dari bulan madu. Dia cuma pakai t-shirt dan seluar pendek paras lutut, kau pulak pakai skirt jeans biru dan baju pink sendat tak ada lengan, timbul habis apa yang patutnya di tutup. Makin lama makin dekat dengan aku. Aku cuma berdiri menunggu masa kau nampak aku yang tak jauh depan mata kau.

Tapi yang hairannya kau tak nampak, kau keluar ke arah kiri dari tempat aku berdiri dan mula menjauh. Aku mulakan langkah untuk ikut kau, aku sempat toleh ke arah Mat Nayan yang nak ikut, aku bagi isyarat tangan dan geleng kepala, tanda suruh dia tunggu kat mana tempat dia berdiri, biar aku uruskan dari sini. Mat Nayan matikan langkah. Aku pun terus ekori dua makhluk ni..

Entah ke mana yang dia orang nak tuju..

Dengan bunga di tangan, aku ikut betul-betul belakang kau dan encik duda anak tiga, jarak yang sangat rapat. Aku boleh peluk kau dari belakang kalau aku nak, jarak yang cukup rapat. Kau orang ambik lif menuju ke bawah, aku agak mungkin kau orang nak cari tren ERL nak balik KL. Dalam ramai-ramai yang masuk dalam lif tu, aku ikut masuk sekali. Kau masih tak perasan aku ada dengan kau kat airport ni, mungkin sebab lif tu sesak. Lagipun mesti kau ingat aku takkan datang sebab kau dah pesan tak payah datang tempoh hari. Pintu lif pun terbukak kat 1 level kat bawah, aku ikut rapat. Kau orang berhenti dan bertanya kat sorang petugas airport "ERL ke arah mana?" petugas tu cakap kena naik level atas balik, betul jangkaan aku. Kau orang pun pusing balik ke arah lif dan masa kau orang toleh nak patah balik ke lif tu lah aku dah senyum tengok kau, cuma tunggu nak bertentang mata je dengan kau dan yang peliknya, yang ajaibnya, aku pun antara percaya tak percaya, kau masih tak nampak aku macamlah aku ni halimunan atau roh. Mana taknya, aku betul-betul belakang kau, kau orang dah toleh dan melepasi aku tapi masih tak perasan aku. Mak aii.. betul-betul bercinta dia orang ni sampai dah tak nampak dunia sekeliling. Aku pulak yang terasa macam aku ni dah mati, jadi roh yang kau tak nampak. Aku pun ikut kau orang masuk lif balik.

Kali ni dalam lif tu cuma kita bertiga..

Aku, kau dan encik duda. Punya buta kayunya kau orang sebab dalam keadaan tu pun masih tak perasan aku. Nak jadi cerita, nak tambah lagi drama, aku pun ingat benda macam ni aku boleh nampak dalam drama swasta je, tapi sekarang aku tengah alami sendiri. Dalam lif tu ketiga-tiga dindingnya semua cermin kecuali pintu lif. Masuk je dalam lif aku terus menghadap ke dinding, berpaling dari kau orang berdua. Tapi kedua-dua tangan aku letak ke belakang sambil pegang bunga, menghadap kau orang. Tiba-tiba aku dengar suara kau.. "ehhhhh??!" aku tahu kau dah sedar kewujudan aku kat situ. Baru sekarang kau sedar? adoi.. aku masih tak pusing menghadap kau orang sampai la pintu lif dah terbukak, aku ikut kau orang keluar dan akhirnya kita bersemuka..

Kau dah sengih-sengih, muka merah..

Muka tak percaya yang aku datang hari ni. Aku ajak kau pergi jalan-jalan sekejap dalam airport, aku nak bercakap dengan kau je, aku dah tak pandang muka orang tua hipokrit tu, kalau dia halang aku masa tu aku dah tak peduli apa nak jadi. Aku seorang yang cukup susah nak marah, tapi cubalah halang aku di masa-masa aku dah tak peduli apa nak jadi, apa yang jadi, tanggung sendirilah akibatnya. Tengok je dengan si munafik yang tak tinggal solat tapi berzina tu, cabar aku bukan main, tapi bila aku melawan, dia pulak sampai mintak back-up samseng melayu kampung, tak cukup itu dia siap buat laporan polis takut aku apa-apakan dia. Lelaki-lelaki ni yang kau bangga? orang tua tu bisu tak menghalang, aku terus berjalan dengan kau, tinggalkan dia. Kita naik satu level ke atas, sampai ke satu sudut aku berhenti. Aku hulurkan bunga kat kau.. kau ambik dan menangis teresak-esak. Aku peluk kau..

"orang datang sebab orang rindu sangat kat dear, orang nak mintak maaf atas segala-galanya yang kita lalui selama ni, orang berjanji takkan buat dear menangis lagi,

takkan meninggi suara dengan dear lagi, orang dah berubah, bagilah peluang untuk kita, orang sayang sangat kat dear, orang tak peduli dan tak kisah apa yang dear dah

buat dulu, orang masih boleh terima dear sebab orang pun dah buat banyak kesilapan, orang datang kali ni bukan nak bergaduh, orang datang kali ni cuma nak bagi dear

bunga, satu benda yang orang tak pernah buat dengan dear selama 5 tahun kita bersama, dan orang cuma nak bawak dear balik dengan orang, itu je".

Dalam menangis kau senyum dan angguk nak ikut aku balik. Aku pegang tangan kau dan kita pegi balik kat orang tua tu, nak ambik beg kau dan balik.

Sampai je kat orang tua tu..

Aku tengok Mat Nayan dah ada dengan dia, aku pun dah lupa apa yang Mat Nayan dah cakap dengan orang tua tu, yang aku tahu, tiba-tiba kau naik angin balik, kau mencarut-carut, hancur program aku.. aku tahu kau tak suka Mat Nayan. Aku ada rasa marah sikit dengan Mat Nayan, aku dah pesan apa pun yang jadi jangan datang dekat, tapi dia datang jugak. Aku tahu sebelum tu aku dah rancang dengan Mat Nayan nak bawak kau orang berdua berbincang, tapi kalau aku yang mulakan dulu, kemudian baru dia boleh masuk campur. Aku cuma datang nak bawak kau balik dan dengan mudahnya kau dah lembut hati dan setuju, tapi dia sendiri pulak boleh pegi bercakap dengan orang tua tu, kau pun dah mengamuk mencarut segala bagai. Dengan sakit hatinya aku pun ajak kita berempat pegi duduk kat Mcdonald dan berbincang.

Dipendekkan cerita..

Kau yang tadinya dah lembut hati, sekarang dah ubah fikiran sekelip mata, kau tak nak ikut aku balik. Aku pun dah lupa apa yang tua kutuk tu buat pandai nak jadi orang tengah tukang selesai masalah, yang aku ingat cuma bahagian-bahagian penting. Aku cakap dengan selembut mungkin, sekarang kita bertiga dah bersemuka, kau boleh buat pilihan kau sekarang, samada nak ikut aku atau ikut dia, tapi dah tentu aku harap kau ikut aku, sebab aku sayangkan kau, aku terus terang tanpa selindung. Perkara yang aku dah tanya dan dah dapat jawapan masa kau kat hospital. Dan jawapan kau sekarang pun kau masih pilih dia. Aku dah tak boleh nak cakap apa, aku cakap ok, kau orang boleh pergi. Kau berdua pun pergi tinggalkan aku dan Mat Nayan di meja. Makin lama kau makin jauh, aku tenung kau dari belakang, aku tenung bunga yang ada dalam
genggaman kau, makin jauh.

Lagi sekali aku tak boleh terima hakikat, aku pun dah tak ingat ini kali keberapa aku tak peduli aku ni ada maruah atau tak, yang aku tahu aku tak sanggup hilang kau Kyoko. Aku bangun dan lari sekuat hati pergi kejar kau balik, aku tarik tangan kau.. si tua tu terdiam sekejap tapi lepas tu dia berjalan tinggalkan aku dan kau. Aku mintak kau jangan pergi..

"orang janji orang akan berubah, dear pun tahu orang dah berubah, baliklah dengan orang, orang tak tahu entah macam mana hidup orang kalau dear tak ada".

Kau setuju nak ikut aku tapi.. kau mintak aku bawak si tua kutuk tu balik sekali, naik satu kereta dengan kita. Aku tanya kenapa aku perlu bawak dia? kau cakap sebab kau letak motor kat rumah dia. Aku terus tahu sampai sini saja perjalanan antara aku dan kau, aku dah tahu benda ni dah jadi untuk kali kedua. Aku dah tak ada pilihan selain lepaskan kau pegi.. sia-sialah perjalanan 300km aku ke airport semata-mata nak bawak kau balik dengan aku. Aku tinggalkan airport tanpa kau, aku gagal.

Kau cakap kau cuma letak motor dan bertolak sekali dengan dia tapi aku tahu kau tidur rumah dia. Masa kau orang melancong tu pun aku tahu kau tipu aku, kau cakap kau tidur dengan kakak satu ofis, tapi sebulan lepas tu aku tengok gambar kau dan dia masa kat sana. Gambar kau duduk atas katil. Kau cakap kakak tu yang tangkap gambar tu tapi Allah Maha Adil Maha Kuasa, aku tenung betul-betul gambar tu, aku nampak satu beg pinggang kat atas kerusi sebelah katil, aku tengok pulak gambar si tua tu posing sorang-sorang, aku bandingkan beg pinggang yang dia pakai, sah.. beg yang sama. Jadi aku tahu semua ni dah berakhir, aku dan kau, kita ditakdirkan tak dapat bersama lagi. Bunga yang aku susah payah beli kat kau? habis aku dah campak ke jalan raya masa nak balik kampung.. sayonara Kyoko San.

Dalam perjalanan pulang ke kampung, aku mintak Mat Nayan je yang bawak kereta, aku dah total lost. Renung jauh ke lebuhraya tapi renung kosong. Mat Nayan suruh aku pasang cd Dewa album Cintailah Cinta (album Dewa yang terbaik bagi aku dan kita, kau pun tahu kenapa), aku bagi Mat Nayan discman, suruh dia dengar sorang-sorang, aku dah tak ada nafsu nak dengar album tu. Mat Nayan pun layan Dewa dengan headphone di kepala. Tak lama lepas tu Mat Nayan bersuara..

"eh karang kalau jumpa stesen minyak singgah eh, isi minyak dan beli bateri, dah tinggal sikit ni",

"ha elok la tu, aku takut bateri "kong" (habis) sebab masa kita bertolak dari kampung aku tak check langsung". Aku baru teringat pasal bateri.

Lebih kurang 15 minit dah nampak stesen minyak kat depan, Mat Nayan berhenti kat petrol pump, aku turun pergi beli air bateri. Selesai isi minyak aku masuk balik dalam kereta, "kau berhenti tepi tu jap Nayan, aku nak isi air bateri"

Mat Nayan pun pergi berhenti dekat dengan tandas stesen minyak, aku turun dan isi air bateri, dan terus sambung perjalanan. Tak sampai 5 minit sambung perjalanan Mat Nayan tanya aku..

"Mana bateri? kau beli tak? Lahh dia ni.. "laa yang aku isi kat stesen minyak tadi tu apa?"

"tak, bateri mana?" Mat Nayan tanya lagi. "nihhh haaa!" aku cakap sambil angkat botol air bateri tu tunjuk kat dia.

"tak, bateri mana? bateri discman kau ni dah berkelip-kelip tunggu masa nak padam je ni" Mat Nayan pulak cakap sambil tangan sebelah angkat discman.

Aku tengok Mat Nayan, Mat Nayan tengok aku, dua-dua bantai gelak separuh mati, dekat setengah jam gelak tak berhenti. Setengah jam tu aku terlupa sekejap pasal Kyoko. Aku cakap pasal bateri kereta, dia cakap pasal bateri discman. Bodoh! Aku bodoh ke Mat Nayan bodoh? Apa-apalah. Hehe..




3 comments:

  1. sy sedih!
    cerita ni buat sy sedih.. huhu

    ReplyDelete
  2. momen itu momen racun dalam jarum
    momen itu antara momen aku semakin rapat dgn kau

    kisah cinta kau ini klasik!

    benar masa sungguh cepat berlalu
    namun semua ibarat seperti semalam

    kau tak kan melangkah sendirian ( ikhlas ni walaupun aku bukan KOP)

    keep on writing bro

    btw, masa kenduri "the pianist" nanti,
    u shall play him a song,
    and kita raikan kegembiraan sahabat

    take care taiko!

    ReplyDelete