Monday 1 October 2012

Tentang Syukur (Yang baik punya sejarah, yang jahat punya masa depan).


Apakah masih tidak jelas di hatimu wahai hamba? Allah itu Maha Penyayang dan Maha Adil kepada hambaNya. Ketahuilah oleh mu bahawa kemiskinan, hidup dalam serba kekurangan sememangnya satu ujian tapi kekayaan dan kesenangan hidup itu juga adalah satu ujian. Jika engkau miskin, bersyukurlah engkau tidak hidup merempat di kaki lima terpaksa meminta sedekah, masih mampu memiliki atau menyewa tempat berteduh, tidak tidur di perhentian bas atau masjid, engkau tidak papa kedana, bersyukurlah dengan apa yang ada dan tak usah mengeluh lagi kerana sebenarnya engkau sudah memiliki kasih sayang dari Allah. Renunglah dari dalam mata hati, dari dasar yang terdalam kerana di situ ada kebijaksanaan yang Allah anugerahkan untukmu. Renunglah wahai hamba, sesungguhnya engkau sudah memiliki apa yang kau perlu, dalam kealpaan memikirkan dan mengejar apa yang engkau mahu. Janganlah sesekali membandingkan dirimu dengan mereka yang memiliki kemewahan hidup, engkau tidak tahu apa yang telah mereka tempuhi untuk memiliki nikmat dunia yang telah mereka miliki. Engkau tidak pernah akan merasa cukup sampai kau mati jika itulah jalan pemikiran yang kau pilih. 

Ingatlah, di dalam kesenangan dan kemewahan hidup itu juga terselit ujian-ujian Allah. Seperti engkau, mereka juga diuji tentang keikhlasan, kesabaran, kejujuran, halal dan haram, riba, nafsu, dan berbagai-bagai godaan nikmat dunia. Dengan cara apakah mereka mencapai kemewahan itu? Ke mana mereka belanjakan harta-harta mereka? Bagaimana pula cara hidup mereka? Masihkah bersyukur dan mengingati Allah seperti dulu? Atau sudah sibuk dikelab-kelab malam? Tak usahlah kau fikirkan semua itu. Aku berbicara tentang hal- hal sebegini bukan kerana aku manusia yang baik, bukan cuba untuk menasihati sesiapa, tak lebih dari sekadar berbicara dengan lubuk hati sendiri yang masih berperang dengan hawa nafsu. Kerana merasakan hawa nafsu menguasai diri ini melampaui iman dan akal fikir yang waras. Bukan juga untuk menanamkan sikap tidak perlu mencari kesenangan dunia, soalnya ialah mendapatkan keseimbangan dalam mengejar dunia dan hidup selepas mati. 

Pernah satu ketika dulu aku melihat sahabat baik yang mengeluh kekurangan itu dan ini, segalanya serba sederhana dan kekurangan tetapi mencukupi, tidaklah hidup merempat, lalu beliau berhijrah ke Kuala Lumpur, berusaha mencari wang bersungguh-sungguh. Allah tidak akan mengubah nasib kita melainkan kita sendiri yang mengubahnya.. Allah memberi beliau kesenangan berupa wang ringgit tapi apa yang beliau lakukan selepas mendapat secebis kesenangan hidup? Rezeki Allah itu digunakan untuk bersuka-suka, kelab malam, perempuan, dan pusat judi. Belum merasa puas, beliau mula mencuri wang dari tempat beliau bekerja. Jumlahnya boleh dikatakan cukup untuk membayar muka untuk keluarkan kereta Toyota Caldina. Tak lama kemudian apa yang berlaku? Allah masih sayangkan beliau.. Beliau tertangkap semasa sedang mencuri wang. Selepas itu hidup beliau kembali seperti sebelumnya. Tidak mewah, tidak pula miskin papa kedana, cukup makan cukup pakaiannya. Tapi tidak ada lagi peruntukan untuk berhabis membeli dosa. Syukurlah beliau masih boleh memandang semua yang terjadi itu melalui sisi yang terang, bahwasanya Allah sedang menguji diri beliau dan ditanamkanNya satu soalan di hati, "siapa aku semasa hidup sederhana? siapa pula aku bila di limpahi kemewahan? itu baru sedikit, siapa dan bagaimana pula gaya hidupku jika sudah mampu memiliki banglo, kereta mewah?". Ternyata Allah masih sayangkan beliau lantas beliau tidak dibiarkan hanyut dalam kemewahan yang membuat beliau hanyut jauh dari niat yang asal.

Itu baru satu kisah hamba yang sederhana hidupnya. Bagaimana pula dengan seorang yang mempunyai pendapatan bulanan berbelas ribu ringgit? Aku juga tidak pernah mengerti bagaimana orang yang mempunyai gaji bulanan sekitar 13 ribu ringgit, kereta mewah keluaran Amerika, tetapi masih terpaksa meminjam dari sahabat yang mempunyai gaji yang jauh lebih rendah? Kereta Amerika juga terpaksa dijual. Jawapannya dadah.. melepak di kelab malam seperti melepak di kedai kopi, boleh dikatakan tiap-tiap malam, arak, harganya usah di tanya, perempuan, pelacur, bercuti dan melakukan aktiviti-aktiviti riadah mahal. Aku tidak cuba menilai atau menghakimi sesiapa, itu kerja Allah. Cuma.. adakalanya aku tertanya-tanya siapakah diri ini jika berada di tempat mereka? Pernah juga sekali.. bukan sekali kalau difikir-fikirkan tapi lebih dari sekali, aku dipelawa untuk sama-sama melanggan pelacur. "Free of charge". Berderau darah aku melawan nafsu serakah yang lebih mengalahkan nafsu kuda. Aku tolak pelawaan beliau. Waktu itu juga aku sedar betapa hitam dan kotornya hati ini. Aku menolak bukan kerana aku ini muslim yang soleh yang ingat Allah, bukan kerana terfikirkan azabNya yang maha pedih, tapi semata-mata kerana takutkan penyakit. Takut kena sifilis, takut kena HIV. 

Pernah terjadi satu perkara yang membuatkan aku berfikir sejenak tentang ini. Tentang siapakah aku jika kaya. Apa yang terjadi ini tidaklah membuat aku merasa "biarlah aku terus hidup dalam kesempitan sebegini sampai bila-bila, jika aku kaya, pasti banyak kejahatan yang bakal aku lakukan", tidak.. Apa yang terdetik di hati ialah sikap berhati-hati dalam perjalanan mencari kesenangan hidup agar tidak tersasar jauh dari niat yang asal. Pada suatu malam, sekitar jam 12 malam, aku memandu sendirian untuk berjumpa kawan-kawan. Sampai di satu kawasan sunyi tiada satu pun kenderaan, tiba-tiba sebuah motosikal yang kuat bunyi ekzosnya datang menghampiri aku dari arah belakang. Boleh saja dia memotong kereta aku tapi dia sengaja rapatkan diri dengan aku dan memulas throttle minyak "membakar" aku dengan bunyi ekzosnya yang bingit sambil memandang ke arah aku. Sangat rapat, aku boleh hulur tangan keluar dan sentuh dia kalau aku mahu. Mula-mula aku agak terkejut, aku sangka dia mahu merompak memandangkan keadaan jalan yang sunyi tiada kenderaan lain, tapi tak mungkin kerana dia berseorangan. Apa yang dapat aku fikirkan ialah dia ini mungkin mabuk. Tak cukup dengan itu, dia memecut sedikit dan "membakar" aku dari arah depan pula, sangat rapat. Asap berkepul-kepul menyapa cermin depan kereta. Demi Allah.. kalau di turutkan nafsu amarah, aku sebenarnya sudah nekad mahu saja menekan pedal minyak dan melanggar manusia tidak berakal ini dari arah belakang. Aku benar-benar marah sampai menggigil waktu itu. Demi Allah.. waktu itu bukan dosa, bukan undang- undang lalu lintas ciptaan manusia yang aku takutkan, satu-satunya perkara yang menghalang aku daripada berbuat sedemikian ialah "kalau aku langgar dia, aku tak peduli apa nak jadi pada dia tapi kalau kereta aku calar-balar atau pecah bahagian depan, AKU TAK ADA WANG nak hantar kereta ke bengkel". Sudahnya aku pintas motosikal ini dan terus memecut laju, dia tidak dapat ikut lagi dan terus menghilang dalam pekat malam.

Astaghfirullahaladzim.. Kejadian yang berlaku tidak sampai tiga minit itu membuat aku berfikir sejenak. Apa yang menghalang aku daripada merempuh motosikal itu dengan niat membuat dia jatuh dan mungkin cedera, mungkin mati digilis bukanlah kerana takutkan dosa, tapi kerana dalam beberapa saat itu apa yang di risaukan dalam kepala otak ini ialah aku tak ada wang nak baiki kereta yang mungkin bercalar atau pecah bumper depan. Percayalah, jika wang bukan masalah bagiku, sudah lama aku rempuh motosikal itu. Waktu itu juga aku sedar siapakah aku, apakah yang mampu dan tergamak aku lakukan ketika itu jika aku memiliki kesenangan berupa wang ringgit. Ternyata benar Allah tidak menjadikan sesuatu perkara dengan sia-sia, ternyata Allah masih sayangkan hambaNya yang hina dan berhati busuk ini. Aku juga percaya itu bukanlah kebetulan tapi Allah sedang berbicara dengan hambaNya. Subhanallah, Maha Suci Allah..

Aku tidak cuba untuk bercerita tentang sesiapa atau menilai sesiapa. Aku tidak mempunyai hak untuk menilai siapa bagus siapa tidak. Kerana aku juga manusia yang penuh dengan dosa dan cacat cela. Yang bagus hari ini belum tentu penyudahnya syurga. Yang tidak bagus hari ini belum tentu neraka pengakhirannya. Aku juga tidak sesekali meminta sesiapa bersetuju dengan apa yang aku coretkan. Malah aku sedar banyak perkara atau tindakan yang boleh dipersoalkan. Tidak disertakan ayat suci Al-Quran, tiada hadis, ianya tidak lebih dari sekadar pengalaman hidup ini yang cetek, penuh dengan kekhilafan dan keputusan salah yang telah aku pilih. Sesungguhnya aku percaya manusia yang baik itu punya sejarah, manusia yang jahat punya masa depan. Lantas dalam mencari kesenangan hidup, aku cuba untuk mensyukuri apa yang ada. Aku cuba untuk tidak mengeluh dengan apa yang tiada. Kerana yang sebenar-benarnya aku sudah pun memiliki apa yang aku perlukan. Sesungguhnya beza antara keperluan dan kehendak ini sudah pun dipelajari dalam subjek ekonomi waktu sekolah menengah dulu. Sesungguhnya aku lupa dan terus mengejar apa yang aku hendakkan. Tidak ada salahnya asalkan seiring dengan iman di dada, jika tidak.. jadilah aku manusia yang zalim. Zalim sesama manusia, zalim pada diri sendiri..

Tuesday 24 April 2012

Pesan sahabat dari Makkah Al-Mukarramah.


  • Jika kita masih bisa makan 3x sehari tapi kita mengeluhkan susahnya hidup ini, coba lihat betapa banyak mereka yg mengais tong sampah untuk bisa makan 1x sehari atau bahkan betapa banyak yang tidak bisa makan 1x seminggu... 
  • Jika kita mengeluhkan sulitnya pelajaran sekolah, lihatlah betapa banyak mereka yang mungkin lebih pintar dari kita tapi mereka tidak bisa bersekolah.. 
  • Jika kita masih punya organ tubuh yang utuh tapi mengeluhkan kurang cantik/tampannya diri ini, coba lihat betapa banyak orang yang tidak punya tangan, kaki, mata, telinga, yang jika Allah melengkapkan organ tubuh mereka barangkali mereka akan lebih bersyukur dari kita.. Bersyukurlah terhadap segala nikmat yg sudah kita terima, bagaimana mungkin Allah ta'ala akan memberikan kita nikmat yg banyak, dengan yang sedikit saja kita tidak mau bersyukur pada-Nya...
  •  Sebuah renungan (contoh kecil saja) Seorang mandor bangunan yg berada di lantai 5 ingin memanggil pekerjanya yang lagi bekerja dibawah. Setelah sang mandor berkali-kali berteriak memanggil, si pekerja tidak dapat mendengar karena fokus pada pekerjaanya dan bisingnya alat bangunan. Sang mandor terus berusaha agar si pekerja mau menoleh keatas, dilemparnya uang 1.000-an rupiah yang jatuh tepat disebelah si pekerja. Si pekerja hanya memungut uang Rp.1.000,- dan melanjutkan pekerjaanya. Sang mandor akhirnya melemparkan uang Rp.100.000,- dan berharap si pekerja mau mendongak "sebentar saja" ke atas... Akan tetapi si pekerja hanya lompat kegirangan karena menemukan uang Rp.100.000,- dan kembali asyik bekerja. Pada akhirnya sang mandor melemparkan batu kecil yang tepat mengenai kepala si pekerja. Merasa kesakitan akhirnya si pekerja baru mau menoleh ke atas dan dpt berkomunikasi dengan sang mandor.... Cerita tersebut diatas sama dengan kehidupan kita.. Allah selalu ingin menyapa kita.... Akan tetapi kita selalu sibuk mengurusi "dunia" kita. Kita diberi rezeki sedikit maupun banyak, sering kali kita lupa untuk bersyukur kpd-Nya!!! Bahkan lebih sering kita tidak mau tau dari mana rezeki itu datangnya... Yang lebih buruk lagi kita menjadi takabur dengan rezeki milik Allah. Jadi... jangan sampai kita mendapat lemparan "batu kecil" yg kita sebut MUSIBAH, baru kita mau menoleh kepada Allah...
  •  Jika ALLAH tidak memberikan seseorang yang kamu impikan.. Semoga ALLAH menghadiahkan seseorang yang mengimpikan dirimu.. Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu rindukan... Semoga ALLAH menghadiahkan seseorang yang merindukan dirimu.. Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu dambakan... semoga ALLAH memberimu seseorang yang mendambakan dirimu.. Bila ALLAH tidak menyatukanmu dengan seseorang yang kamu cintai.. Semoga dia menghadiahkan seseorang yang mencintai dirimu...
  •  Dari Ibnu Umar ra., ia berkata : Rasulullah SAW bersabda : “Sesama muslim itu bersaudara. Karena itu, jangan menganiaya dan mendiamkannya. Siapa saja yang memperhatikan kepentingan saudaranya, maka Allah akan memperhatikan kepentingannya. Siapa saja yang melapangkan satu kesulitan terhadap sesama muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesulitan dari beberapa kesulitan di hari kiamat. Dan siapa saja yang menutupi kejelekan orang lain, maka Allah akan menutupi kejelekannya di hari kiamat.” (HR. Bukhari dan Muslim)
  •  Daripada Anas b Malik, meriwayatkan : sabda Rasulullah saw, "tidak sempurna iman sebahagian daripada kamu selagi mana dia tidak menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri" [H.R Bukhari]
Detik Wafatnya Rasulullah SAW 

Jangan khawatir, wahai Rasul Allah: aku pernah mendengar اللّه berfirman kepadaku: "Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. 'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. 'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. 'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.' Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku' 'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.' Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. 'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku' Dan,berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini,mampukah kita mencintai sepertinya?

                                                                آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ وَ عَلۓِ آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ 

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Subhanallah. 

                                                                                                     بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ

Tuesday 17 January 2012

Tolong beritahu Nina.mp3

Satu hari tu Ajis nampak sedih, menung jauh jek, sekali-sekala mulut termuncung-muncung, muka dia macam orang kena demam kuning pun ada. Slow je si Ajis keluarkan kotak rokok Sampoerna hijau dari poket seluar dia dan cucuh sebatang, kalau dah cucuh rokok tu tanda dia nak merepek panjang la tu. Ajis mula bercakap sorang-sorang, ada kucing je kat sebelah dia, kucing tu pun buat muka bosan, teruk dah ni..

Jadi begini la kisah si Ajis...
Petang tu aku nak tengok cerita lain yang aku excited sangat nak tengok tapi kalau tanya sekarang, aku dah lupa cerita apa. Bourne Supremacy kot?? ke Ice Age 2? Ntah.. dah lupa. Aku dah bertangguh lama sangat nak tengok cerita tu, takut dah habis tayang karang terpaksa cari dvd haram plak. Tapi tertengok cerita ni.. aku bukan nak kata cerita Melayu tak best tapi dari awal aku dah plan nak tengok cerita lain, tapi sampai je kat kaunter tiket tu kebetulan cerita yang aku ajak kau tengok tu kena tunggu lagi 1 jam baru masuk panggung. Kira ok la, aku bleh tunggu apa.. 2 jam pun aku tak kisah, bleh manja-manja lepak dengan kau hehe..

Kau belek-belek tv "now showing" yang tergantung kat situ, berkira-kira nak tengok cerita lain dan dengan excited-nya kau cakap dengan aku kau nak tengok cerita ni. Aku pun kasi besar bijik mata dan dengan muka bersemangat laju je pergi beli tiket tapi ini ati dalam tuhan saja yang tahu.. nampak gaya terpaksa cari dvd haram jugak la ni.. tapi aku bukan kisah sangat tak dapat tengok cerita yang aku nak tengok tu, aku tak kisah tengok cerita ni, kasi la aku filem tamil skali pun, asalkan dapat jumpa kau, dapat tengok kau, kau selalu pegang tangan tak reti-reti nak lepas sampai naik berpeluh tangan aku, lantak la hero tamil tu nak menyanyi ke nak bertumbuk 3 jam dari mula sampai abis pun aku tak kisah. Asalkan dengan kau.

Keluar panggung kau pegang tangan aku macam biasa, sejuk hati aku. Aku tahu sepanjang kita berjalan, orang perhatikan kita, tah apa pasal aku tak peduli. Bahagianya aku hehe! aku dah lupa pasal cerita yang baru kita tengok tadi, apa-apa pun boleh la, asalkan dengan kau. Tapi tiba-tiba kau gelabah lepas tangan aku, dengan pantas 1 benda je yang terlintas kat kepala aku - kau dah ada boyfriend dan dia dah nampak kita. Tapi rupa-rupanya bukan boyfriend kau tapi bos tempat kau keje, bini dia dan sorang kawan. Laki. Boleh pulak kau ikut dia orang pergi makan.. aku ikut je lah. Semua sebab kau, aku tak kisah. Nak makan, makan la, borak la pasal saham, pasal yahudi, pasal apa-apa pun dengan bos kau, aku ok je. Tapi mesra pulak kau dengan kawan yang lagi sorang tu, bertepuk tampar, makan bersuap. Aihh panehh je aku tengok.. tapi aku ikut senyum dan gelak sama-sama je la bila kau orang buat kelakar kat situ. Dulu kau cakap kau rindu aku, kau tanya bila aku nak balik sebab kau tak sabar nak jumpa aku lagi. Aku memang nak jumpa kau tapi masa tu aku sibuk uruskan diri sendiri yang huru-hara, aku pikir untuk apa aku jumpa kau dan biar kau kenal diri aku yang tengah huru-hara. Aku cuba nak jadi lelaki yang ada sesuatu yang boleh dibangga kat mata hati kau. Tapi di meja makan tu laju je otak aku flashback macam dalam filem, aku dah mula rasa aku dah tersalah anggap dengan semua yang kau buat dengan aku, mungkin aku cuma orang yang suka kau dan sangka kau pun suka aku pasal..

..kau suka main-main rambut aku, kau cakap rambut aku cantik, ceh.. rambut kau pun sepesen dengan aku kan.. tapi takpe aku suka dengan gelagat kau. Dalam kereta kau sandar kat bahu aku, bila sampai depan rumah sebelum kau turun kereta kau peluk aku, tapi kau tak penah cakap sesuatu yang aku tunggu, sesuatu yang aku rasa akan buat aku rasa macam terbang melayang. Aku pun silap jugak, malu tak kena gaya. Aku pun tak pernah cakap apa yang aku rasa tentang kau. Pikir-pikir balik, aku menyesal sebab tak pernah cuba. Mungkin kau memang jenis yang mesra dengan semua orang, apa yang kau buat dengan aku, dengan orang lain pun kau buat, mungkin kau rasa benda-benda macam ni biasa bagi kau, TAPI BUKAN AKU. Kalau dah tak ada rasa suka, aku tak pernah biar diri aku buat apa yang aku buat dengan kau, dengan orang lain. Aku takkan pegang tangan orang yang aku tak ada perasaan, apa lagi nak bagi dia belai-belai rambut, peluk. Aku nak cakap apa, aku bukan boyfriend kau. Tapi kalau aku terus-terang je sebelum kau turun kereta tu, agak-agaknya kau suka aku tak? patutnya aku cuba je.. kalau kau reject pun puas ati pasal aku dah cuba.. malang.

Mungkin aku cuma orang yang suka kau dan sangka kau pun suka aku pasal..

..hari pertama kita jumpa memang aku dah terkedu sekejap bila ternampak kau, ishhhh cantiknya ciptaan tuhan.. tapi aku lupakan je niat aku pasal aku tak rasa aku boleh dapat perempuan sempurna macam kau. Tapi masa nak balik, tah dari mana tiba-tiba kau buat hero datang tarik tangan aku, kau tarik aku pergi kat kawan-kawan kau dan mintak dia orang tolong tangkap gambar. Aku terdiam tak tahu nak cakap apa, mak aihh kau tak tahu berapa punya happy aku masa tu.. tapi aku buat-buat cool..  hari tu kita tak bercakap, terus balik bawak haluan masing-masing. Tapi tak lama lepas tu kau mula tegur aku, kau sendiri bagi phone number kau kat aku, aku tak pernah mintak pun. Aku bukan berlagak, aku bukan sombong, angkuh jauh sekali.. cuma aku tak reti nak tunjuk apa yang aku rasa, aku tak pernah berani, tak pernah ada kekuatan nak tegur perempuan, mungkin itu silap aku. Lama-lama lepas tu aku rasa aku dah suka kau, kau buat aku suka kau. Tah kau ingat ke tak, ada satu pagi tu kau call masa aku tengah tido di studio, aku terkejut sangat-sangat pasal, err.. masa tido tu aku betul-betul tengah mimpi kau.. sumpah! tapi ye la sape nak percaya, mungkin kau anggap aku mulut manis je. Tapi aku tak pernah tipu kau sekali pun. Mimpi apa aku dah lupa tapi mimpi yang best la hehe! aku tak pasti sejauh mana benda ni betul, tapi kalau semak balik ilmu bab-bab sains, agama, kata orang, badan kita ni ada aura yang boleh berhubung antara satu sama lain, kalau positif/negatif memang tak boleh connect, silap-silap boleh jadi musuh ketat, kalau negatif/negatif bleh jadi geng, kalau positif/positif pun bleh geng. Jadi mungkin otak aku ni dah tak ada benda lain nak pikir, asyik ingat pasal kau je, jadi aura aku dapat sampai kat kau, jadi itu pasal la tiba-tiba kau boleh terfikir pasal aku, kau tak penah call aku dan ini kali pertama, hehe tapi ye ke aura? kau cakap aritu kau punya birthday, Maxis kasi call free jadi itu pasal kau call aku. Cehh.. tengkorak kaulah.. sia-sia je aku terkejut, call free rupanya.. kalau tak free kiranya kau takkan call aku la ye? tapi takpe la aku seronok gak, sekurang-kurangnya kau ingat aku, pagi-pagi time keje kau dah call aku.

Bila dah balik rumah, ada jugak rasa nak luah dengan kawan tapi aku diamkan je. Dia orang pun ingat aku tengah happy, ye la dah 2 tahun solo tiba-tiba datang sorang perempuan dalam hidup aku. Tapi ada kawan yang nampak tiket atas meja tanya kat aku, apa pasal kau beli 3 tiket, kau cakap kau nak pegi dating.. iyolahh aku pun sangka aku nak pergi dating, kalau tak takkan dari rumah aku dah pakai bedak banyak-banyak, wangi-wangi, pakai semat-semat. Yang boleh jadi 3 tiket tu pasal dia bawak member.. hak elahhh rosak program aku.. macam aku cakap tadi la, aku tak kisah sangat pasal cerita apa yang kau nak tengok tapi yang aku berbulu pasal kau bawak member. Mungkin masa tu pun kau dah tak suka aku, aku je yang lambat pick-up.. dua kali malang.

Sekarang kau betul-betul dah hilang, tarikh tiket tu jadi kali terakhir aku jumpa kau, dan kali terakhir kau peluk aku, benda terakhir yang aku dengar pasal kau, kau happy je pergi club, mabuk. Aku tak cakap kau jahat, aku baik, aku bukan judge kau melalui life style kau, aku sendiri pun bukan bagus sangat, teruk jugak dan kadang-kadang orang yang tak mabuk, merendah diri, pandai amik hati, puji-puji, solat tunggang terbalik siang malam tu perangai sebenar dia lagi busuk dari sampah, aku dah jumpa. Allah lebih murka dengan orang yang macam itu, munafik namanya. Apa yang aku nak cakap cuma, aku tahu kau happy je macam biasa.. sampai sekarang aku tak tahu mana silapnya. Ada sekali kau pernah cakap dengan aku mak kau suruh kau jadi nurse, aku tergelak, lepas tu kau diam. Tah-tah kau dah salah anggap, kau ingat aku hina kau. Mana ada.. aku gelak pasal aku terbayang kau pakai uniform nurse, confirm comel! serius aku suka woo.. aihh takkan pasal tu kot? bukan kot. Aku dah cuba perbetulkan apa yang aku tersilap, aku dah luahkan semua yang aku rasa tentang kau, pernah cuba wish kau punya birthday mana tahu kalau-kalau kau respond, tapi mungkin dah terlambat. Kau betul-betul dah hilang. Dari tarikh tiket wayang tu sampai sekarang, dah setahun lebih pun.. asal nak tido je, dah jadi tebiat.. mata dah pejam, tapi berkerut-kerut dahi aku pikir pasal kau. Mana la tahu kot-kot nama dan gambar kau naik lagi sekali kat hand phone aku.. mana la tahu kot-kot kau dapat rasa lagi sekali aura negatif/negatif-positif/positif aku. Aura konon..