Monday, 1 October 2012

Tentang Syukur (Yang baik punya sejarah, yang jahat punya masa depan).


Apakah masih tidak jelas di hatimu wahai hamba? Allah itu Maha Penyayang dan Maha Adil kepada hambaNya. Ketahuilah oleh mu bahawa kemiskinan, hidup dalam serba kekurangan sememangnya satu ujian tapi kekayaan dan kesenangan hidup itu juga adalah satu ujian. Jika engkau miskin, bersyukurlah engkau tidak hidup merempat di kaki lima terpaksa meminta sedekah, masih mampu memiliki atau menyewa tempat berteduh, tidak tidur di perhentian bas atau masjid, engkau tidak papa kedana, bersyukurlah dengan apa yang ada dan tak usah mengeluh lagi kerana sebenarnya engkau sudah memiliki kasih sayang dari Allah. Renunglah dari dalam mata hati, dari dasar yang terdalam kerana di situ ada kebijaksanaan yang Allah anugerahkan untukmu. Renunglah wahai hamba, sesungguhnya engkau sudah memiliki apa yang kau perlu, dalam kealpaan memikirkan dan mengejar apa yang engkau mahu. Janganlah sesekali membandingkan dirimu dengan mereka yang memiliki kemewahan hidup, engkau tidak tahu apa yang telah mereka tempuhi untuk memiliki nikmat dunia yang telah mereka miliki. Engkau tidak pernah akan merasa cukup sampai kau mati jika itulah jalan pemikiran yang kau pilih. 

Ingatlah, di dalam kesenangan dan kemewahan hidup itu juga terselit ujian-ujian Allah. Seperti engkau, mereka juga diuji tentang keikhlasan, kesabaran, kejujuran, halal dan haram, riba, nafsu, dan berbagai-bagai godaan nikmat dunia. Dengan cara apakah mereka mencapai kemewahan itu? Ke mana mereka belanjakan harta-harta mereka? Bagaimana pula cara hidup mereka? Masihkah bersyukur dan mengingati Allah seperti dulu? Atau sudah sibuk dikelab-kelab malam? Tak usahlah kau fikirkan semua itu. Aku berbicara tentang hal- hal sebegini bukan kerana aku manusia yang baik, bukan cuba untuk menasihati sesiapa, tak lebih dari sekadar berbicara dengan lubuk hati sendiri yang masih berperang dengan hawa nafsu. Kerana merasakan hawa nafsu menguasai diri ini melampaui iman dan akal fikir yang waras. Bukan juga untuk menanamkan sikap tidak perlu mencari kesenangan dunia, soalnya ialah mendapatkan keseimbangan dalam mengejar dunia dan hidup selepas mati. 

Pernah satu ketika dulu aku melihat sahabat baik yang mengeluh kekurangan itu dan ini, segalanya serba sederhana dan kekurangan tetapi mencukupi, tidaklah hidup merempat, lalu beliau berhijrah ke Kuala Lumpur, berusaha mencari wang bersungguh-sungguh. Allah tidak akan mengubah nasib kita melainkan kita sendiri yang mengubahnya.. Allah memberi beliau kesenangan berupa wang ringgit tapi apa yang beliau lakukan selepas mendapat secebis kesenangan hidup? Rezeki Allah itu digunakan untuk bersuka-suka, kelab malam, perempuan, dan pusat judi. Belum merasa puas, beliau mula mencuri wang dari tempat beliau bekerja. Jumlahnya boleh dikatakan cukup untuk membayar muka untuk keluarkan kereta Toyota Caldina. Tak lama kemudian apa yang berlaku? Allah masih sayangkan beliau.. Beliau tertangkap semasa sedang mencuri wang. Selepas itu hidup beliau kembali seperti sebelumnya. Tidak mewah, tidak pula miskin papa kedana, cukup makan cukup pakaiannya. Tapi tidak ada lagi peruntukan untuk berhabis membeli dosa. Syukurlah beliau masih boleh memandang semua yang terjadi itu melalui sisi yang terang, bahwasanya Allah sedang menguji diri beliau dan ditanamkanNya satu soalan di hati, "siapa aku semasa hidup sederhana? siapa pula aku bila di limpahi kemewahan? itu baru sedikit, siapa dan bagaimana pula gaya hidupku jika sudah mampu memiliki banglo, kereta mewah?". Ternyata Allah masih sayangkan beliau lantas beliau tidak dibiarkan hanyut dalam kemewahan yang membuat beliau hanyut jauh dari niat yang asal.

Itu baru satu kisah hamba yang sederhana hidupnya. Bagaimana pula dengan seorang yang mempunyai pendapatan bulanan berbelas ribu ringgit? Aku juga tidak pernah mengerti bagaimana orang yang mempunyai gaji bulanan sekitar 13 ribu ringgit, kereta mewah keluaran Amerika, tetapi masih terpaksa meminjam dari sahabat yang mempunyai gaji yang jauh lebih rendah? Kereta Amerika juga terpaksa dijual. Jawapannya dadah.. melepak di kelab malam seperti melepak di kedai kopi, boleh dikatakan tiap-tiap malam, arak, harganya usah di tanya, perempuan, pelacur, bercuti dan melakukan aktiviti-aktiviti riadah mahal. Aku tidak cuba menilai atau menghakimi sesiapa, itu kerja Allah. Cuma.. adakalanya aku tertanya-tanya siapakah diri ini jika berada di tempat mereka? Pernah juga sekali.. bukan sekali kalau difikir-fikirkan tapi lebih dari sekali, aku dipelawa untuk sama-sama melanggan pelacur. "Free of charge". Berderau darah aku melawan nafsu serakah yang lebih mengalahkan nafsu kuda. Aku tolak pelawaan beliau. Waktu itu juga aku sedar betapa hitam dan kotornya hati ini. Aku menolak bukan kerana aku ini muslim yang soleh yang ingat Allah, bukan kerana terfikirkan azabNya yang maha pedih, tapi semata-mata kerana takutkan penyakit. Takut kena sifilis, takut kena HIV. 

Pernah terjadi satu perkara yang membuatkan aku berfikir sejenak tentang ini. Tentang siapakah aku jika kaya. Apa yang terjadi ini tidaklah membuat aku merasa "biarlah aku terus hidup dalam kesempitan sebegini sampai bila-bila, jika aku kaya, pasti banyak kejahatan yang bakal aku lakukan", tidak.. Apa yang terdetik di hati ialah sikap berhati-hati dalam perjalanan mencari kesenangan hidup agar tidak tersasar jauh dari niat yang asal. Pada suatu malam, sekitar jam 12 malam, aku memandu sendirian untuk berjumpa kawan-kawan. Sampai di satu kawasan sunyi tiada satu pun kenderaan, tiba-tiba sebuah motosikal yang kuat bunyi ekzosnya datang menghampiri aku dari arah belakang. Boleh saja dia memotong kereta aku tapi dia sengaja rapatkan diri dengan aku dan memulas throttle minyak "membakar" aku dengan bunyi ekzosnya yang bingit sambil memandang ke arah aku. Sangat rapat, aku boleh hulur tangan keluar dan sentuh dia kalau aku mahu. Mula-mula aku agak terkejut, aku sangka dia mahu merompak memandangkan keadaan jalan yang sunyi tiada kenderaan lain, tapi tak mungkin kerana dia berseorangan. Apa yang dapat aku fikirkan ialah dia ini mungkin mabuk. Tak cukup dengan itu, dia memecut sedikit dan "membakar" aku dari arah depan pula, sangat rapat. Asap berkepul-kepul menyapa cermin depan kereta. Demi Allah.. kalau di turutkan nafsu amarah, aku sebenarnya sudah nekad mahu saja menekan pedal minyak dan melanggar manusia tidak berakal ini dari arah belakang. Aku benar-benar marah sampai menggigil waktu itu. Demi Allah.. waktu itu bukan dosa, bukan undang- undang lalu lintas ciptaan manusia yang aku takutkan, satu-satunya perkara yang menghalang aku daripada berbuat sedemikian ialah "kalau aku langgar dia, aku tak peduli apa nak jadi pada dia tapi kalau kereta aku calar-balar atau pecah bahagian depan, AKU TAK ADA WANG nak hantar kereta ke bengkel". Sudahnya aku pintas motosikal ini dan terus memecut laju, dia tidak dapat ikut lagi dan terus menghilang dalam pekat malam.

Astaghfirullahaladzim.. Kejadian yang berlaku tidak sampai tiga minit itu membuat aku berfikir sejenak. Apa yang menghalang aku daripada merempuh motosikal itu dengan niat membuat dia jatuh dan mungkin cedera, mungkin mati digilis bukanlah kerana takutkan dosa, tapi kerana dalam beberapa saat itu apa yang di risaukan dalam kepala otak ini ialah aku tak ada wang nak baiki kereta yang mungkin bercalar atau pecah bumper depan. Percayalah, jika wang bukan masalah bagiku, sudah lama aku rempuh motosikal itu. Waktu itu juga aku sedar siapakah aku, apakah yang mampu dan tergamak aku lakukan ketika itu jika aku memiliki kesenangan berupa wang ringgit. Ternyata benar Allah tidak menjadikan sesuatu perkara dengan sia-sia, ternyata Allah masih sayangkan hambaNya yang hina dan berhati busuk ini. Aku juga percaya itu bukanlah kebetulan tapi Allah sedang berbicara dengan hambaNya. Subhanallah, Maha Suci Allah..

Aku tidak cuba untuk bercerita tentang sesiapa atau menilai sesiapa. Aku tidak mempunyai hak untuk menilai siapa bagus siapa tidak. Kerana aku juga manusia yang penuh dengan dosa dan cacat cela. Yang bagus hari ini belum tentu penyudahnya syurga. Yang tidak bagus hari ini belum tentu neraka pengakhirannya. Aku juga tidak sesekali meminta sesiapa bersetuju dengan apa yang aku coretkan. Malah aku sedar banyak perkara atau tindakan yang boleh dipersoalkan. Tidak disertakan ayat suci Al-Quran, tiada hadis, ianya tidak lebih dari sekadar pengalaman hidup ini yang cetek, penuh dengan kekhilafan dan keputusan salah yang telah aku pilih. Sesungguhnya aku percaya manusia yang baik itu punya sejarah, manusia yang jahat punya masa depan. Lantas dalam mencari kesenangan hidup, aku cuba untuk mensyukuri apa yang ada. Aku cuba untuk tidak mengeluh dengan apa yang tiada. Kerana yang sebenar-benarnya aku sudah pun memiliki apa yang aku perlukan. Sesungguhnya beza antara keperluan dan kehendak ini sudah pun dipelajari dalam subjek ekonomi waktu sekolah menengah dulu. Sesungguhnya aku lupa dan terus mengejar apa yang aku hendakkan. Tidak ada salahnya asalkan seiring dengan iman di dada, jika tidak.. jadilah aku manusia yang zalim. Zalim sesama manusia, zalim pada diri sendiri..

Tuesday, 24 April 2012

Pesan sahabat dari Makkah Al-Mukarramah.


  • Jika kita masih bisa makan 3x sehari tapi kita mengeluhkan susahnya hidup ini, coba lihat betapa banyak mereka yg mengais tong sampah untuk bisa makan 1x sehari atau bahkan betapa banyak yang tidak bisa makan 1x seminggu... 
  • Jika kita mengeluhkan sulitnya pelajaran sekolah, lihatlah betapa banyak mereka yang mungkin lebih pintar dari kita tapi mereka tidak bisa bersekolah.. 
  • Jika kita masih punya organ tubuh yang utuh tapi mengeluhkan kurang cantik/tampannya diri ini, coba lihat betapa banyak orang yang tidak punya tangan, kaki, mata, telinga, yang jika Allah melengkapkan organ tubuh mereka barangkali mereka akan lebih bersyukur dari kita.. Bersyukurlah terhadap segala nikmat yg sudah kita terima, bagaimana mungkin Allah ta'ala akan memberikan kita nikmat yg banyak, dengan yang sedikit saja kita tidak mau bersyukur pada-Nya...
  •  Sebuah renungan (contoh kecil saja) Seorang mandor bangunan yg berada di lantai 5 ingin memanggil pekerjanya yang lagi bekerja dibawah. Setelah sang mandor berkali-kali berteriak memanggil, si pekerja tidak dapat mendengar karena fokus pada pekerjaanya dan bisingnya alat bangunan. Sang mandor terus berusaha agar si pekerja mau menoleh keatas, dilemparnya uang 1.000-an rupiah yang jatuh tepat disebelah si pekerja. Si pekerja hanya memungut uang Rp.1.000,- dan melanjutkan pekerjaanya. Sang mandor akhirnya melemparkan uang Rp.100.000,- dan berharap si pekerja mau mendongak "sebentar saja" ke atas... Akan tetapi si pekerja hanya lompat kegirangan karena menemukan uang Rp.100.000,- dan kembali asyik bekerja. Pada akhirnya sang mandor melemparkan batu kecil yang tepat mengenai kepala si pekerja. Merasa kesakitan akhirnya si pekerja baru mau menoleh ke atas dan dpt berkomunikasi dengan sang mandor.... Cerita tersebut diatas sama dengan kehidupan kita.. Allah selalu ingin menyapa kita.... Akan tetapi kita selalu sibuk mengurusi "dunia" kita. Kita diberi rezeki sedikit maupun banyak, sering kali kita lupa untuk bersyukur kpd-Nya!!! Bahkan lebih sering kita tidak mau tau dari mana rezeki itu datangnya... Yang lebih buruk lagi kita menjadi takabur dengan rezeki milik Allah. Jadi... jangan sampai kita mendapat lemparan "batu kecil" yg kita sebut MUSIBAH, baru kita mau menoleh kepada Allah...
  •  Jika ALLAH tidak memberikan seseorang yang kamu impikan.. Semoga ALLAH menghadiahkan seseorang yang mengimpikan dirimu.. Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu rindukan... Semoga ALLAH menghadiahkan seseorang yang merindukan dirimu.. Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu dambakan... semoga ALLAH memberimu seseorang yang mendambakan dirimu.. Bila ALLAH tidak menyatukanmu dengan seseorang yang kamu cintai.. Semoga dia menghadiahkan seseorang yang mencintai dirimu...
  •  Dari Ibnu Umar ra., ia berkata : Rasulullah SAW bersabda : “Sesama muslim itu bersaudara. Karena itu, jangan menganiaya dan mendiamkannya. Siapa saja yang memperhatikan kepentingan saudaranya, maka Allah akan memperhatikan kepentingannya. Siapa saja yang melapangkan satu kesulitan terhadap sesama muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesulitan dari beberapa kesulitan di hari kiamat. Dan siapa saja yang menutupi kejelekan orang lain, maka Allah akan menutupi kejelekannya di hari kiamat.” (HR. Bukhari dan Muslim)
  •  Daripada Anas b Malik, meriwayatkan : sabda Rasulullah saw, "tidak sempurna iman sebahagian daripada kamu selagi mana dia tidak menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri" [H.R Bukhari]
Detik Wafatnya Rasulullah SAW 

Jangan khawatir, wahai Rasul Allah: aku pernah mendengar اللّه berfirman kepadaku: "Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. 'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. 'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. 'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.' Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku' 'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.' Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. 'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku' Dan,berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini,mampukah kita mencintai sepertinya?

                                                                آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ وَ عَلۓِ آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ 

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Subhanallah. 

                                                                                                     بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ

Tuesday, 17 January 2012

Tolong beritahu Nina.mp3

Satu hari tu Ajis nampak sedih, menung jauh jek, sekali-sekala mulut termuncung-muncung, muka dia macam orang kena demam kuning pun ada. Slow je si Ajis keluarkan kotak rokok Sampoerna hijau dari poket seluar dia dan cucuh sebatang, kalau dah cucuh rokok tu tanda dia nak merepek panjang la tu. Ajis mula bercakap sorang-sorang, ada kucing je kat sebelah dia, kucing tu pun buat muka bosan, teruk dah ni..

Jadi begini la kisah si Ajis...
Petang tu aku nak tengok cerita lain yang aku excited sangat nak tengok tapi kalau tanya sekarang, aku dah lupa cerita apa. Bourne Supremacy kot?? ke Ice Age 2? Ntah.. dah lupa. Aku dah bertangguh lama sangat nak tengok cerita tu, takut dah habis tayang karang terpaksa cari dvd haram plak. Tapi tertengok cerita ni.. aku bukan nak kata cerita Melayu tak best tapi dari awal aku dah plan nak tengok cerita lain, tapi sampai je kat kaunter tiket tu kebetulan cerita yang aku ajak kau tengok tu kena tunggu lagi 1 jam baru masuk panggung. Kira ok la, aku bleh tunggu apa.. 2 jam pun aku tak kisah, bleh manja-manja lepak dengan kau hehe..

Kau belek-belek tv "now showing" yang tergantung kat situ, berkira-kira nak tengok cerita lain dan dengan excited-nya kau cakap dengan aku kau nak tengok cerita ni. Aku pun kasi besar bijik mata dan dengan muka bersemangat laju je pergi beli tiket tapi ini ati dalam tuhan saja yang tahu.. nampak gaya terpaksa cari dvd haram jugak la ni.. tapi aku bukan kisah sangat tak dapat tengok cerita yang aku nak tengok tu, aku tak kisah tengok cerita ni, kasi la aku filem tamil skali pun, asalkan dapat jumpa kau, dapat tengok kau, kau selalu pegang tangan tak reti-reti nak lepas sampai naik berpeluh tangan aku, lantak la hero tamil tu nak menyanyi ke nak bertumbuk 3 jam dari mula sampai abis pun aku tak kisah. Asalkan dengan kau.

Keluar panggung kau pegang tangan aku macam biasa, sejuk hati aku. Aku tahu sepanjang kita berjalan, orang perhatikan kita, tah apa pasal aku tak peduli. Bahagianya aku hehe! aku dah lupa pasal cerita yang baru kita tengok tadi, apa-apa pun boleh la, asalkan dengan kau. Tapi tiba-tiba kau gelabah lepas tangan aku, dengan pantas 1 benda je yang terlintas kat kepala aku - kau dah ada boyfriend dan dia dah nampak kita. Tapi rupa-rupanya bukan boyfriend kau tapi bos tempat kau keje, bini dia dan sorang kawan. Laki. Boleh pulak kau ikut dia orang pergi makan.. aku ikut je lah. Semua sebab kau, aku tak kisah. Nak makan, makan la, borak la pasal saham, pasal yahudi, pasal apa-apa pun dengan bos kau, aku ok je. Tapi mesra pulak kau dengan kawan yang lagi sorang tu, bertepuk tampar, makan bersuap. Aihh panehh je aku tengok.. tapi aku ikut senyum dan gelak sama-sama je la bila kau orang buat kelakar kat situ. Dulu kau cakap kau rindu aku, kau tanya bila aku nak balik sebab kau tak sabar nak jumpa aku lagi. Aku memang nak jumpa kau tapi masa tu aku sibuk uruskan diri sendiri yang huru-hara, aku pikir untuk apa aku jumpa kau dan biar kau kenal diri aku yang tengah huru-hara. Aku cuba nak jadi lelaki yang ada sesuatu yang boleh dibangga kat mata hati kau. Tapi di meja makan tu laju je otak aku flashback macam dalam filem, aku dah mula rasa aku dah tersalah anggap dengan semua yang kau buat dengan aku, mungkin aku cuma orang yang suka kau dan sangka kau pun suka aku pasal..

..kau suka main-main rambut aku, kau cakap rambut aku cantik, ceh.. rambut kau pun sepesen dengan aku kan.. tapi takpe aku suka dengan gelagat kau. Dalam kereta kau sandar kat bahu aku, bila sampai depan rumah sebelum kau turun kereta kau peluk aku, tapi kau tak penah cakap sesuatu yang aku tunggu, sesuatu yang aku rasa akan buat aku rasa macam terbang melayang. Aku pun silap jugak, malu tak kena gaya. Aku pun tak pernah cakap apa yang aku rasa tentang kau. Pikir-pikir balik, aku menyesal sebab tak pernah cuba. Mungkin kau memang jenis yang mesra dengan semua orang, apa yang kau buat dengan aku, dengan orang lain pun kau buat, mungkin kau rasa benda-benda macam ni biasa bagi kau, TAPI BUKAN AKU. Kalau dah tak ada rasa suka, aku tak pernah biar diri aku buat apa yang aku buat dengan kau, dengan orang lain. Aku takkan pegang tangan orang yang aku tak ada perasaan, apa lagi nak bagi dia belai-belai rambut, peluk. Aku nak cakap apa, aku bukan boyfriend kau. Tapi kalau aku terus-terang je sebelum kau turun kereta tu, agak-agaknya kau suka aku tak? patutnya aku cuba je.. kalau kau reject pun puas ati pasal aku dah cuba.. malang.

Mungkin aku cuma orang yang suka kau dan sangka kau pun suka aku pasal..

..hari pertama kita jumpa memang aku dah terkedu sekejap bila ternampak kau, ishhhh cantiknya ciptaan tuhan.. tapi aku lupakan je niat aku pasal aku tak rasa aku boleh dapat perempuan sempurna macam kau. Tapi masa nak balik, tah dari mana tiba-tiba kau buat hero datang tarik tangan aku, kau tarik aku pergi kat kawan-kawan kau dan mintak dia orang tolong tangkap gambar. Aku terdiam tak tahu nak cakap apa, mak aihh kau tak tahu berapa punya happy aku masa tu.. tapi aku buat-buat cool..  hari tu kita tak bercakap, terus balik bawak haluan masing-masing. Tapi tak lama lepas tu kau mula tegur aku, kau sendiri bagi phone number kau kat aku, aku tak pernah mintak pun. Aku bukan berlagak, aku bukan sombong, angkuh jauh sekali.. cuma aku tak reti nak tunjuk apa yang aku rasa, aku tak pernah berani, tak pernah ada kekuatan nak tegur perempuan, mungkin itu silap aku. Lama-lama lepas tu aku rasa aku dah suka kau, kau buat aku suka kau. Tah kau ingat ke tak, ada satu pagi tu kau call masa aku tengah tido di studio, aku terkejut sangat-sangat pasal, err.. masa tido tu aku betul-betul tengah mimpi kau.. sumpah! tapi ye la sape nak percaya, mungkin kau anggap aku mulut manis je. Tapi aku tak pernah tipu kau sekali pun. Mimpi apa aku dah lupa tapi mimpi yang best la hehe! aku tak pasti sejauh mana benda ni betul, tapi kalau semak balik ilmu bab-bab sains, agama, kata orang, badan kita ni ada aura yang boleh berhubung antara satu sama lain, kalau positif/negatif memang tak boleh connect, silap-silap boleh jadi musuh ketat, kalau negatif/negatif bleh jadi geng, kalau positif/positif pun bleh geng. Jadi mungkin otak aku ni dah tak ada benda lain nak pikir, asyik ingat pasal kau je, jadi aura aku dapat sampai kat kau, jadi itu pasal la tiba-tiba kau boleh terfikir pasal aku, kau tak penah call aku dan ini kali pertama, hehe tapi ye ke aura? kau cakap aritu kau punya birthday, Maxis kasi call free jadi itu pasal kau call aku. Cehh.. tengkorak kaulah.. sia-sia je aku terkejut, call free rupanya.. kalau tak free kiranya kau takkan call aku la ye? tapi takpe la aku seronok gak, sekurang-kurangnya kau ingat aku, pagi-pagi time keje kau dah call aku.

Bila dah balik rumah, ada jugak rasa nak luah dengan kawan tapi aku diamkan je. Dia orang pun ingat aku tengah happy, ye la dah 2 tahun solo tiba-tiba datang sorang perempuan dalam hidup aku. Tapi ada kawan yang nampak tiket atas meja tanya kat aku, apa pasal kau beli 3 tiket, kau cakap kau nak pegi dating.. iyolahh aku pun sangka aku nak pergi dating, kalau tak takkan dari rumah aku dah pakai bedak banyak-banyak, wangi-wangi, pakai semat-semat. Yang boleh jadi 3 tiket tu pasal dia bawak member.. hak elahhh rosak program aku.. macam aku cakap tadi la, aku tak kisah sangat pasal cerita apa yang kau nak tengok tapi yang aku berbulu pasal kau bawak member. Mungkin masa tu pun kau dah tak suka aku, aku je yang lambat pick-up.. dua kali malang.

Sekarang kau betul-betul dah hilang, tarikh tiket tu jadi kali terakhir aku jumpa kau, dan kali terakhir kau peluk aku, benda terakhir yang aku dengar pasal kau, kau happy je pergi club, mabuk. Aku tak cakap kau jahat, aku baik, aku bukan judge kau melalui life style kau, aku sendiri pun bukan bagus sangat, teruk jugak dan kadang-kadang orang yang tak mabuk, merendah diri, pandai amik hati, puji-puji, solat tunggang terbalik siang malam tu perangai sebenar dia lagi busuk dari sampah, aku dah jumpa. Allah lebih murka dengan orang yang macam itu, munafik namanya. Apa yang aku nak cakap cuma, aku tahu kau happy je macam biasa.. sampai sekarang aku tak tahu mana silapnya. Ada sekali kau pernah cakap dengan aku mak kau suruh kau jadi nurse, aku tergelak, lepas tu kau diam. Tah-tah kau dah salah anggap, kau ingat aku hina kau. Mana ada.. aku gelak pasal aku terbayang kau pakai uniform nurse, confirm comel! serius aku suka woo.. aihh takkan pasal tu kot? bukan kot. Aku dah cuba perbetulkan apa yang aku tersilap, aku dah luahkan semua yang aku rasa tentang kau, pernah cuba wish kau punya birthday mana tahu kalau-kalau kau respond, tapi mungkin dah terlambat. Kau betul-betul dah hilang. Dari tarikh tiket wayang tu sampai sekarang, dah setahun lebih pun.. asal nak tido je, dah jadi tebiat.. mata dah pejam, tapi berkerut-kerut dahi aku pikir pasal kau. Mana la tahu kot-kot nama dan gambar kau naik lagi sekali kat hand phone aku.. mana la tahu kot-kot kau dapat rasa lagi sekali aura negatif/negatif-positif/positif aku. Aura konon..

Thursday, 15 September 2011

Bila bintang berbisik ke telingaku.

Hai kawan, kejarlah apa yang kau impi, tak pernah aku sekat apa yang kau mimpi, jadi berhentilah menyusahkan aku lagi, tunjuklah pekertimu yang sejati, jika benar engkau lelaki. 

Lantanglah padaku, tunjukkan pendirianmu, aku pasti mengerti. 
Jadi berhentilah bermuka-muka bersetuju denganku, 
setuju perkara yang kau rasa menyusahkan diri, 
perkara yang kau tak ingin terjun bersusah payah denganku,
tanpa engkau, aku takkan mati.

Hai kawan.. ingin aku gelar sahabat, yang bilangannya dalam hidupku hanyalah beberapa kerat, 
kau bukan tidak ada baiknya, tapi sahabatkah engkau? 
apa saja keluhmu pada mereka tentangku, 
di penghujung hari sampai juga ke telingaku. 

Bersikap terbukalah jika benar engkau lelaki,
aku dah cuba tapi kau yang memilih untuk jaga tepi kain sendiri, sembunyi dan menjauhkan diri,
kalau itu yang kau pilih, jangan lepaskan masalah pada aku, 
selesaikanlah dengan akal bijakmu. 

Bangkitlah dengan namamu sendiri, 
kalau kesenangan dan sanjungan yang kau cari,
sahabatkah engkau? aku ada tanpa di minta bila engkau bermasalah, 
takkan aku ungkit, kau fikirlah sendiri, 
itu pun kalau kau lelaki yang mengenang hati budi. 

Kau juga ada di masa kesusahan datang menimpa, 
di masa bertembung dengan manusia-manusia buta hati yang mampu mengheret ke dalam situasi hidup dan mati, tapi tak perlulah kau kata ''kalau jadi apa-apa, 
cukuplah melihat dengan mata, aku takkan turun dari kereta'', 
jangan kau lupa aku juga tidak pernah meminta kau mempertahankanku. 

Jadi atas dasar apa kau tunjuk muka?
sahabatkah engkau? bila terus meletakkan kesalahan dibahuku, 
tanpa tahu hujung dan pangkal cerita, siapa pengkhianat, siapa mangsa, apa lagi yang boleh aku kata, 
bila yang kau bela itu saudara seperjanjianmu sendiri,

bila aku berdiam, saudara engkau naik kepala,
apa lagi yang boleh aku kata, bila aku 'bersuara', dia jadi tikus sembunyi dibelakang singa tua, 
aku bukan Izrael yang datang mahu merentap nyawa, 
engkau pula datang entah dari mana mahu membela. 

Kau bela manusia yang terang-terangan munafik, manis budi bicara, 
beratus kali meminta maaf pada perkara yang tak dilakukan, 
rupa-rupanya cuba menutup hati dan perilaku yang lebih busuk dari bangkai, 
kau bela manusia yang melukakan sesama manusia, manusia yang mengaku aku ini teman, 
manusia yang bersekedudukan sejurus selepas solat, 
manusia yang baru sahaja selesai menunaikan solat subuh di waktu matahari sudah meninggi, entah sudah mandi wajib atau tidak sebelum bersemuka denganku dengan topeng iman, 
tapi bermaksiat, menghancur luluhkan hati, tanamkan rasa benci yang mungkin takkan aku lupa sampai mati. 

Kau bela manusia yang bersumpah dengan nama Allah dan kitab suciNya semata-mata mahu berdusta padaku, wahai sang pencipta langit dan bumi dan seluruh isi cakerawala, 
sesungguhnya Engkau Maha Kaya memberi petunjuk padaku, 
di sebalik musibah yang membuat aku hampir gila meraung menyembah bumi, 
rupanya ada pengkhianat yang mahu Kau jauhkan dariku, 
membuat aku sedar akan rencana besar yang sudah tertulis untukku, 
membuka mata hati yang selama ini sangsi dengan kewujudanMu, 
sesungguhnya benar aku tidak sendiri, 
Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun Engkau pada hambaMu yang lalai dan ingkar selama ini. 

Aku bukanlah pejuang agama, bukan dewa, 
hanya hamba yang terlalu hina, yang banyak melakukan dosa, 
andai Raqib layak ku lihat dengan mata, 
akan ku ampu tulislah segala kebaikanku walau sebesar zarah, 
andai Atid dapat ku sapa selayak manusia, 
akan ku seru, akan ku rayu sebelum dia melebar sayap naik ke langit, padamlah..
sekurang-kurangnya kurangkanlah kejahilanku yang kau tulis dalam buku kejahatanku,
tapi perlakuan kalian yang sama seperti membunuh saudara seagamamu sendiri, 
tak pernah dan tak tergamak untuk aku buat,
lalu mahu di panggil apa dengan manusia sedemikian rupa? Yahudi mabuk? 
semoga kita bertemu di hari pengadilan kelak, 
dan engkau? tak tahulah, biar Dia yang menilai hambaNya, 
tapi padanlah engkau dan dia satu keluarga. 

Salahkah aku? itu biar aku saja yang tahu, aku sedia bercerita tapi apa boleh buat,
kalau kau pun tak berminat nak ambil tahu siapa benar siapa palsu, 
layakkah engkau salahkan aku? 
cerminlah dirimu dulu, kau pun sama kacak sama bodoh dengan saudaramu,
kau minta aku bersabar di atas semua yang terjadi, 
tapi bila terkena batang hidungmu sendiri, tahu pula kau carut sumpah seranah, rasa teraniaya, mula kumpul bala tentera, mahu hingga ke titisan darah yang terakhir kononnya, 
menjaja cerita sini sana, termasuk aku. 

Untuk apa? sokongan moral? tenaga? kau tunggulah sampai kiamat,
kau pergilah merayu singa tua, itu pun kalau taringnya masih ada.. 
itu baru orang 'cuba'.. kau dah melatah,
kalau bernasib malang sepertiku, amuk lagak Hang Jebatlah agaknya.

Sahabatkah engkau? kau tak suka apa yang aku suka, itu tak apa,
aku pun tak pernah memaksa engkau untuk suka,
engkau sendiri yang datang dengan suka-suka hatimu secara sukarela, aku juga yang dipersalahkan. 

Sebenarnya kita boleh seerat isi dan kuku, 
aku, kau dan mereka yang sebaris dengan kita, aku juga punya cara untuk ke arah itu, 
tapi yang aku pasti tentang dirimu, 
kau pasti ketawa pada perkara yang serius dalam mata fikirku,
ketawalah engkau bila melihat aku buat apa yang aku suka, 
nak anggap aku badut pun tak apa, 
aku masih boleh ikut kau ketawa, tapi yang lucu itu engkau, andaikata masuk raja lawak, 
dalam perkiraanku kau pasti jadi juara, 
dengan nama badut inilah kau memperalat dan merosakkan mereka, 
bila tak tahu nak lari kemana, badut inilah tempatnya kau campakkan bala,
masih banyak kalau nak dikata bila bintang berbicara denganku, 
memberitahu warna dan siapa dirimu,
tapi kau tak pernah bersikap terbuka, terpaksalah aku mengeluh disini saja,
dan aku akur silapku, terlalu sempit minda dan akalku, 
yang baik itu semua datangnya dari yang Esa, 
segala keburukan pastinya dari diri aku sendiri, 
semoga Atid tidak menulis keluhan ini sebagai satu kejahatan,
dan Gibran bukanlah idola, 
tapi ada satu hasil seninya yang mengingatkan aku pada manusia seperti engkau, 
dan mereka-mereka yang hanya layak di gelar pengkhianat - 

KEBIJAKSANAAN - Kebijaksanaan tidak lagi merupakan kebijaksanaan apabila ia menjadi terlalu angkuh untuk menangis, terlalu serius untuk tertawa, dan terlalu egois untuk melihat yang lain kecuali dirinya sendiri. Periksalah buku kenanganmu semalam, dan engkau akan tahu bahwa engkau masih BERHUTANG kepada manusia dan kehidupan. 
KEBENARAN - Diperlukan dua orang untuk menemui KEBENARAN, satu untuk MENGUCAPKANNYA dan satu lagi untuk MEMAHAMINYA. Aku tidak mengetahui kebenaran mutlak. Tetapi aku menyedari KEBODOHANKU itu, dan di situlah terletak KEHORMATAN dan pahalaku.
SUARA KEHIDUPANKU memang tak akan mampu menjangkau TELINGA KEHIDUPANMU tapi marilah kita cuba saling bicara, barangkali kita dapat mengusir kesepian dan tidak merasa jemu..


Saturday, 10 September 2011

The Promised Land.


Belum mengerti erti duniawi, dah di jamah rakus keji insani,
dalam usia masih belum mengerti, 
tanpa perlu memikirkan jerih kehidupan, erti kepayahan, 
bukan waktunya..

Meraung dirinya di sisi ibu, yang terbaring kaku hampir hancur, peluru yang buta pun meluru, tembusi tubuhnya yang suci itu, lalu perginya sertai ibu, tinggalkan dunia yang membencimu.
 
Semoga tuhan mencucuri rahmat ke atas dirimu,
kami di sini mendoakanmu, merindu selalu..
 
Kebenaran yang di canang itu palsu, agenda 
- itu propaganda.
Yang naik dan berkuasa? The False Messiah, anggota majlis tertinggi 13, syarikat senjata, perfileman dan anak-anak mereka.

Kepalsuan, bohong, dusta yang di ludah, di injak-injak, di padam - itu cahaya kebenaran.
Yang jatuh dan hancur? 
Palestin, aku, engkau, akhlak dan maruah anak-anak kita,
sasarnya cuma satu - Haikal Sulaiman di bawah Al-Aqsa.


 
Siapa idolamu? siapa sumber inspirasiku?
Goro memijak makam Salahudin Al-Ayubi sambil berkata "bangkitlah wahai Salahudin, 
sesungguhnya kami telah kembali!".

Sudah terang minta di suluh, 
sana perang sini duduk bersimpuh,
aduhai umat kaku, aduhai umat bisu..
 
Di segi tiga Masonry, kita yang terakhir, terbawah,
goyim, paling hina, hamba selamanya,
hanya dengan satu mata menakluk minda dan jiwa.



Hitam

Hujan lagi..memang lebat tiap-tiap hari, eh pegi la angkat kaki, nanti kau basah, aku kuyup tak apa jangan kisah. Aku lapar aku dahaga, menggigil tahan sejuk perah tenaga, itu tak apa, masalahnya bintang malam sudah tak lagi ada. Kabus, gelap, hitam pekat, lilin ada tapi angin kuat, terimalah nasib lastik pun dah patah. Tapi aku nak tunggu di sini lagi, ada sesuatu yang aku pun tak tahu apa,tapi aku dapat rasa, yang buat aku rasa nak terus tunggu, dongak ke langit gelap yang tak menjanjikan apa-apa, cuma ada awan yang belum mahu berhenti menangis, petir dan guruh yang bengis. Jangan datang dan cuba bagi semangat, jangan datang dan cuba pujuk aku pulang, tolong simpan riak muka resah, lagipun aku belum nak mengaku kalah. Mimpi aku tinggi, sayup terbang ke angkasa, gah..alhamdulillah. Tapi aku jatuh patah.. jangan peduli, jangan angkat, jangan papah, biar aku merangkak, toleh pun jangan.. jangan sia-siakan walau setitik pun peluh mu untuk ku, kau boleh teruskan langkah. Apa yang tersisa, aku kutip satu persatu, dapat tak cantum secantik dulu, serah Dia jadi penentu, hanya Dia yang Maha tahu.

Tuesday, 23 August 2011

Souichiro & Kyoko dari bintang Sagittarius 5 (final chapter)


by Elf Firdaus on Saturday, April 9, 2011 at 3:29pm

 "Adrenalin"

Tapi aku rasa ada hikmah jugak kau buat macam tu, masa tu aku betul-betul sorang-sorang, kawan semua tak ada, aku dapat rasa mungkin perasaan macam ni la yang buat goyang hati, pegangan dan akidah, dalam hati aku penah terdetik "betul ke tuhan tu wujud?" dan apa yang dah jadi, di masa-masa mental dan fizikal aku jatuh ke tahap yang paling lemah, jiwa rasa kosong, sunyi, sepi, empty, walau pun aku bukan sorang hamba yang patuh, entah macam mana, aku tak dapat nak jelaskan dengan kata-kata, kau kena alami dan rasa sendiri, aku sedar aku tak keseorangan, aku dapat rasa ada yang teman, yang kuatkan diri aku, yang masih sayang dan tak biarkan aku hanyut, itulah Dia sang pencipta langit dan bumi, yang Maha Agung Maha Mengasihani. Dia uji, Dia tunjukkan aku siapa sebenarnya diri kau (aku tahu aku pun bersalah tapi apa yang kau balas adalah perbuatan yang tak patut di buat sesama manusia), Dia tunjuk apa yang kau mampu dan tergamak buat kat aku.

Kau dan aku tahu, kawan-kawan aku yang tahu apa dah jadi antara kita pun tahu yang perbuatan kau tu kalau di buat kat lelaki yang nekad dan tak fikir panjang, silap-silap muka kau boleh keluar kat muka depan surat khabar dengan isi beritanya aku pun tak sanggup nak baca. Kadang-kadang perasaan takut tu menyelamatkan aku, setiap kali aku nekad, mesti ada halangan yang kemudian harinya bila hati dah tenang, aku tahu tuhan tak bagi aku jadi lelaki yang macam tu, Dia tak nak aku sia-siakan hidup semata-mata untuk cinta dunia.

"Terima kasih "ibu", terima kasih big boss"

Big boss? hmm.. sikit punya hal pun dia punya marah macam kita sudah kasi dia rugi besar. Dari apa yang kau dah ceritakan kat aku sejak sekian lama, dari semua air mata kau yang jatuh di sebabkan dia, dari apa yang aku tengok dengan mata kepala sendiri, dan bila aku sendiri pun dah kena, bagi aku dialah orang paling panas baran yang pernah aku kenal. Dia baik cuma mudah naik angin, melenting dan cakap kadang-kadang tak fikir perasaan orang. Nak buat macam mana dia big boss kan? dari apa yang aku tahu, dia bermula dari bawah, dia bersusah-payah untuk dapat apa yang dia miliki sekarang, mungkin itu salah satu sebabnya dia mudah marah bila tengok orang muda terlalu ambik mudah, agaknya la.. aku dah tengok dia marah pekerja dan keluarga dia sendiri, dari apa yang kau dan mak penah cerita pun, kadang-kadang geram jugak aku dengar, sebab bunyinya kadang-kadang terlalu remeh untuk di marah dan tak logik. Tapi aku tahu hati dia baik bila..

Suatu hari tu hujan lebat..

Kau dah tak ada masa tu, kau dah pegi sambung belajar, aku tahu kalau kau ada, kau mesti bela aku. Dah nak dekat masuk lunch time dan mak mintak tolong aku pegi ubah kereta, mak bagi aku satu payung besar yang ada kat situ. Aku keluar ubah kereta, masuk balik, letak payung kat belakang, pegi depan balik. Bila dah masuk lunch time aku jalan pergi belakang nak basuh tangan dan aku ternampak big boss hentak separuh kuat payung yang aku guna tadi (dia nak kibas air kat payung tu je) sambil marah-marah kat mak, dia marah siapa yang pandai-pandai pakai payung dia, punya banyak payung kat pintu depan tu kenapa ambik dia punya, aku tengok mak dah serba-salah sebab kebetulan aku dah ada kat situ dan dengar semua. Ada lagi benda yang dia cakap, memang tak ada cover atau jaga hati, tapi aku dah lupa apa butirnya. Aku lupa sebab aku tak simpan dendam. Mak jelaskan dia yang bagi Souichiro pinjam sekejap tadi, kan hujan lebat kat luar tu, budak ni tolong pegi ubah kereta je. Aku senyap, basuh tangan cepat-cepat dan patah balik ke depan dengan hati yang terbakar. Sayup-sayup aku dengar suara big boss belum berhenti membebel, pasal payung. Aku punch card dan terus keluar jalan kaki redah hujan, sayup-sayup jugak aku dengar suara mak dari belakang, panggil nama aku. Aku jalan terus tak tengok belakang dah.

Habis basah satu badan, dah macam drama swasta, jalan dalam hujan dengan hati yang panas. Aku buat dek je makan, sambil mulut penuh dengan mi goreng, mata terkedip-kedip fikir apa yang baru jadi kejap tadi. Terngiang-ngiang dalam kepala aku suara keras dia tadi, dengan bunyi kuat dia hentak payung tu. Ini baru aku terguna payung dia, kalau aku tercalar kereta dia, mahunya payung tu melekat kat kepala aku gamaknya, garang betul orang tua ni.

Dah habis makan, jam pun dah pukul 1.50pm, aku masuk balik. Aku duduk je kat kerusi, senyap, tak buat apa-apa kerja, pekerja lain pun belum masuk. Tahu-tahu je mak dah ada depan aku.. dia tanya "kamu pegi mana tadi?" aku paksa diri tersengih-sengih macam budak lurus dan jawab pegi makan. dia cakap lagi "kamu tak ambik payung lain kat depan tu? kesian kamu, habis basah dah ni ha, jangan ambik hati ye, pakcik kamu tu bla bla bla.." dalam beberapa saat dia bercakap tu, aku renung muka dia, aku tahu mak rasa bersalah aku kena marah. Wahai ibu yang baik hati, kau tak perlu rasa bersalah dan cuba ambik hati aku, aku ni bukannya siapa-siapa, aku sayang anak kau, dan aku sayang keluarga ni sekaligus. Keluarga yang sememangnya melayan aku dengan baik sekali. Hati memang terasa tapi aku tak simpan dendam. Mengenangkan semua tu, aku berlakon lagi, tersengih-sengih macam kerang, cuba buat muka macam aku tak terasa apa-apa dan aku cakap tak apa, aku tak ambik hati pun, aku dah faham dengan sikap big boss tu, padan muka aku la. Aku sengih lagi.

Lepas tu mak cakap "lepas ni kalau nak pakai payung kamu ambik yang kat pintu depan tu ye?" aku cakap "eh takpe makcik, lagipun payung-payung tu pun pekerja lain yang punya, saya dah beli satu masa jalan kaki balik sini tadi". Mak tanya "iye? mana?" aku muncungkan mulut "tuuuu...." hala ke pintu, payung merah kotak-kotak hitam pendek dah bersusun sebaris dengan payung pekerja lain. Kat situ jugak mak gelakkan aku.. dia cakap "hai kamu terus beli payung? tunjuk perasaan la ni ye?" aku sengih lagi.. sepanjang tempoh aku bekerja kat sini, ini kali pertama aku keluar makan masa hujan dan terus dapat pengajaran, mana aku tahu satu payung satu owner.. lepas tu panas terik ke hujan ke, payung merah kotak hitam tu la aku usung ke hulu ke hilir.. tunjuk perasaan, hehehe! tapi lepas tu rileks je pekerja lain main pakai payung aku sampai jahanam, adehh..

Aku cakap big boss baik hati..

Tapi panjang lebar aku mulakan dengan akibat menimbulkan kemarahan dia, hehe! aku cakap dia baik sebab tak lama lepas mak gelakkan aku pasal payung tu, datang sorang pekerja, pakai payung.. Kak Ita namanya. Kak Ita cakap big boss ada kat kedai satu lagi dan dia panggil aku. Alamak.. dia nak tikam aku laju-laju dengan payung ke? aku dah takut. Aku pun keluar jalan kaki pegi ofis satu lagi yang memang dekat je, sengaja tak pakai payung yang aku baru beli tadi, sengaja nak tambah basah bagi dia tengok, tunjuk perasaan la kononnya aku ni pun.. masuk je pintu dan menghadap dia, aku buat muka tak ada perasaan, dia tengah menulis apa tah, aku perasan dia tengok baju aku dan terus menulis, buat-buat tak nampak. lepas tu lembut je dia cakap "Souichiro, boleh tak tolong ambik handphone pakcik yang tertinggal kat sana? ada dalam bilik, cuba tanya makcik". Selama yang aku dengar, kenal tentang dia, ini tone yang paling lembut yang aku pernah dengar keluar dari mulut dia. Sebelum ni pun dia pernah mintak tolong aku buat sesuatu tapi dalam nada biasa, antara seorang boss dan pekerja, tapi yang ini lain macam. Aku terkedu sekejap.. "ah? ouhh, ok pakcik!" laju-laju aku keluar nak pegi ambik handphone dia. Aku rasa aku dah faham dia, entah betul atau tak sebab aku tak banyak luang masa dengan dia, aku banyak borak dengan mak je. Tapi ini la yang aku dapat fikir tentang dia -

Dia seorang yang "cold", dingin, suka marah-marah, angkuh, kalau pun dia suka tentang sesuatu, dia tahu berterima kasih tapi susah untuk dia bagi pujian, susah dia nak tunjuk. Kalau orang buat salah, siap la.. tahan la telinga dan jangan harap la dia nak datang pujuk. Kadang-kadang salah dia pun dia buat tak tahu je, kita pulak yang kena ambik hati dia. Dan sekarang aku faham kenapa kau cakap aku banyak persamaan dengan ayah. Samada betul atau kau cuma mereka-reka alasan nak tinggalkan aku, aku yang buta hati ni sikit sebanyak nampak diri sendiri melalui ayah.

Masuk ofis, aku terus dapatkan mak..

Dia pulak macam dah tahu aku nak tanya pasal handphone, dia suruh ambik dalam bilik. Aku tengok mak senyum je, dia buat-buat tanya "pakcik suruh kamu ambik handphone ye?" aku iya kan je dan senyum. Aku dah faham kenapa mak senyum, dia memang faham suami dia. Big boss.. boleh je dia suruh Kak Ita yang ambik handphone tu, Kak Ita memang kerja sebelah sana dengan dia tapi kenapa dia suruh aku pegi sana? dia bagi tahu pasal handphone, suruh aku ambik dan bagi kat dia? dari tone suara dia yang paling lembut pernah aku dengar tadi.. inilah cara orang yang "cold" mintak maaf atau ambik hati. Atau dalam situasi aku dan ayah, keterlaluan kalau aku cakap dia nak mintak maaf atau ambik hati aku, mungkin dia nak aku tahu dia dah tak marahkan aku lagi pasal payung tadi. Itu saja. Aku serahkan handphone kat tangan ayah, dia ucap terima kasih, lembut je hehe.. aku keluar dengan hati yang sejuk dan tersengih sorang-sorang. Aku dah lupakan apa yang dia marahkan pasal payung tadi, aku lupakan semua sampai sekarang pun aku dah tak ingat ayat marah dia yang memang langsung tak menjaga hati. Dia memang macam Vegeta Dragon Ball Z..

Lepas kejadian tu, aku lebih hormatkan dia..

Dia suruh ubah kereta, aku turutkan, dia suruh hantar bungkusan kain-kain kat tukang jahit dia sana sini, aku turutkan, aku makin hormat dan tahu dia tak la seangkuh, sedingin mana.. bila suatu hari tu dia suruh aku cari beberapa jenis benang untuk buat pakaian tempahan, menggelabah aku cari kat rak benang tu tak jumpa-jumpa, aku tak dapat bezakan beberapa jenis benang yang warnanya hampir-hampir sama, kalau silap.. aku boleh jejas reputasi dia dan duit poket aku sendiri, klien dia pun bukan calang-calang orang, dari budak sekolah sampai la ke pak menteri dan sultan. Jadi aku mintak pekerja lain tolong aku carikan, tapi dia sudah nampak la.. dia punya marah kat aku.. dia cakap kenapa mintak tolong orang lain? bila nak pandai? kat pekerja tu pun dia sound jangan tolong, biar budak ni belajar, cari sendiri! aku toleh buat muka kesian kat mak, harap dia bela, kali ni mak senyum dan tak bela aku, mak iyakan je.. mak tolong tokok tambah, mak cakap "kamu kena mahirkan diri, tempat kamu bukan kat sini, bukan setakat duduk iron baju, cari benang, naik motor hantar kain tempahan kat tukang jahit tengah-tengah hujan atau panas, kamu kena jadi bos". besar maknanya tu.. aku tak tahu kalau mak cuma bergurau tapi big boss, aku berterima kasih sebab marah aku, niat dia nak aku belajar, jangan mintak tolong orang, aku berterima kasih sebab dulu kau tak suka aku. Sekarang sekurang-kurangnya kau terima kewujudan aku kat situ, kau pun bukan tak tahu siapa aku dengan anak kau, boleh kata tiap-tiap hari aku berhenti depan rumah kau hantar dia pergi dan balik sana sini, kalau kau tak suka aku mesti kau terus dingin macam selalu, mesti kau tak kisah aku terus jadi bodoh harapkan orang, biar aku berhenti cepat. Berpeluh-peluh aku mencari, akhirnya jumpa jugak. Dia tak la seangkuh, sedingin mana.. bila dia bagi arahan dan aku terus nak bertolak, kalau hujan kadang-kadang dia suruh tunggu reda dulu walaupun tempahan tu kena di siapkan cepat, itu buat aku terus redah hujan dan tak tunggu. Aku memang suka hujan, aku pun tak tahu kenapa makin lebat makin aku suka ada kat luar. Kalau tengah panas terik dia suruh aku tunggu petang sikit, tunggu redup baru pergi, yang itu aku tunggu la sebab memang panas gila kat luar, aku pegi casher dulu pekena black mountain Jackie Chan, hehe! kalau aku pegi minum petang belah gerai makcik-makcik, dia orang kepoh "ini la menantu bos, ini la menantu bos!" yang lain pun menyahut "Ooooo" adehhh... sampai sekarang aku tak pegi dah kat makcik-makcik tu, lagipun title tu bukan lagi milik aku, tak pernah aku pegang pun, macam mana aku nak hadap muka dia orang..

Di hari-hari terakhir kita pun..

Masa aku tercegat sorang-sorang kat luar pintu rumah kau, ayah baru balik.. aku terkejut dan takut sebab dia garang. Dia turun kereta, macam biasa.. dia jarang nak tengok tepat ke mata aku bila bercakap, tapi lembut je dia sapa aku, "tak masuk dulu ke?" aku jawab "tak apa pakcik, terima kasih, saya nak balik dah". Seingat aku itulah dialog terakhir antara aku dan dia.. hati aku betul-betul mati, betul-betul terpukul bila kau dah tak ada, bila kau tinggalkan aku macam tu je satu hari sebelum hari raya.

Dah berbulan tak jumpa..

Satu hari tu kau call aku, kau cakap nak jumpa, tanpa teragak-agak dari KL aku terus drive pegi kat kau, aku tak kisah dengan jarak yang jauh. Kita pegi makan, aku tanya "dia tahu ke?" kau cakap bf kau tak tahu. Masa aku parking kereta dan sebelum nak turun pegi KFC, kau pasang 1 lagu dari handphone dan kau suruh aku dengar, tajuknya "Hei Delilah" kot? aku tak ingat tajuknya, Plain White-t nyanyi. Aku tak tahu apa motif kau bagi aku dengar lagu tu, kat situ jugak aku menangis bila dengar lirik lagu tu. Sampai sekarang aku tak suka lagu tu. Kau jalan pegang tangan aku macam kita masih lagi macam dulu, macam tak ada apa-apa yang sedih dah berlaku, aku layan je. Masa dah nak balik, aku hantar kau depan rumah. Kau tak terus turun tapi kau suruh aku matikan enjin. Kau cakap ada hamba Allah ni ajak kau kawin.

Aku tak terkejut sebab aku tahu dia memang dah lama ada hati kat kau. Kau cakap dia tahu segala-galanya apa yang dah jadi dengan kau dan dia masih nak ambik kau jadi isteri, aku tanya kenapa kau cerita semua ni kat aku? kau cakap nak mintak pendapat. Aku terdiam sekejap. Dan aku jawab - aku suruh kau terima dia, lagipun dialah sebabnya kau tak teragak-agak tinggalkan aku dulu, jangan salah anggap, aku tak salahkan dia, dia tak ada kaitan dengan apa yang dah jadi antara kita, dia datang selepas semua tu dah terjadi. Walaupun masa kerja dulu aku rasa macam teraniaya, nyaris-nyaris ayah salahkan aku padahal punca datang dari dia, nasib baik aku berjaya selamatkan diri sendiri, yang aku terasa cuma masa ayah nak salahkan aku, aku pandang dia sebab itu salah dia, tapi dia tunduk dan buat-buat tak dengar, tapi tak apalah, aku suruh kau terima dia sebab aku tahu dia ikhlas, dia tak macam si munafik yang mengaku kawan aku tu, dia tak macam si duda yang sama munafik tu. Itu sebabnya aku lepaskan kau. Demi Allah aku sangat sayangkan kau tapi nampaknya takdir tak satukan kita, walaupun macam tu, aku tak nak sebulan, setahun akan datang atau bila-bila, aku dengar cerita kau dipermain lelaki sana sini, aku lebih sanggup tengok kau kawin dengan dia daripada aku dengar cerita-cerita yang aku tahu aku akan sakit hati. Kau marahkan aku.. kau cakap kenapa bunyinya macam memang aku tunggu masa nak lepaskan kau, aduhh.. dulu kau yang beriya benci aku, kau dah lupa ke apa yang kau dah buat? zaman sekarang susah nak jumpa lelaki yang jujur dan ikhlas lagi, kau dah jumpa, aku tahu kau dah jumpa, jadi aku sanggup lepaskan kau. Aku sayang kau tapi kita, kita dah tak mungkin.

Kau cakap "jadi inilah hujungnya, at last orang kawin", dengan mata berair kau pegang tangan aku, kau tanya lagi "habis dear macam mana? dear ok ke sorang-sorang?" aku cakap jangan fikir pasal aku, insha Allah aku baik-baik je, sekarang masanya untuk kau fikir untuk kebaikan diri sendiri, tak ada apa-apa yang buruk akan terjadi kat aku. Hari dah nak senja, aku suruh kau balik. Kau hulurkan tangan dan bersalam dengan aku, kita mintak maaf antara satu sama lain. Aku hidupkan enjin dan masa tu lah kau menangis dan kau peluk aku kuat-kuat.. kau cakap "kalaulah orang tak marah dear dan sengaja cari gaduh hari tu.." aku tahu kau maksudkan kejadian sehari sebelum raya tu, hehe kau tak tahu berapa gila dan sakit jiwanya aku raya sorang-sorang, sampai jadi lagu raya la. 5 tahun kita beraya sama-sama, sekali bila kau dah tak ada, aku jadi macam tak tahu macam mana nak hidup. Aku menangis masa tu tapi entah kenapa aku jawab aku rindukan orang lain, kau tersentak, kau lepaskan peluk dan terus turun kereta, aku balik. Kadang-kadang aku terfikir jugak, macam mana kalau aku decide nak teruskan hubungan kita masa tu? kadang-kadang datang rasa menyesal dalam masa aku tahu ini keputusan yang terbaik. Dalam perjalanan balik ke KL, dalam kesesakan di lebuhraya Damansara-Puchong, aku sempat hantar sms kat bakal suami kau, aku mintak dia jagalah kau baik-baik, kalau bergaduh jangan terus buat keputusan apa-apa, sabar dan terangkan kat kau yang mana baik dan buruk, sebab kadang-kadang kau memang tak boleh bezakan mana baik dan buruk, kau selalu buat sesuatu tanpa fikir akibatnya, jadi aku mintak dia bersabar kalau jadi apa-apa. That's all. Itulah kali terakhir kita jumpa..

Sampailah satu masa, aku dah lupa bila..

Do you remember? hampir setahun lepas tu agaknya, dalam bulan Ramadhan. Waktu berbuka kau call dan menangis, mujur masa tu aku ada kat kampung, aku terus pergi dapatkan kau, aku tanya kenapa tapi kau tak jawab, kau tak jawab pun aku tahu sebabnya, bergaduh la tu. Kau cakap kau belum makan, jadi aku pergi belikan KFC dan kau makan dalam kereta sambil mengadu nasib. Aku cakap sabar je, apa lagi yang aku boleh cakap.. dan aku hantar kau balik. Sampailah satu masa dah masuk hari raya, yang pertama atau kedua aku dah tak ingat, petang tu aku dalam perjalanan nak pegi raya rumah kawan, tiba-tiba kau call, menangis macam orang gila, aku tanya lagi kenapa? dan aku tak faham sebab kau bercerita sambil menangis, yang aku dengar cuma kau nak jumpa aku, kau mintak aku bawak kau lari ke KL, aku cakap "apa pun yang dah jadi, bertenang dulu, ingat tak apa yang i pesan dulu? you ni kalau dah emosional, apa yang you decide lepas tu, akibatnya tersangat-sangat la azab untuk di terima, jadi jangan ulang lagi, i mintak you bertenang dulu, kalau rasa tak ok jugak, you call la balik. Tepat aku dah sampai depan rumah kawan, kau call, kau mintak aku ambik sekarang jugak.

Heh, kau tengok la punya sayangnya aku kat kau, dah sampai pun aku patah balik, kawan-kawan aku pun terkejut. Macam biasa la.. bergaduh lagi, aku berjaya tenangkan kau, tak payah lari ke KL. Dan kau bagitahu aku, kau dah nak bertunang minggu depan. Aku pun tak tahu aku gembira atau sedih masa tu, aku tahu aku sedih. Tapi yang pastinya aku tak bercakap apa-apa yang bunyi macam nak racun. Aku nak hantar kau balik tapi kau nak ikut aku pegi beraya, suka hati kaulah. Sampai kat rumah kawan, ada yang terkejut aku bawak kau, ada yang dah jangka aku bawak kau. Kata beliau, kau je orang yang mampu buat aku buat benda-benda mengejut dan benda-benda yang dia orang tak faham. Tapi beliau salah sangka, beliau ingat kita dah couple balik tapi masa makan tu aku jadi speaker tak rasmi. Buat pengumuman yang kau dah nak bertunang. Aku senyum, senyum, senyum, tak ada riak sedih. masa aku hantar kau balik, kau ucap terima kasih sebab aku buat kau kembali berfikir waras, kau suruh aku mintak apa-apa yang aku nak, kau nak balas budi, aku cakap tak ada apa-apa, kalau aku mintak pun kau tak akan boleh bagi, kau terdiam. Dan itulah kali terakhir aku tengok muka kau, dengar suara kau, bersalam dengan kau, dan aku gembira, kali terakhir kita jumpa, akulah orang yang buat kau berhenti menangis, akulah orang yang kau cari saat kau menangis..

Seminggu kemudian, sampailah harinya kau bertunang. Masa tu seorang sahabat jemput aku pegi beraya kat rumah dia, kawan-kawan lain pun ada. Tengah makan-makan tu, terkeluar soalan aura petir langit ke enam dari mulut seorang kawan, "Kyoko tak ajak kau raya rumah dia ke?" aku jawab "ouhh raya apa? hari ni dia bertunang la" yang dengar semua tergamam.. tiba-tiba sorang awek kawan aku buat muka terkejut muka sedih sambil cakap "kesiannya". Ouhh yaa, rumah si Kyoko tu belakang rumah sahabat yang aku tengah beraya ni je, selang 1-2 blok je.

Sekarang bila kau dah tak ada..

Kalau tak ada kawan, sorang-sorang pun aku masih boleh belasah pegi tengok wayang. Orang gelak kuat-kuat, aku senyum sorang-sorang. Kadang-kadang aku tumpang gelak kuat-kuat jugak lepas tu aku tengok kiri kanan, aku diam. Dah macam orang gila.. ada sekali tu kat KLCC aku sorang-sorang, movie belum start lagi, seat pun banyak kosong sebab aku masuk awal, tiba-tiba masuk satu couple, duduk betul-betul sebelah aku. Tiba-tiba aku dengar balak dia cakap "ada ke tengok wayang sorang-sorang, tak pernah di buat orang" badan aku tiba-tiba panas.. aku rasa nak bangun pegi tinju muka mamat tu tapi aku diam, aku tahan.. bukan apa, tiba-tiba aku jadi tak pasti dengan apa yang telinga aku dengar, aku takut itu cuma delusi, cuma suara dari otak aku sendiri, cuma bisikan syaitan untuk hati yang tak tenang. Aku tak biasa buat benda ni sorang-sorang, benda yang kita selalu buat sama-sama dulu, sekarang aku buat sorang-sorang. Aku masih pergi tengok konsert band yang sama, band kegemaran kita, Peterpan, sorang-sorang. Sekarang mamat tu pun dah meringkuk dalam penjara tapi tak kisah la, keluar esok gf dia dah tunggu. Aku akan tunggu dia bebas, aku nak tengok lagi dia perform, sorang-sorang pun tak apa, harap-harap masa tu aku dah ada pengganti kau. Bos aku yang bagi tiket free. Ada satu tiket lebih, aku teringat kau.. sudahnya sebelum konsert mula aku bagi je tiket tu kat sorang mamat entah siapa. Aku menyanyi dan melompat-lompat sorang-sorang macam orang gila.. dah balik rumah baru nak terfikir, patutnya aku buat hero bagi tiket tu kat mana-mana awek ke, mana la tahu jumpa pengganti kau, jumpa jodoh. Bodohnya aku. Hehe..

"Aku sayang kau bodoh"

"Aku sayang kau bodoh".. ayat ni bukan ayat aku, ayat ni asalnya dari movie Indonesia, tajuknya Radit love Jani. Aku tak tahu menahu pun pasal cerita ni tapi satu hari tu dalam studio, kawan perempuan aku si sasisuseso (kawan kau la jugak) bawak laptop dan dia la yang pasang cerita ni, dia cakap bagus dan rugi kalau tak tengok. Aku layankan aje sebab dah tak tahu nak buat apa. Tapi betul cakap dia, jenuh aku tahan air mata tengok cerita tu. Kalau nampak dek kawan-kawan yang tengok sekali masa tu, kena bahan sampai mati la jawabnya. Tapi nasib baik masa tu dah tutup semua lampu, gelap gelita tinggal cahaya yang datang dari monitor laptop je. Aku benci diri aku yang macam ni, sejak bila aku berkarat macam ni? senang sangat tersentuh, sejak bercinta dengan kau la.

Dulu aku ni kira gagah jugak la, belajar taekwon-do, aktif bersukan, jalan kaki 20 km pun tak jadi hal, lari merentas desa dalam beratus-ratus orang aku boleh dapat nombor 4, aku sendiri pun susah nak percaya, kawan-kawan aku yang pemain bola, pelari pecut wakil daerah pun tak sangka, ada ke dia orang cakap aku tumpang motor kawan pintas dia orang.. tak ada sivik langsung. Tiap-tiap petang main bola dengan senior taman, terer tu idak ler, tapi aku boleh main kaki ayam, senior-senior tu semua pakai but, skill macam sampah, orang ambik bola tinggi dengan kepala, lompat dan tanduk tapi aku lompat flying kick, taksub sangat dengan taekwon-do. baju yang aku pakai masa main bola pun baju taekwon-do. Bodoh. Tapi aku boleh main 2 jam non-stop. Betul aku tak tipu! kalau aku kat U.K silap-silap Liverpool dah ambik aku. Aku bleh makan nasik lemak dengan gelojoh sambil tengok video "Faces of Death" kau tahu apa tu? video-video gore, real orang kena bunuh kena sembelih, kena makan buaya, mati kemalangan, gang fight otak pecah terabur sana sini, tak ada perasaan bila tengok darah, kira gagah jugak la tu kan? banyak lagi la. Tapi lepas bercinta dengan kau aku try tengok balik video-video ngeri tu, aku pening, tak boleh tengok darah. Aku makin banyak melepak, kuat merokok, nak lari main futsal padang kecik pun dah rasa macam nak pitam, jenuh mintak nyawa. Ehe bukan salah kau la cuma aku yang biar diri aku hanyut.

Hmm aku teringat kau.. dulu aku gelak depan muka kau bila kau menangis tengok cerita sedih, sekarang bila kau dah tak ada, penyakit kau tu dah berjangkit kat aku. Aku pun tak tahu sejak bila hati aku jadi macam tisu. Kalau kau ada, 1 juta pun aku berani bertaruh, pakej potong semua jari sekali, kau mesti menangis macam nak gila kalau kau tengok cerita tu. Punya la emo aku malam tu, bukan apa, jalan cerita dia tak sama tapi hampir sangat dengan apa yang jadi kat kita, aku nampak diri sendiri dalam watak Radit tu, cuma bezanya aku tak hisap dadah dan jual kau sebab nak isap dadah la.

Hari ni, aku rasa aku dah betul-betul sembuh..

Pulih, memang kadang-kadang rasa kosong tapi aku dah boleh hidup tanpa kau. Aku betul-betul dah lupakan kau. Iya ke? tapi kenapa aku masih simpan gambar-gambar dan video kita? kenapa baru pagi tadi aku mimpikan kau lagi? dah 5 tahun dan dalam sebulan memang tak sah kalau kau tak datang dalam mimpi aku. Kenapa? apa yang hebat sangat kau? mungkin sebab aku dah terbiasa dengan kau selama 5 tahun, tak kan aku perlukan 5 tahun jugak untuk betul-betul buang kau? kalau ya, ini dah tahun ke 5, harap-harap macam tu la. Sepanjang tempoh ni jugak 4 orang perempuan datang dalam hidup aku, 4 je? hehe. Yang pertama tu aku rasa aku memang betul-betul suka dia, her name is nina. Pasal masa dengan dia aku memang tak ingat kau langsung, aku rasa dia la pengganti kau tapi aku silap, dia tak suka aku pun. Yang kedua dan yang ketiga
serius sukakan aku tapi aku kecewakan dia orang, salah sorangnya namanya sama dengan kau. Maafkan aku.. yang ke empat pun aku memang suka dia tapi malangnya dia dah ada boyfriend, aku tunggu jugak bila dia nak break heheh.

It's okay. So, here i am, walk alone and it's okay. Masa awal-awal aku nak sesuaikan diri hidup tanpa kau dulu, aku jadi gelisah dan takut bila tinggal sorang, semua jadi serba tak kena, selalunya aku cepat-cepat hidupkan enjin kereta dan keluar luangkan masa dengan kawan-kawan, atau sibukkan diri pergi beli set box cerita-cerita Korea, Jepun atau apa-apa saja movie. Tapi ada dua watak utama yang sangat membantu aku lupakan kau, kalau tak ada dia orang ni, aku tak tahu macam mana aku nak hadap sorang-sorang, dua watak yang sangat comel, jauh mana pun aku pergi, aku tetap akan balik rumah untuk jumpa dia orang, seminggu tak jumpa aku okay lagi tapi bila masuk dua minggu, aku jadi rindu dengan dia orang, kalau dapat jumpa, aku rasa lega, senyuman dia orang sangat-sangat membantu aku lupakan semua, kalau dulu aku kata "aku jaga, aku lindung kau lebih berbanding diri aku sendiri, aku rosak tak apa, jangan kau", sekarang orang tu bukan lagi kau tapi dua watak yang sangat comel ni. Aku sanggup buat apa saja untuk dia orang, aku sanggup mati asalkan dua watak comel ni boleh terus tersenyum.






Kawan-kawan pernah tanya dan masih tanya, kalau kau cari aku balik, aku terima kau tak? aku rasa marah dengan soalan tu, dia orang ni bukan tak tahu apa yang dah jadi kat aku tapi masih sengaja tanya. Tapi aku tak zahirkan marah tu, aku simpan dalam-dalam. Aku jawab dengan gelak yang di buat-buat dan jawab "gila, habis laki dia nak letak mana?"? iyakan tidak, nafi pun tidak. Dia orang tahu tapi mungkin dia orang tak faham, mungkin kalau dah kena sendiri baru dia orang tahu berapa serius sakit yang aku dah tanggung. It's okay, aku harap tak ada kawan yang kena macam aku kena. Aku cuma rasa marah sebab aku bersusah-payah nak lupakan kau, dia orang boleh pulak tolong refresh dengan soalan tu, it's okay, small matter. Hari ke hari, bulan ke bulan, membawak ke tahun, ada pulak yang bagi soalan cepumas lagi, "eh aku dengar Kyoko dah ada anak kan?", "eh kau dah tengok anak dia?", aku cakap bodoh karang kau orang marah, apa yang buat kau orang ingat aku ikut perkembangan dia? dan atas sebab apa pulak aku nak pegi tengok anak dia? it's okay, small matter.

Ouhh ya, gambar kat bawah ni..

Tak ada apa-apa yang menarik, cuma gambar aku hadir ke majlis sanding kawan aku. Iya ke tak ada yang menarik? ini la jugak harinya kau pun bersanding dan lokasi majlisnya cuma 15-20 minit perjalanan, menarik bukan? ikut hati memang aku tak nak balik tapi memandangkan kawan baik bersanding takkan aku tak datang. Tarikh gambar ni? jangan tanya, aku memang dah lupa dan tolong jangan ingatkan aku. Nak tahu senang je, tanya kat mamat yang pakai tengkolok tu. Aku tak nak tahu. Ada pulak sorang kawan ni, aku pegi salam dengan dia, dia boleh tanya "eh apa kau buat kat sini? apa pasal kau tinggal pelamin?" kawan-kawan lain gelak, aku pun tumpang gelak, tapi dalam hati aku, tuhan je yang tahu.. bila tengok balik aku yang tengah senyum dalam gambar ni, hanya aku dan tuhan je yang tahu apa yang ada di sebalik senyum tu, hanya tuhan yang tahu apa yang tersimpan jauh dalam hati aku. Apa-apa pun aku rasa ini satu-satunya keputusan yang tepat dan paling bijak yang aku pernah buat - lepaskan kau. Sebab aku tahu kau bahagia. Aku memang manusia biasa, yang tak sempurna dan kadang salah, tapi di hati aku hanya satu, cinta untuk kau luar biasa, berjalanlah walau habis terang, ambil cahaya cintaku terangi jalan mu, ITULAH YANG PALING PENTING DAN YANG PALING BERMAKNA, SEKURANG-KURANGNYA AKU TAHU
KAU BAHAGIA. SPREAD YOUR WINGS AND FLY HIGH KYOKO SAN, i will love you till my last breath. Though i can't be with you tonight, you know my heart is by your side.

Aishiteru Kyoko San. Always.

Your guardian angel

- Souichiro Sorimachi.