Sunday 28 July 2013

For the safety of women.

                         


- ini bukan tulisan atau tips dari aku, aku pun dah lupa mana aku dapat benda ni, ternampak kat news feed Facebook kot? So aku copy paste aje dengan niat nak share. Dah lama dalam simpanan, simpan buat sendiri baca pun tak guna ya tak? Aku bukan pompuan, walaupun ramai lelaki yang nak treat aku macam la aku ni pompuan hehe.. aku lelaki sejati yang tahu jaga diri sendiri okay? (insha Allah). Untuk lelaki yang macam itu sila take note, aku sengih-sengih macam kerang busuk, aku senyum-senyum jangan fikir aku bodoh, aku ada taekwon-do, muay thai, blackbelt, jangan bagi aku lastik, jangan bagi aku pegang nunchaku, aku tahu cakar penolak awan dan tendangan tanpa bayang hasil dari membaca komik Pedang Setiawan, siku maut Buakaw yang aku tiru kat Youtube dan beberapa lagi jurus-jurus ganas yang kau orang tak suka nak dengar. 

So, baca la dan share (yang part English tu aje, abaikan apa yang aku merepek dalam bahasa melayu ni termasuk semua hikmat dan jurus-jurus maut aku di atas) para wanita, gadis, adik kakak, makcik, hot mama, semoga bermanfaat untuk kita semua. Hanya dari pencinta wanita untuk wanita muheheh.. Ala laki pun baca la jugak, boleh share dengan orang-orang di sekeliling yang anda sayang dan ambil berat. Tak faham English dan tak ada orang yang boleh tolong terjemah balik? Takpe no problem. Untuk pompuan, meh kat abang meh abang tolong terjemah huhehe. Untuk lelaki...... boleh copy dan paste aje kat google translate, walaupun kadang-kadang dia translate tunggang-terbalik sket, insha Allah masih boleh faham. Akhir kata, selamat bersahur!


1) What should a woman do if she finds herself alone in the company of a strange
male as she prepares to enter a lift in a high-rise apartment late at night?

Experts Say: Enter the lift. If you need to reach the 13th floor, press
all the buttons up to your destination. No one will dare attack you in a lift that stops on every floor.

2) What to do if a stranger tries to attack you when you are alone in your
house, run into the kitchen.

Experts Say: You alone know where the chili powder and turmeric are kept.
And where the knives and plates are. All these can be turned into deadly
weapons. If nothing else, start throwing plates and utensils all over.
Let them break. Scream. Remember that noise is the greatest enemy of a
molester. He does not want to be caught.

3) Taking an Auto or Taxi at Night.

Experts Say: Before getting into an auto at night, note down its registration
number. Then use the mobile to call your family or friend and pass on the
details to them in the language the driver understands .Even if no one
answers your call, pretend you are in a conversation. The driver now knows
someone has his details and he will be in serious trouble if anything goes
wrong. He is now bound to take you home safe and sound. A potential attacker
is now your de facto protector!

4) What if the driver turns into a street he is not supposed to - and you
feel you are entering a danger zone?

Experts Say: Use the handle of your purse or your stole (dupatta) to wrap
around his neck and pull him back. Within seconds, he will feel choked
and helpless. In case you don’t have a purse or stole just pull him back
by his collar. The top button of his shirt would then do the same trick.

5) If you are stalked at night.

Expert Say: enter a shop or a house and explain your predicament.
If it is night and shops are not open, go inside an ATM box. ATM centers
always have security guards. They are also monitored by close circuit television.
Fearing identification, no one will dare attack you.

After all, being mentally alert is the greatest weapon you can ever have.

Please spread it to all those women u care & spread awareness as this is the least we can do for a social and moral cause and for the safety of women.

Monday 8 July 2013

Jangan menangis Aisya.

                                

Kata orang, kalau nak kasi mood cantik setiap hari, permulaannya adalah dari rumah. Tak kisahlah rumah flat ke rumah teres ke banglo ke, hias la secantik mungkin ikut citarasa dan kemampuan masing-masing. Aku pegang benda ni, aku buat kat bilik aku. Tak ada la cantik pun cuma kemas. Bila semuanya serba lengkap, kita rasa tak sabar nak balik rumah, kita rasa lega bila dah balik rumah. Macam tu la kot yang orang duk kata "rumahku syurgaku"? Agaknya la..

Kata Aisha, dia setuju dengan apa yang aku merepek pasal hias rumah. Tapi dia tak pernah tenang bila balik rumah. Dia rasa terperuk, rasa sempit, lemas. Dia kerap ubah susun atur barang dalam rumah. Yang lama habis semua dia buang dan ganti yang baru. Dari ruang tamu, bilik tidur, sampai ke dapur. Segala kerusi, meja, sofa, tv, peti ais, langsir, tilam, bantal, sudu, garpu, set pinggan mangkuk, akuarium, kain lapik meja, semua baru. Bila dah ganti semua baru pun dia tak senang duduk lagi, dia tukar posisi segala benda alah tu bila dia rasa nak tukar. Dia cakap dia tak boleh biar semua benda terbiar sama, nanti dia nampak arwah suami dia. Nanti dia ternampak dia orang tengah masak sama-sama, makan sama-sama, layan movie kat ruang tamu sama-sama, segala macam lagilah. Dia dah tak tahu apa lagi nak buat untuk lupakan arwah suami dia. Dia dah tak sanggup duduk situ lagi sebenarnya tapi dia terpaksa tunggu rumah yang dia beli tu siap tahun depan, lepas tu dia akan terus pindah masuk, takkan tunggu-tunggu lagi. Sepanjang enam tahun ni aku belum nampak lagi tanda-tanda dia dah betul-betul okay. Dia aje yang cakap okay tapi sikap dia menunjukkan sebaliknya. Selagi boleh elak, dia takkan pergi KLCC. Kalau bukan sebab benda mustahak, dia takkan masuk KLCC. Takat nak shopping, jangan haraplah dia nak masuk. Megan Embassy Jalan Ampang, stesen LRT Setiawangsa, area seksyen 8 Shah Alam, William Kelana Jaya, kalau dia sendiri drive, jangan harap dia nak lalu atau jejak kaki ke situ. The Mines Wonderland, UO Galaxy Ampang, jangan ajak dia tengok wayang kat situ. 

Aisya ni sebenarnya kelakar orangnya, senang buat orang gelak. Aku senang dengan dia sebab dia kelakar dengan cara dia yang tersendiri, bagi aku dia ada "character" dia sendiri. Dia tak gedik, tak cuba cari perhatian, bukan kelakar yang mulut bising tak tahu bila nak berhenti bercakap. Aisya agak pendiam tapi sifat kelakarnya jelas dari cara dia menjawab pertanyaan, dari cara dia menjawab bila orang mintak pendapat, dari cara dia bercerita tentang sesuatu untuk menenangkan orang-orang sekeliling dia yang datang mintak pandangan. Jawapan dia kadang-kadang bunyi macam kata-kata hikmah atau quotes yang indah-indah yang kita boleh jumpa bersepah dalam internet, tapi quotes dia tersendiri, bukan dia copy dan hafal dari internet, itu yang aku suka. Agaknya la.. pasal banyak kali jugak bila aku dengar ayat dia yang bunyi macam quotes dari Albert Enstein, Khalil Gibran, Fadzilah Kamsah atau A.Samad Said, aku laju-laju capai handphone dan try google, memang tak jumpa. Hehe. Masa dia bercakap tu kita nampak dia bersinar-sinar, ada bintang-bintang kecik bercahaya satu badan dia, kita jadi bersemangat dan rasa macam "eh betul jugak kan, kenapa aku tak pernah terfikir macam tu?". 

Kadang-kadang bodoh-bodoh alang, part ni dia comel, semulajadi dan bukan cuba nak buat comel. Aku pun tak faham kenapa ada masanya jawapan yang dia bagi macam orang tak pernah pegi sekolah, atau tak pernah baca paper, atau tak pernah bermasyarakat, langsung tak boleh di terima akal. Bila datang mode lurus bendul ala Mr.Bean dia tu, selalunya penutupnya ialah dia pandang orang yang bertanya soalan tu, orang yang bertanya soalan tu pandang dia, dua-dua diam dan blah sambung buat kerja masing-masing ekeke.. Itu kalau sorang, kalau empat lima orang, tengah tekun mendengar tengok-tengok dia bagi jawapan macam terencat akal, semua pakat jerit  "hak alahh.. apa benda la hang ni.." (jerit yang dalam gelak dan mode bergurau la), lepas tu semua blah tinggal dia. Dia pulak dengan muka konfiden cakap "what? betul what apa yang i cakap..". Dia lebih kurang macam ni la, kita tanya dia pasal bateri handphone, bateri kita dah nak abis tapi tak bawak charger so kat mana boleh beli charger? Dia pun dengan penuh konfiden bercakap pasal bateri, tekun kita mendengar, tup-tup rupanya dia bercakap pasal bateri kereta, kita yang tekun mendengar dari tadi rasa nak cepuk kepala dia hehe.. Tapi benda-benda macam ni la yang buat dia jadi kelakar, padahal dia bukan jenis yang banyak cakap pun. Jawapan dia kadang-kadang buat kita terbakar tapi geli hati dalam masa yang sama dan bagi aku dia charming dengan perangai dia yang satu ni. Mungkin dia tengah fikir benda lain, fikir masalah hidup dia atau program yang dia dah plan cantik, tengah syok terbang dalam dunia dia sendiri, tiba-tiba orang datang tanya benda yang perlu di jawab dengan agak panjang dan perlukan perhatian penuh, dia plak paksa diri untuk melayan, nak jaga hati punya pasal, sudahnya jawapan pun ke laut. Aku selalunya kalau jadi macam ni masa tengah bersesak-sesak dalam lrt, dengan tengah menggigil seram sejuk tahan nak buang air besar, member plak mengadu masalah percintaan.

Tapi itu semua dulu, enam tahun lepas punya cerita. Sekarang pun kalau kita tanya dia apa-apa, dia masih luangkan masa untuk jawab, bagi pendapat atau tolong berfikir untuk kita tapi bodoh-bodoh alang, comel, charming dia tu dah tak ada. Nada dia datar tanpa melodi, straight, logik, serius dan tak ada jiwa. Dia kerap share dengan aku bila jiwa dia kacau. Dia tak bercerita tapi aku yang selalu tanya bila tengok dia bad mood lain macam. Pernah gak aku cadangkan kat dia cari pengganti, itu jam mungkin dia boleh tinggalkan masa silam dia. Aku faham, mana mungkin kita boleh lupakan masa silam, kita cuma mampu tinggalkan dan cuba pergi sejauh mungkin. Dia cakap kat aku "kau pun tahu bukan sekali aku dah cuba". 

Percubaan pertama, ada sorang mamat suka kat Aisya. Mamat tu tak ada pun cakap pasal cinta, borak kosong dan borak pasal karier je. Ok la tu, cool. Tak gelojoh. Satu hari tu mamat tu ajak dia keluar, Aisya setuju so satu malam tu dalam pukul lapan malam mamat tu datang ambik dia kat rumah, gentleman. Dia orang keluar makan-makan, tengok wayang, semuanya normal sampai la satu part macam mana entah dia orang bersembang, mamat tu cakap dia kenal family arwah suami Aisya. Aisya terkejut tapi dia tak tunjuk sebarang reaksi, Aisya tanya dia macam mana boleh kenal? Dia cakap dia ex-boyfriend kakak kepada arwah. Aisya cakap "ouhh ye ke? okay..", dan itulah kali pertama dan terakhir dia orang jumpa.

Aku tahu pernah sekali dia dah happy balik macam biasa lepas kenal sorang lelaki, baik dan hensem betul orangnya. Dia sendiri cakap dia dah jumpa orang yang mampu ganti tempat arwah suami dia, dia rasa senang dan lega sebab tak rasa kosong, takut dan sunyi lagi. Kesian aku dengar dia cakap macam tu. Tapi tak lama.. sebulan lepas tu dia orang broke-up. Aisya mintak maaf kat mamat tu sebab tak dapat lupakan masa lalu, frust jugak mamat tu aku tengok, baik orangnya tapi apa nak buat, jodoh tak ada ya tak? Aisya cakap lagi, mula-mula aje dia rasa "i'm falling in love again" tapi lama-lama dia rasa dia dah tersilap dengan apa yang dia rasa. Tiba-tiba je dia rasa ini bukan cinta, ini cuma diri dia yang rasa kosong dan tergesa-gesa cuba isi kekosongan tu. Aku rasa aku faham, atau mungkin aku tak faham, apa-apalah. Satu-satunya sebab dia blah dari mamat tu semata-mata sebab nama mamat tu sama dengan nama arwah suami dia, tapi nama bapak lain la. Tapi ya la kan, berapa orang dalam dunia ni yang sayang sangat dengan seseorang, harung segala macam suka-duka hidup, berkongsi hidup bertahun-tahun, tiba-tiba orang yang dia sayang tu mati, lepas tu datang hamba Allah entah dari mana dan dia rasa orang tu istimewa tapi nama dia pun sama dengan orang mati yang dia pernah anggap separuh dari dia tu, hilang orang tu maka dia hilang separuh dari diri dia. Mungkin ada la kat luar sana yang pernah jadi dramatik macam ni tapi sejujurnya seumur hidup aku, dalam lingkungan hidup seharian aku, selain Aisya ni, aku tak pernah kenal, baca atau jumpa lagi benda macam ni. Benda cenggini aku rasa boleh tengok dalam drama tv3 je. Tapi kalau drama tv dia lain sikit la kan, dia jumpa orang yang muka sama, bukan nama sama. 

Lepas mamat tu ada la lagi empat lima orang lelaki yang terima nasib yang sama. Jalan ceritanya pun lebih kurang, mula-mula dia rasa "this is love", sebulan lepas tu dia rasa "ouh i'm so sorry dear, this is not love". Semua sebulan, ada sorang aje yang tahan lama sikit, tiga bulan. Orang luar akan anggap dia player, tapi bagi yang kenal  Aisya tentu akan faham dan tak salahkan dia. Aisya bukanlah jenis orang yang suka-suka atau sengaja nak sakitkan hati orang lain, Aisya yang aku kenal selama ni sangat setia dan sanggup harung apa saja dugaan kalau dia dah bagi hati dia kat orang yang bertuah tu. Jarumlah dia macam manapun, dia tak pandang punya.  Siapa pun yang berani apa-apakan dia, aku takkan lepas punya. Dia pernah terus-terang dengan sorang lelaki pasal situasi dia sebab dia taknak lukakan hati mamat tu, dia cakap ini bukan cinta tapi dia boleh cuba. Tapi ending sama je. Lepas tu senyap sampai sekarang, dia menyendiri, tak cuba ber couple lagi dah. Bermusim.. Ada time dia okay, normal. Kalau musim jiwa kacau dia dah datang, tak payah tanya, aku tahu. Senang je nak tahu, dia jawab soalan kita acuh tak acuh, satu lagi kalau kat kedai makan, dia minum tak pegang gelas, dia cuma rapatkan kepala kat gelas, gigit straw dan minum sambil menung jauh ke depan. Bukan menung fikir masa depan tapi kosong..

Sampai la satu petang tu aku nak naik lrt nak balik rumah, seingat aku dalam jam lapan malam. Lepas je aku touch kad Touch n Go dan masuk dalam stesen, aku lari laju-laju naik tangga pasal aku dengar ada tren kat atas. Ramai orang tapi ada space lagi boleh masuk tapi aku tak sempat naik, tren tu dah tutup pintu dan jalan. Tercungap-cungap sekejap aku kat line kuning tu. Pusing-pusing belakang nak cari tempat duduk.. aku macam kenal minah yang duduk sorang ni.. Aisya?? apa dia buat kat sini? Aku pegi tegur dia. Dia terkejut dan bila dia angkat muka tengok aku, tiba-tiba je berkaca mata dia nak nangis lepas tu dia tunduk balik. Apa kau buat kat sini wahai Aisya? Dia nampak sedikit berpeluh. Dia cakap kereta dia rosak, mungkin bateri sebab dah lama tak tukar, tak boleh start so dia tinggal dan jalan kaki datang sini. Dia rasa sedih bercampur takut, fobia semua ada sebab sejak arwah suami dia tak ada enam tahun lepas, dia langsung tak pernah naik lrt dah, zaman dia bercinta sampai la dah kawin dulu hari-hari dia naik lrt dengan arwah tapi lepas arwah tak ada dia terus beli kereta, tak berani naik lrt lagi sebab takut teringat kat arwah. Oo macam gitu.. Aku cuba tenangkan dia, borak-borak kosong gitu. Aku dah tak kira berapa tren dah yang aku biar terlepas. Bila agak dia dah okay sikit dalam nada bergurau aku cadang kat dia (cadangan yang sama - cari pengganti) cuba la lagi. Aku tak anggap dia terdesak nak cari cinta sebab aku pun nampak boleh tahan lama jugak dia dah tak keluar dating langsung dengan sesiapa, dia dah tak mencuba. Dia cakap dia ada la jugak suka-suka try kenal-kenal, like-like status, gambar dan komen-komen kat Facebook tapi dia orang tu macam tak layan je. Dia cakap dia tak kisah, dia tahu dia bukannya cantik mana pun. Sedih aje muka, mulut muncung. Tak cantik mana? Wahai Aisya, aku tengok kau je aku teringat Dian Sastro dalam video klip Peterpan - Hapus jejakmu. Aku tengok Dian Sastro je aku teringat kau. Macam gini lagi kau nak mengeluh kata tak cantik? Dalam pandangan aku la, orang lain aku tak tahu dan taknak ambik tahu. Orang kat Facebook yang tak layan kau tu buta ke? Dia ni macam dah betul give-up je ni. Kalau terus di biarkan, silap-silap sampai ke tua dia terus tinggal dalam masa silam. 

Lepas tu aku ada cakap panjang lebar sikit dengan dia, aku suka sampaikan benda yang serius dalam nada bergurau atau bersahaja, bunyi lebih kurang cenggini - Aisya, kalau nak cerita pasal rupa.. orang tak layan kau kat Facebook mungkin sebab kau tak pakai seksi, cuba kau letak gambar pakai skirt atas lagi dari peha sambil mabuk ke, gambar dalam club ke. Mungkin jugak sebab kau letak semua gambar bertudung dan lelaki tak berani nak tegur sebab fikir kau terlalu baik, tak tahulah, aku main cakap je. Err tapi kau memang baik pun. Ada orang yang biasa-biasa aje tapi dalam gambar dia nampak menarik, ada orang yang sangat cantik tapi dalam gambar dia nampak biasa aje, kau yang itu la kot, tak fotogenik, tak fotogedik. Bagi aku kau bukanlah perempuan yang lelaki boleh jatuh cinta dengan tengok gambar je, kau bukanlah perempuan yang lelaki boleh jatuh hati dengan hanya terserempak di kaki lima, kau jenis yang lelaki tu perlu habiskan masa dengan kau, tak payah lama-lama, empat lima hari dah cukup untuk buat dia baru nak rasa "eh dia ni orang yang menarik sebenarnya, aku baru perasan..". Aku bukan cakap lelaki tu kena duduk serumah dengan kau, maksud aku bekerja dengan kau atau apa-apa komitmen yang kau orang buat sama-sama la. Aku ingat lagi dulu kawan kau ramai-ramai beriya-iya cuba tarik perhatian sorang mamat ni, ya la mamat tu kan ada kaitan dengan kerabat Pahang. Kau pun tak nafi mamat tu hensem tak ingat punya tapi kau langsung tak pandang dia, langsung tak cuba bercakap atau senyum kat dia, bukan sebab sombong tapi sebab kau rasa tak layak, kau rasa kau bukanlah siapa-siapa nak berkawan dengan dia. Tinggi sungguh sifat merendah diri kau. Alih-alih mamat tu yang jumpa aku, suruh sampaikan salam kat kau, kau tahu apa mamat kerabat Pahang tu cakap kat aku? Kau ingat lagi kan? Dia cakap masa dalam ramai-ramai perempuan yang tengah pandang dan cuba bercakap dengan dia tu, dia perasan dalam celah-celah group tu kau sorang je yang langsung tak cuba apa-apa, kau pandang tempat lain macam dia tak wujud kat situ, dia rasa macam "eh ada something special kat minah ni, dalam ramai-ramai kawan dia tergedik-gedik ni, dia sorang je yang buat macam aku tak wujud kat situ". Sudahnya lain hari dia sendiri yang datang tegur kau rite? Dulu kau ikut trip bercuti boss bawak,dengan aku dan geng-geng pekerja. Pekerja lain tu plak bawak kawan-kawan, dalam tempoh empat lima hari tu kau yang paling senyap, tanya sepatah jawab sepatah, dia orang pun cakap pendiam sangat kau ni. Tapi sudahnya dua tiga orang jugak yang sangkut dengan kau, pun jambu-jambu semuanya. Bukan aku kata dia orang jambu, kawan-kawan kita yang nak try dia orang yang kata. Mungkin dari perwatakan kau yang sekejap nampak macam bijak, sekejap nampak macam lurus bendul, tiba-tiba dia orang perasan kau sorang yang charming. Belum kira lagi berapa orang lelaki yang dah ter couple dengan kawan-kawan kau, lepas tu bila dah bercampur dengan kau, dia orang rasa "kenapa aku tak perasan dia ni dulu?". Paling aku tak percaya bila ada sorang artis lelaki popular ajak kau tengok wayang. Kalau aku cerita kat orang, kalau aku sebut nama dia, memang satu Malaya kenal, memang famous. Dia ajak kawan dia tengok wayang tapi dia suruh ajak kau sekali, kiranya dia ajak kau la tu, tapi dia tak ada cara nak cakap sebab nombor telefon kau pun dia tak ada, rite? Lepas tu dia sendiri yang hantar kau balik rite? Lepas tu kau orang lost contact empat lima bulan, lepas tu tiba-tiba satu hari kau terkejut beruk sebab dia call kau. Tapi perkenalan kau orang terlalu singkat, dia menghilang tanpa sebarang alasan. Aku rasa mungkin sebab dia ada banyak pilihan, yalah.. sangat famous orangnya, aku tahu macam mana life style orang-orang rich and famous ni.

Aku tak tahu apa sebenarnya perasaan dan pandangan kau kat aku, mungkin esok lusa tiba-tiba kau pesan kat aku jangan berharap sangat, ini bukan cinta tapi kau boleh cuba, mungkin dalam masa sebulan dari sekarang kau akan cakap yang kau tersilap tentang perasaan kau kat aku, kalau aku bertuah sikit mungkin dalam dua tiga bulan lagi. Aku pun bukan budak-budak lagi nak memaksa orang sukakan aku, kalau jodoh kita panjang, satu hari nanti biar aku ceritakan kat kau kisah cinta aku pulak dan aku tak percaya kau tak menangis bila dengar apa yang dah aku jalani. Tapi bukan sekarang. Abaikan. Yang penting ialah sekarang, ini kisah kau wahai Aisya, aku bangga dan rasa bersyukur Allah bagi aku satu watak dalam kisah hidupmu. Mungkin bukan watak utama tapi aku tak peduli itu semua. Terpulanglah kat kau untuk menilai di mana tempat aku yang sepatutnya. Yang aku tahu sekarang, kau separuh dari diri aku yang aku dah jumpa. Tidak kurang pentingnya sebagaimana kau selalu mengadu kat aku sejak enam tahun lepas betapa pentingnya dia yang menjadi sebahagian dari diri mu, hilang dia maka hilanglah sebahagian dari diri kamu. Fuhh.. dah lama aku hafal bahasa novel cenggini, tak sangka dapat cakap betul-betul kat kau wahai Aisya. Aisya gelak dalam tengah menangis bila dengar aku cakap macam tu. Itu dia.. ekspresi yang dah lama hilang dari riak wajah kau wahai Aisya.. Lepas tu Aisya kasitau aku benda yang aku langsung tak sangka.. Dia cakap selama ni bila dia jiwa kacau, aku sorang aje yang jadi tempat dia mengadu, ada la jugak dia luah kat housemate dia, tapi kalau lelaki, aku sorang je. Dia cakap lagi, dia pun tak pasti kenapa dia luah kat aku, tapi dia rasa senang dengan aku, dia cakap dia sendiri pelik dengan aku, ramai sangat lelaki yang cuba dekat dengan dia tapi kenapa aku langsung tak cuba? Bagi aku, aku langsung tak keluar ayat-ayat yang cuba mengurat sebab aku sendiri nampak berapa punya susah dia nak lupakan arwah suami dia, tapi aku sentiasa ada bila dia cari aku, tak pernah tak ada, itu sajalah yang aku boleh buat, tanda aku sayang dan ambik berat tentang kau wahai Aisya. Lama-lama dia ada rasa 'something' dengan aku tapi dia simpan dalam hati, dia cakap dia tak fikir aku punya rasa yang sama kat dia sehinggalah lepas dengar apa yang aku baru luahkan tadi, dan sebab aku asyik suruh cari pengganti. Sekarang dia nak kenal aku secara peribadi, dia cakap sekarang baru dia perasan aku tahu terlalu banyak tentang dia dan dia tak tahu apa-apa pun tentang aku sebab selama ni aku hanya jadi pendengar yang baik, dan tiba-tiba dia rasa lapang, tenang dan rasa takut nak naik lrt tu dah hilang tah ke mana, dia tak sabar nak balik naik tren yang seterusnya. Kembang kempis hidung aku, punya la happy dengar dia cakap macam tu.

Dari jauh aku nampak lampu tren seterusnya. Okay dah boleh balik. Tapi tiba-tiba aku teringat sesuatu. Eh Aisya, rumah kau kat Kelana Jaya kan? Bukan ke kau patut naik Putra LRT? Ini STAR LRT dan tren ni menghala ke Bukit Jalil, apa kau buat kat sini wahai Aisya? "Aah laaaa, tersilap pulokk!" Jawab Aisya sambil tepuk dahi. Apa benda la hang ni Aisyaaaa..." Aku pun tepuk dahi..

- Yusuf