Sunday 28 July 2013

For the safety of women.

                         


- ini bukan tulisan atau tips dari aku, aku pun dah lupa mana aku dapat benda ni, ternampak kat news feed Facebook kot? So aku copy paste aje dengan niat nak share. Dah lama dalam simpanan, simpan buat sendiri baca pun tak guna ya tak? Aku bukan pompuan, walaupun ramai lelaki yang nak treat aku macam la aku ni pompuan hehe.. aku lelaki sejati yang tahu jaga diri sendiri okay? (insha Allah). Untuk lelaki yang macam itu sila take note, aku sengih-sengih macam kerang busuk, aku senyum-senyum jangan fikir aku bodoh, aku ada taekwon-do, muay thai, blackbelt, jangan bagi aku lastik, jangan bagi aku pegang nunchaku, aku tahu cakar penolak awan dan tendangan tanpa bayang hasil dari membaca komik Pedang Setiawan, siku maut Buakaw yang aku tiru kat Youtube dan beberapa lagi jurus-jurus ganas yang kau orang tak suka nak dengar. 

So, baca la dan share (yang part English tu aje, abaikan apa yang aku merepek dalam bahasa melayu ni termasuk semua hikmat dan jurus-jurus maut aku di atas) para wanita, gadis, adik kakak, makcik, hot mama, semoga bermanfaat untuk kita semua. Hanya dari pencinta wanita untuk wanita muheheh.. Ala laki pun baca la jugak, boleh share dengan orang-orang di sekeliling yang anda sayang dan ambil berat. Tak faham English dan tak ada orang yang boleh tolong terjemah balik? Takpe no problem. Untuk pompuan, meh kat abang meh abang tolong terjemah huhehe. Untuk lelaki...... boleh copy dan paste aje kat google translate, walaupun kadang-kadang dia translate tunggang-terbalik sket, insha Allah masih boleh faham. Akhir kata, selamat bersahur!


1) What should a woman do if she finds herself alone in the company of a strange
male as she prepares to enter a lift in a high-rise apartment late at night?

Experts Say: Enter the lift. If you need to reach the 13th floor, press
all the buttons up to your destination. No one will dare attack you in a lift that stops on every floor.

2) What to do if a stranger tries to attack you when you are alone in your
house, run into the kitchen.

Experts Say: You alone know where the chili powder and turmeric are kept.
And where the knives and plates are. All these can be turned into deadly
weapons. If nothing else, start throwing plates and utensils all over.
Let them break. Scream. Remember that noise is the greatest enemy of a
molester. He does not want to be caught.

3) Taking an Auto or Taxi at Night.

Experts Say: Before getting into an auto at night, note down its registration
number. Then use the mobile to call your family or friend and pass on the
details to them in the language the driver understands .Even if no one
answers your call, pretend you are in a conversation. The driver now knows
someone has his details and he will be in serious trouble if anything goes
wrong. He is now bound to take you home safe and sound. A potential attacker
is now your de facto protector!

4) What if the driver turns into a street he is not supposed to - and you
feel you are entering a danger zone?

Experts Say: Use the handle of your purse or your stole (dupatta) to wrap
around his neck and pull him back. Within seconds, he will feel choked
and helpless. In case you don’t have a purse or stole just pull him back
by his collar. The top button of his shirt would then do the same trick.

5) If you are stalked at night.

Expert Say: enter a shop or a house and explain your predicament.
If it is night and shops are not open, go inside an ATM box. ATM centers
always have security guards. They are also monitored by close circuit television.
Fearing identification, no one will dare attack you.

After all, being mentally alert is the greatest weapon you can ever have.

Please spread it to all those women u care & spread awareness as this is the least we can do for a social and moral cause and for the safety of women.

Monday 8 July 2013

Jangan menangis Aisya.

                                

Kata orang, kalau nak kasi mood cantik setiap hari, permulaannya adalah dari rumah. Tak kisahlah rumah flat ke rumah teres ke banglo ke, hias la secantik mungkin ikut citarasa dan kemampuan masing-masing. Aku pegang benda ni, aku buat kat bilik aku. Tak ada la cantik pun cuma kemas. Bila semuanya serba lengkap, kita rasa tak sabar nak balik rumah, kita rasa lega bila dah balik rumah. Macam tu la kot yang orang duk kata "rumahku syurgaku"? Agaknya la..

Kata Aisha, dia setuju dengan apa yang aku merepek pasal hias rumah. Tapi dia tak pernah tenang bila balik rumah. Dia rasa terperuk, rasa sempit, lemas. Dia kerap ubah susun atur barang dalam rumah. Yang lama habis semua dia buang dan ganti yang baru. Dari ruang tamu, bilik tidur, sampai ke dapur. Segala kerusi, meja, sofa, tv, peti ais, langsir, tilam, bantal, sudu, garpu, set pinggan mangkuk, akuarium, kain lapik meja, semua baru. Bila dah ganti semua baru pun dia tak senang duduk lagi, dia tukar posisi segala benda alah tu bila dia rasa nak tukar. Dia cakap dia tak boleh biar semua benda terbiar sama, nanti dia nampak arwah suami dia. Nanti dia ternampak dia orang tengah masak sama-sama, makan sama-sama, layan movie kat ruang tamu sama-sama, segala macam lagilah. Dia dah tak tahu apa lagi nak buat untuk lupakan arwah suami dia. Dia dah tak sanggup duduk situ lagi sebenarnya tapi dia terpaksa tunggu rumah yang dia beli tu siap tahun depan, lepas tu dia akan terus pindah masuk, takkan tunggu-tunggu lagi. Sepanjang enam tahun ni aku belum nampak lagi tanda-tanda dia dah betul-betul okay. Dia aje yang cakap okay tapi sikap dia menunjukkan sebaliknya. Selagi boleh elak, dia takkan pergi KLCC. Kalau bukan sebab benda mustahak, dia takkan masuk KLCC. Takat nak shopping, jangan haraplah dia nak masuk. Megan Embassy Jalan Ampang, stesen LRT Setiawangsa, area seksyen 8 Shah Alam, William Kelana Jaya, kalau dia sendiri drive, jangan harap dia nak lalu atau jejak kaki ke situ. The Mines Wonderland, UO Galaxy Ampang, jangan ajak dia tengok wayang kat situ. 

Aisya ni sebenarnya kelakar orangnya, senang buat orang gelak. Aku senang dengan dia sebab dia kelakar dengan cara dia yang tersendiri, bagi aku dia ada "character" dia sendiri. Dia tak gedik, tak cuba cari perhatian, bukan kelakar yang mulut bising tak tahu bila nak berhenti bercakap. Aisya agak pendiam tapi sifat kelakarnya jelas dari cara dia menjawab pertanyaan, dari cara dia menjawab bila orang mintak pendapat, dari cara dia bercerita tentang sesuatu untuk menenangkan orang-orang sekeliling dia yang datang mintak pandangan. Jawapan dia kadang-kadang bunyi macam kata-kata hikmah atau quotes yang indah-indah yang kita boleh jumpa bersepah dalam internet, tapi quotes dia tersendiri, bukan dia copy dan hafal dari internet, itu yang aku suka. Agaknya la.. pasal banyak kali jugak bila aku dengar ayat dia yang bunyi macam quotes dari Albert Enstein, Khalil Gibran, Fadzilah Kamsah atau A.Samad Said, aku laju-laju capai handphone dan try google, memang tak jumpa. Hehe. Masa dia bercakap tu kita nampak dia bersinar-sinar, ada bintang-bintang kecik bercahaya satu badan dia, kita jadi bersemangat dan rasa macam "eh betul jugak kan, kenapa aku tak pernah terfikir macam tu?". 

Kadang-kadang bodoh-bodoh alang, part ni dia comel, semulajadi dan bukan cuba nak buat comel. Aku pun tak faham kenapa ada masanya jawapan yang dia bagi macam orang tak pernah pegi sekolah, atau tak pernah baca paper, atau tak pernah bermasyarakat, langsung tak boleh di terima akal. Bila datang mode lurus bendul ala Mr.Bean dia tu, selalunya penutupnya ialah dia pandang orang yang bertanya soalan tu, orang yang bertanya soalan tu pandang dia, dua-dua diam dan blah sambung buat kerja masing-masing ekeke.. Itu kalau sorang, kalau empat lima orang, tengah tekun mendengar tengok-tengok dia bagi jawapan macam terencat akal, semua pakat jerit  "hak alahh.. apa benda la hang ni.." (jerit yang dalam gelak dan mode bergurau la), lepas tu semua blah tinggal dia. Dia pulak dengan muka konfiden cakap "what? betul what apa yang i cakap..". Dia lebih kurang macam ni la, kita tanya dia pasal bateri handphone, bateri kita dah nak abis tapi tak bawak charger so kat mana boleh beli charger? Dia pun dengan penuh konfiden bercakap pasal bateri, tekun kita mendengar, tup-tup rupanya dia bercakap pasal bateri kereta, kita yang tekun mendengar dari tadi rasa nak cepuk kepala dia hehe.. Tapi benda-benda macam ni la yang buat dia jadi kelakar, padahal dia bukan jenis yang banyak cakap pun. Jawapan dia kadang-kadang buat kita terbakar tapi geli hati dalam masa yang sama dan bagi aku dia charming dengan perangai dia yang satu ni. Mungkin dia tengah fikir benda lain, fikir masalah hidup dia atau program yang dia dah plan cantik, tengah syok terbang dalam dunia dia sendiri, tiba-tiba orang datang tanya benda yang perlu di jawab dengan agak panjang dan perlukan perhatian penuh, dia plak paksa diri untuk melayan, nak jaga hati punya pasal, sudahnya jawapan pun ke laut. Aku selalunya kalau jadi macam ni masa tengah bersesak-sesak dalam lrt, dengan tengah menggigil seram sejuk tahan nak buang air besar, member plak mengadu masalah percintaan.

Tapi itu semua dulu, enam tahun lepas punya cerita. Sekarang pun kalau kita tanya dia apa-apa, dia masih luangkan masa untuk jawab, bagi pendapat atau tolong berfikir untuk kita tapi bodoh-bodoh alang, comel, charming dia tu dah tak ada. Nada dia datar tanpa melodi, straight, logik, serius dan tak ada jiwa. Dia kerap share dengan aku bila jiwa dia kacau. Dia tak bercerita tapi aku yang selalu tanya bila tengok dia bad mood lain macam. Pernah gak aku cadangkan kat dia cari pengganti, itu jam mungkin dia boleh tinggalkan masa silam dia. Aku faham, mana mungkin kita boleh lupakan masa silam, kita cuma mampu tinggalkan dan cuba pergi sejauh mungkin. Dia cakap kat aku "kau pun tahu bukan sekali aku dah cuba". 

Percubaan pertama, ada sorang mamat suka kat Aisya. Mamat tu tak ada pun cakap pasal cinta, borak kosong dan borak pasal karier je. Ok la tu, cool. Tak gelojoh. Satu hari tu mamat tu ajak dia keluar, Aisya setuju so satu malam tu dalam pukul lapan malam mamat tu datang ambik dia kat rumah, gentleman. Dia orang keluar makan-makan, tengok wayang, semuanya normal sampai la satu part macam mana entah dia orang bersembang, mamat tu cakap dia kenal family arwah suami Aisya. Aisya terkejut tapi dia tak tunjuk sebarang reaksi, Aisya tanya dia macam mana boleh kenal? Dia cakap dia ex-boyfriend kakak kepada arwah. Aisya cakap "ouhh ye ke? okay..", dan itulah kali pertama dan terakhir dia orang jumpa.

Aku tahu pernah sekali dia dah happy balik macam biasa lepas kenal sorang lelaki, baik dan hensem betul orangnya. Dia sendiri cakap dia dah jumpa orang yang mampu ganti tempat arwah suami dia, dia rasa senang dan lega sebab tak rasa kosong, takut dan sunyi lagi. Kesian aku dengar dia cakap macam tu. Tapi tak lama.. sebulan lepas tu dia orang broke-up. Aisya mintak maaf kat mamat tu sebab tak dapat lupakan masa lalu, frust jugak mamat tu aku tengok, baik orangnya tapi apa nak buat, jodoh tak ada ya tak? Aisya cakap lagi, mula-mula aje dia rasa "i'm falling in love again" tapi lama-lama dia rasa dia dah tersilap dengan apa yang dia rasa. Tiba-tiba je dia rasa ini bukan cinta, ini cuma diri dia yang rasa kosong dan tergesa-gesa cuba isi kekosongan tu. Aku rasa aku faham, atau mungkin aku tak faham, apa-apalah. Satu-satunya sebab dia blah dari mamat tu semata-mata sebab nama mamat tu sama dengan nama arwah suami dia, tapi nama bapak lain la. Tapi ya la kan, berapa orang dalam dunia ni yang sayang sangat dengan seseorang, harung segala macam suka-duka hidup, berkongsi hidup bertahun-tahun, tiba-tiba orang yang dia sayang tu mati, lepas tu datang hamba Allah entah dari mana dan dia rasa orang tu istimewa tapi nama dia pun sama dengan orang mati yang dia pernah anggap separuh dari dia tu, hilang orang tu maka dia hilang separuh dari diri dia. Mungkin ada la kat luar sana yang pernah jadi dramatik macam ni tapi sejujurnya seumur hidup aku, dalam lingkungan hidup seharian aku, selain Aisya ni, aku tak pernah kenal, baca atau jumpa lagi benda macam ni. Benda cenggini aku rasa boleh tengok dalam drama tv3 je. Tapi kalau drama tv dia lain sikit la kan, dia jumpa orang yang muka sama, bukan nama sama. 

Lepas mamat tu ada la lagi empat lima orang lelaki yang terima nasib yang sama. Jalan ceritanya pun lebih kurang, mula-mula dia rasa "this is love", sebulan lepas tu dia rasa "ouh i'm so sorry dear, this is not love". Semua sebulan, ada sorang aje yang tahan lama sikit, tiga bulan. Orang luar akan anggap dia player, tapi bagi yang kenal  Aisya tentu akan faham dan tak salahkan dia. Aisya bukanlah jenis orang yang suka-suka atau sengaja nak sakitkan hati orang lain, Aisya yang aku kenal selama ni sangat setia dan sanggup harung apa saja dugaan kalau dia dah bagi hati dia kat orang yang bertuah tu. Jarumlah dia macam manapun, dia tak pandang punya.  Siapa pun yang berani apa-apakan dia, aku takkan lepas punya. Dia pernah terus-terang dengan sorang lelaki pasal situasi dia sebab dia taknak lukakan hati mamat tu, dia cakap ini bukan cinta tapi dia boleh cuba. Tapi ending sama je. Lepas tu senyap sampai sekarang, dia menyendiri, tak cuba ber couple lagi dah. Bermusim.. Ada time dia okay, normal. Kalau musim jiwa kacau dia dah datang, tak payah tanya, aku tahu. Senang je nak tahu, dia jawab soalan kita acuh tak acuh, satu lagi kalau kat kedai makan, dia minum tak pegang gelas, dia cuma rapatkan kepala kat gelas, gigit straw dan minum sambil menung jauh ke depan. Bukan menung fikir masa depan tapi kosong..

Sampai la satu petang tu aku nak naik lrt nak balik rumah, seingat aku dalam jam lapan malam. Lepas je aku touch kad Touch n Go dan masuk dalam stesen, aku lari laju-laju naik tangga pasal aku dengar ada tren kat atas. Ramai orang tapi ada space lagi boleh masuk tapi aku tak sempat naik, tren tu dah tutup pintu dan jalan. Tercungap-cungap sekejap aku kat line kuning tu. Pusing-pusing belakang nak cari tempat duduk.. aku macam kenal minah yang duduk sorang ni.. Aisya?? apa dia buat kat sini? Aku pegi tegur dia. Dia terkejut dan bila dia angkat muka tengok aku, tiba-tiba je berkaca mata dia nak nangis lepas tu dia tunduk balik. Apa kau buat kat sini wahai Aisya? Dia nampak sedikit berpeluh. Dia cakap kereta dia rosak, mungkin bateri sebab dah lama tak tukar, tak boleh start so dia tinggal dan jalan kaki datang sini. Dia rasa sedih bercampur takut, fobia semua ada sebab sejak arwah suami dia tak ada enam tahun lepas, dia langsung tak pernah naik lrt dah, zaman dia bercinta sampai la dah kawin dulu hari-hari dia naik lrt dengan arwah tapi lepas arwah tak ada dia terus beli kereta, tak berani naik lrt lagi sebab takut teringat kat arwah. Oo macam gitu.. Aku cuba tenangkan dia, borak-borak kosong gitu. Aku dah tak kira berapa tren dah yang aku biar terlepas. Bila agak dia dah okay sikit dalam nada bergurau aku cadang kat dia (cadangan yang sama - cari pengganti) cuba la lagi. Aku tak anggap dia terdesak nak cari cinta sebab aku pun nampak boleh tahan lama jugak dia dah tak keluar dating langsung dengan sesiapa, dia dah tak mencuba. Dia cakap dia ada la jugak suka-suka try kenal-kenal, like-like status, gambar dan komen-komen kat Facebook tapi dia orang tu macam tak layan je. Dia cakap dia tak kisah, dia tahu dia bukannya cantik mana pun. Sedih aje muka, mulut muncung. Tak cantik mana? Wahai Aisya, aku tengok kau je aku teringat Dian Sastro dalam video klip Peterpan - Hapus jejakmu. Aku tengok Dian Sastro je aku teringat kau. Macam gini lagi kau nak mengeluh kata tak cantik? Dalam pandangan aku la, orang lain aku tak tahu dan taknak ambik tahu. Orang kat Facebook yang tak layan kau tu buta ke? Dia ni macam dah betul give-up je ni. Kalau terus di biarkan, silap-silap sampai ke tua dia terus tinggal dalam masa silam. 

Lepas tu aku ada cakap panjang lebar sikit dengan dia, aku suka sampaikan benda yang serius dalam nada bergurau atau bersahaja, bunyi lebih kurang cenggini - Aisya, kalau nak cerita pasal rupa.. orang tak layan kau kat Facebook mungkin sebab kau tak pakai seksi, cuba kau letak gambar pakai skirt atas lagi dari peha sambil mabuk ke, gambar dalam club ke. Mungkin jugak sebab kau letak semua gambar bertudung dan lelaki tak berani nak tegur sebab fikir kau terlalu baik, tak tahulah, aku main cakap je. Err tapi kau memang baik pun. Ada orang yang biasa-biasa aje tapi dalam gambar dia nampak menarik, ada orang yang sangat cantik tapi dalam gambar dia nampak biasa aje, kau yang itu la kot, tak fotogenik, tak fotogedik. Bagi aku kau bukanlah perempuan yang lelaki boleh jatuh cinta dengan tengok gambar je, kau bukanlah perempuan yang lelaki boleh jatuh hati dengan hanya terserempak di kaki lima, kau jenis yang lelaki tu perlu habiskan masa dengan kau, tak payah lama-lama, empat lima hari dah cukup untuk buat dia baru nak rasa "eh dia ni orang yang menarik sebenarnya, aku baru perasan..". Aku bukan cakap lelaki tu kena duduk serumah dengan kau, maksud aku bekerja dengan kau atau apa-apa komitmen yang kau orang buat sama-sama la. Aku ingat lagi dulu kawan kau ramai-ramai beriya-iya cuba tarik perhatian sorang mamat ni, ya la mamat tu kan ada kaitan dengan kerabat Pahang. Kau pun tak nafi mamat tu hensem tak ingat punya tapi kau langsung tak pandang dia, langsung tak cuba bercakap atau senyum kat dia, bukan sebab sombong tapi sebab kau rasa tak layak, kau rasa kau bukanlah siapa-siapa nak berkawan dengan dia. Tinggi sungguh sifat merendah diri kau. Alih-alih mamat tu yang jumpa aku, suruh sampaikan salam kat kau, kau tahu apa mamat kerabat Pahang tu cakap kat aku? Kau ingat lagi kan? Dia cakap masa dalam ramai-ramai perempuan yang tengah pandang dan cuba bercakap dengan dia tu, dia perasan dalam celah-celah group tu kau sorang je yang langsung tak cuba apa-apa, kau pandang tempat lain macam dia tak wujud kat situ, dia rasa macam "eh ada something special kat minah ni, dalam ramai-ramai kawan dia tergedik-gedik ni, dia sorang je yang buat macam aku tak wujud kat situ". Sudahnya lain hari dia sendiri yang datang tegur kau rite? Dulu kau ikut trip bercuti boss bawak,dengan aku dan geng-geng pekerja. Pekerja lain tu plak bawak kawan-kawan, dalam tempoh empat lima hari tu kau yang paling senyap, tanya sepatah jawab sepatah, dia orang pun cakap pendiam sangat kau ni. Tapi sudahnya dua tiga orang jugak yang sangkut dengan kau, pun jambu-jambu semuanya. Bukan aku kata dia orang jambu, kawan-kawan kita yang nak try dia orang yang kata. Mungkin dari perwatakan kau yang sekejap nampak macam bijak, sekejap nampak macam lurus bendul, tiba-tiba dia orang perasan kau sorang yang charming. Belum kira lagi berapa orang lelaki yang dah ter couple dengan kawan-kawan kau, lepas tu bila dah bercampur dengan kau, dia orang rasa "kenapa aku tak perasan dia ni dulu?". Paling aku tak percaya bila ada sorang artis lelaki popular ajak kau tengok wayang. Kalau aku cerita kat orang, kalau aku sebut nama dia, memang satu Malaya kenal, memang famous. Dia ajak kawan dia tengok wayang tapi dia suruh ajak kau sekali, kiranya dia ajak kau la tu, tapi dia tak ada cara nak cakap sebab nombor telefon kau pun dia tak ada, rite? Lepas tu dia sendiri yang hantar kau balik rite? Lepas tu kau orang lost contact empat lima bulan, lepas tu tiba-tiba satu hari kau terkejut beruk sebab dia call kau. Tapi perkenalan kau orang terlalu singkat, dia menghilang tanpa sebarang alasan. Aku rasa mungkin sebab dia ada banyak pilihan, yalah.. sangat famous orangnya, aku tahu macam mana life style orang-orang rich and famous ni.

Aku tak tahu apa sebenarnya perasaan dan pandangan kau kat aku, mungkin esok lusa tiba-tiba kau pesan kat aku jangan berharap sangat, ini bukan cinta tapi kau boleh cuba, mungkin dalam masa sebulan dari sekarang kau akan cakap yang kau tersilap tentang perasaan kau kat aku, kalau aku bertuah sikit mungkin dalam dua tiga bulan lagi. Aku pun bukan budak-budak lagi nak memaksa orang sukakan aku, kalau jodoh kita panjang, satu hari nanti biar aku ceritakan kat kau kisah cinta aku pulak dan aku tak percaya kau tak menangis bila dengar apa yang dah aku jalani. Tapi bukan sekarang. Abaikan. Yang penting ialah sekarang, ini kisah kau wahai Aisya, aku bangga dan rasa bersyukur Allah bagi aku satu watak dalam kisah hidupmu. Mungkin bukan watak utama tapi aku tak peduli itu semua. Terpulanglah kat kau untuk menilai di mana tempat aku yang sepatutnya. Yang aku tahu sekarang, kau separuh dari diri aku yang aku dah jumpa. Tidak kurang pentingnya sebagaimana kau selalu mengadu kat aku sejak enam tahun lepas betapa pentingnya dia yang menjadi sebahagian dari diri mu, hilang dia maka hilanglah sebahagian dari diri kamu. Fuhh.. dah lama aku hafal bahasa novel cenggini, tak sangka dapat cakap betul-betul kat kau wahai Aisya. Aisya gelak dalam tengah menangis bila dengar aku cakap macam tu. Itu dia.. ekspresi yang dah lama hilang dari riak wajah kau wahai Aisya.. Lepas tu Aisya kasitau aku benda yang aku langsung tak sangka.. Dia cakap selama ni bila dia jiwa kacau, aku sorang aje yang jadi tempat dia mengadu, ada la jugak dia luah kat housemate dia, tapi kalau lelaki, aku sorang je. Dia cakap lagi, dia pun tak pasti kenapa dia luah kat aku, tapi dia rasa senang dengan aku, dia cakap dia sendiri pelik dengan aku, ramai sangat lelaki yang cuba dekat dengan dia tapi kenapa aku langsung tak cuba? Bagi aku, aku langsung tak keluar ayat-ayat yang cuba mengurat sebab aku sendiri nampak berapa punya susah dia nak lupakan arwah suami dia, tapi aku sentiasa ada bila dia cari aku, tak pernah tak ada, itu sajalah yang aku boleh buat, tanda aku sayang dan ambik berat tentang kau wahai Aisya. Lama-lama dia ada rasa 'something' dengan aku tapi dia simpan dalam hati, dia cakap dia tak fikir aku punya rasa yang sama kat dia sehinggalah lepas dengar apa yang aku baru luahkan tadi, dan sebab aku asyik suruh cari pengganti. Sekarang dia nak kenal aku secara peribadi, dia cakap sekarang baru dia perasan aku tahu terlalu banyak tentang dia dan dia tak tahu apa-apa pun tentang aku sebab selama ni aku hanya jadi pendengar yang baik, dan tiba-tiba dia rasa lapang, tenang dan rasa takut nak naik lrt tu dah hilang tah ke mana, dia tak sabar nak balik naik tren yang seterusnya. Kembang kempis hidung aku, punya la happy dengar dia cakap macam tu.

Dari jauh aku nampak lampu tren seterusnya. Okay dah boleh balik. Tapi tiba-tiba aku teringat sesuatu. Eh Aisya, rumah kau kat Kelana Jaya kan? Bukan ke kau patut naik Putra LRT? Ini STAR LRT dan tren ni menghala ke Bukit Jalil, apa kau buat kat sini wahai Aisya? "Aah laaaa, tersilap pulokk!" Jawab Aisya sambil tepuk dahi. Apa benda la hang ni Aisyaaaa..." Aku pun tepuk dahi..

- Yusuf

















Tuesday 12 February 2013

Amar, Akbar, Anthony.


Terasa malas nak mukadimah panjang-panjang, dipendekkan cerita malam tu dalam pukul sepuluh malam lepas habis bersukan, aku duduk melepak dikedai mamak, dengan earphone ditelinga, aku melayan ipod dengar lagu Separuh aku. Dah jadi rutin lepak makan-makan dulu lepas tu balik rumah. Kebetulan kat meja sebelah aku ada empat orang muda, nampak gaya dalam lingkungan 20 ke 25 tahun. Order makan minum kat mamak, order sebotol shisha flavour watermelon grape mint kongsi empat orang, empat-empat orang dah macam naga aku tengok, berkepul-kepul asap shisha. Tiga orang budak Cina. Ah-Seng, Joe (nama glamer agaknya), Joe ni terang-terang Cina tapi tah kenapa ada orang ingat dia Melayu (mengikut apa yang dia cerita la), aku pun tengok muka dia memang muka Cina, tak ada rupa Melayu pun.. dan Han (nama glamer Kpop agaknya). Hebat budak-budak ni berasap. tapi aku nak kata apa, takkan nak marah pulak, tak kenal dah satu hal, dan bukan dia orang mintak duit aku pun nak order shisha. Yang si Han ni tak cukup dgn shisha, dia hisap rokok letrik sementara tunggu turn dia sedut shisha. Dan sorang lagi budak India aku dah lupa nama dia, so aku bagi dia nama la ye? Nama dia Amar. Hehe bunyi macam Bollywood sket ye dak? Kalo dia tahu aku panggil dia Amar pun mesti dia suka, bunyi macam budak hensem hehe. Saja la aku taruk nama dia Amar pasal melihatkan budak-budak ni buat aku teringat zaman kecik-kecik dulu aku pernah tengok cerita hindustan tajuk Amar, Akbar, Anthony. Amitabh Bachan, Rishi Kapoor dan Vinod Khanna berlakon. Cerita ni best, adik beradik yang terpisah dari kecik, sorang dibesarkan oleh Kristian, sorang Hindu dan sorang lagi Muslim. Best.. Tak caya kalu try la cari tengok, kat Youtube pun ada, blockbuster woo..

Hehe bukan nak bercakap pasal cerita hindustan, tapi situasi kat kedai mamak ni yang buat aku teringat cerita tu. Aku perlahankan volume ipod bila apa yang budak-budak tu sembangkan menarik perhatian aku untuk terus duduk situ dan curi-curi dengar. Anda penah tak duduk kat mana-mana kedai makan, ada satu group yang bersembang apa-apa sajalah topik yang menarik perhatian? di tambah pulak ada sorang pak lawak kat situ yang dia punya cerita bikin kawan-kawan dia pecah perut, kita yang meja dekat dengan dia pun tumpang gelak. Hubungan budak-budak ni unik dimata aku. Ya la normal la kalau kita tengok dalam satu tempat kerja bercampur aduk pelbagai bangsa antara sesama pekerja, antara bos dan pekerja, doktor dan jururawat, pilot dan pramugari, normal la.. bila kat luar, bukan waktu bekerja, masing-masing duduk dalam kelompok bangsa masing-masing. Nak nampak orang-orang dewasa macam aku ni duduk satu meja bergelak-gelak macam budak-budak ni tak ada dah la. Mungkin ada la kot tapi "rare" dalam pandangan mata aku ke mana pun aku pergi. Apa yang sebenarnya menarik perhatian aku ialah empat orang sahabat ni memang dah berkawan dari kecik dan rupa-rupanya ada sorang budak Melayu kat situ. Jadi kat situ ada dua budak Cina, sorang Melayu dan sorang India. Sekejap lagi aku kasitau siapa yang Melayu dekat meja tu. Dah sekian lama aku jarang nampak orang berbeza agama, bangsa dan budaya ni bleh duduk sekali. Pasal aku lupa budak India tu nama apa so aku buat terer kasi dia nama Amar. Perwatakan nampak macam remaja bermasalah, Han dengan bertindik telinga, pakai rantai. Tapi aku percaya ada nilai-nilai baik dalam diri dia orang, lagipun aku rasa siapa aku nak menilai orang dari luaran? yang nampak baik belum tentu baik, yang nampak jahat belum tentu jahat, yang baik pengakhirannya belum tentu syurga, yang jahat pengakhirannya belum tentu neraka. Allah saja yang Maha Mengetahui. Mula-mula dia orang sembang kosong gelak-gelak je, curi basikal, curi-curi bawak keluar kereta bapak tengah malam buta, kena kejar anjinglah, bertumbuk sana-sinilah, tengah main snooker mak datang katok dengan kayulah, tengah main mesin kuda bapak datang tepuk belakang badanlah, tapi aku mula pasang telinga bila si Joe sebut "aku benci manusia racist!". Ini jam aku stop terus album Noah Seperti seharusnya yang aku layan kat ipod dan buat-buat muka tak ada perasaan, muka tak dengar apa yang dia orang sembang..

Amar : Hang dah kenapa??

Joe : Tak ada apa-apa, cuma aku tiba-tiba teringat kes eksiden petang semalam masa aku ikut Abu, Ahmad, Jai sama Saiful pergi makan kat Uptown Damansara. Abu bawak dia punya Cefiro. Masa tu pukul enam petang so memang tengah sesak semua orang dah keluar ofis maa, sudah dekat dengan rumah Jai ada satu traffic light, kita mau belok kanan so kita stay lane kanan, ada empat kereta depan kereta Abu mau belok kanan. Lampu hijau kereta jalan, tapi kebetulan sampai turn Abu mau belok kanan, lampu sudah kuning, traffic light pun cepat sangat tapi sempat lagi la kita mau jalan. Aku duduk depan sebelah Abu, dari side mirror kiri aku sudah nampak satu Toyota Camry warna silver pecut laju, aku tau dia mau kejar sebelum lampu merah. Dia belok laju dan sudah bergesel dengan bumper depan kereta Abu. Sudah masuk kanan dia stop tepi jalan, bersebelahan dengan gerai makan, semua org dekat gerai tu tengok. Abu stop depan kereta dia. Aku tengok belakang, pompuan Cina umur dalam 30-an. Abu bukak seat belt mau turun kereta, Abu pesan sama kita orang tak payah turun, itu pompuan satu orang nanti dia takut. So Abu sorang saja turun pergi kautim dengan dia. Dari dalam kereta aku tengok pompuan tu tak turun kereta, dia tengah call somebody, maybe family member dia, Abu tunggu luar serupa kayu. Ya la maybe dia panik ka apa aku taktau la. Sudah lama sangat aku tak boleh tahan so aku turun pergi dekat Abu, aku tengok pintu kanan dia ada scratch warna merah sikit saja, merah cat kereta Abu. Sementara aku ada situ, Abu pergi tengok dia punya bumper depan. Aku tengok pompuan tu masih on phone, takmau turun kereta. Abu datang dekat aku, dia cakap tak apa jom la, ada scratch sikit saja, tak kemek. Abu sudah cakap macam tu tak apa la, lagi pun Abu senang punya orang, maybe dia tak kisah sangat dan malas mau panjang cerita. Aku pulak jadi tak puas hati pasal sikap pompuan ni so aku panggil dia "miss".. sambil aku ketuk dia punya tingkap dan kasi isyarat suruh turun tingkap, dia takmau keluar, it's okay aku faham dia takut. Kalau mau fikirkan, apa dia mau takut? Baru pukul enam petang jalan tengah sesak, stop pulak sebelah gerai ramai org ma, takkan dia fikir kita mau hentam dia depan orang ramai? Kita pun bukan bodoh mau buat jenayah, saksi ramai ma. Tapi tak apalah, sekarang jenayah sudah tak kira siang ka malam, kita faham. Dia turunkan tingkap tapi paras mata saja, takut? Okay aku boleh terima. Aku lagi naik darah bila tengok dia masih on phone, cakap Cina. Dia call dia punya suami. Taktau la aku agak saja pasal dia ada sebut sayang. Kita bukan mau mintak ganti, Abu pun sudah cakap tak apa. Tapi aku mau tunggu dia say sorry, come on la.. you sudah buat salah say something la, dia mintak maaf pun cukup la aku mesti ajak Abu blah. Tapi aku hilang sabar bila sampai satu part aku dengar dia cakap "cepat la datang sini, kereta ni lima orang, semua lelaki Melayu, dua orang tunggu luar kereta saya, Melayu bodoh ini mesti mau mintak duit". Maybe dia tak perasan aku Cina atau dia tau aku Cina tapi dia fikir aku tak dengar sebab dia turunkan tingkap sikit saja, paras mata saja. Tak cakap banyak aku tumbuk cermin kereta dia, tapi tak kuat la, tak ada niat pun mau kasi pecah atau mau tarik dia. Aku maki sama dia, orang-orang dekat gerai semua tengok, yang bangun pun ada. Aku maki dalam bahasa Cina, translate Melayu lebih kurang macam ni la - "lu betul satu tak guna punya pompuan, bodoh sombong! Lu takmau turun tak apa tapi bertanggungjawab la, lu sudah buat salah! Lu say sorry pun sudah cukup ma, kita berdiri sini macam kayu sepatah haram pun lu tak cakap sama kita, lagi lu mau bersikap racist! Lu tak ada tempat kat sini ma, lu mau racist lu pergi berambus!". Aku tunjuk jari tengah sama dia then aku ajak Abu blah. Dia ternganga muka terkejut tengok aku cakap Cina sama dia. Abu pun ternganga. Dalam kereta mau balik Abu tanya aku - kenapa Joe kenapa? kau tiba-tiba macam masuk tok tadi kenapa Joe? - Aku cerita la sama Abu, dia gelak kuat-kuat. Ahmad, Jai dan Saiful pun gelak kuat-kuat. - Macam tu ke? Bahahaha! wah Joe, aku susah nak tengok kau marah macam ni tau! bahaha! Tapi ya laa.. kenapa dia nak racist.. mintak maaf pun dah cukup, aku ni cepat sejuk hati - kata si Abu. Aiyoo tuan kereta boleh cool macam ni, aku pulak yang mengamuk lebih.. Jai mencelah - pelik jugak aku, macam mana dia boleh tak tahu kau Cina Joe? Dulu tak kenal kau pun aku tahu kau Cina. Aiyoo mana aku tau, mungkin sebab Abu turun dulu so dia tak perasan, dia memang tak tengok muka aku pun, asyik sibuk on phone, pompuan gila! Tapi kan Abu, Ahmad, Jai, Saiful, you guys tau ka, aku pun hairan sebenarnya. Aku pernah pergi supermarket sama Ah-Seng dan Han. Han mau beli syampoo, masa tengah tengok-tengok syampoo tu kita sambil-sambil sembang dalam bahasa Melayu, kebetulan amoi promoter syampoo tu ada dekat situ so dia dengar kita sembang. Sambil gelak amoi tu tanya "you guys chinese right? kenapa cakap Melayu? Aku dengan Ah-Seng sama Han sudah gelak, aku tau amoi tu tak sedar Muhammad Borhan bin Hamzah ni sebenarnya Melayu.

Astaga.. Lepas dengar si Joe ni cakap macam tu baru aku sedar Han tu Melayu! Nama pendek Han, nama panjang Muhammad Borhan bin Hamzah! Hantu betul.. mata sepet, kulit cerah, rambut lurus, memang macam Cina! Hehe! Okay aku sambung balik cerita si joe..

Joe : so aku saja tanya amoi tu, sini ada Melayu, you rasa antara kita tiga orang sapa Melayu? Amoi tu tenung Ah-Seng, tenung aku, lepas tu dia tenung Han. You Melayu.. Amoi tu cakap sambil jari tunjuk muka aku. Aikkkk? Mcm mana boleh i pulak? Han sama Ah-Seng sudah bantai gelak. Ini dua orang Cina ma, saya Melayu.. Celah Borhan. Amoi tu pun gelak. Bahahaha!

Riuh rendah kedai mamak ni dengan gelak tawa empat sekawan ni, si Han sampai terbatuk-batuk dengan asap shisha. Aku pun nak tergelak tapi aku tahan dan pandang tempat lain.

Ah-Seng : ya la aku pun kadang-kadang rasa kelakar, hang tau ka Amar, ada satu kali tu aku, Joe dan Han pergi makan ais kacang dekat casher, kita duduk situ sembang Melayu, gelak-gelak, situ ada satu juke box, kita pasang lagu. Sekejap lagu English, sekejap lagu Andy Lau, sekejap lagu Melayu. Semua Chinese dekat situ sudah pandang kita, kita gelak saja la. kita sedar dia orang mesti hairan kenapa tiga budak Cina ni sembang bahasa Melayu, dengar lagu Melayu? Joe pun dengar ada amoi-amoi meja sebelah cakap dalam bahasa Cina, heran tengok kita. Haha dia orang tak tau Han Melayu.

Amar : Ya la Joe, Han.. aku pun sedey jugak dan tak faham dengan orang yang racist. Kita boleh saja duduk sama-sama, kongsi itu ini sama-sama, kenapa orang kat luar sana tak boleh? Saja la mau cerita. Hang ingat tak Han satu malam masa Deepavali dulu abang aku kemalangan depan simpang keluar dari taman? kepala dia keluar darah banyak sudah serupa satu baldi sebab tada pakai helmet. Masa tu arwah bapak hang ada lagi. Dia, Haji Sahak, dengan Ustaz Hafiz yang kebetulan baru balik dari surau yang nampak Siva jatuh. Hang ada masa tu tapi duk tengok dari jauh, hang penakut darah hehe.. bapak hang yang call ambulan. Aku rasa nasib baik arwah pakcik Hamzah cepat, tak panik, ambulan pun cepat sampai, kalau tak aku pun tak tau apa jadi kat Siva. Lepas tu baru orang ramai mula berkerumun, kereta motor banyak yang slow nak tengok, yang parking tepi jalan pun ada, arwah bapak hang sampai bukak baju Melayu pakat balut kepala abang aku yang dah tak sedar diri tu. Sementara nak tunggu ambulan sampai tu nak jadi cerita, lintas satu BMW.. bapak dengan anak, Melayu.. dia berhenti kejap, bukak tingkap, anak dia cakap "papa papa, eksiden!", bapak dia tanya kat sorang mat motor yang berhenti tengok abang aku.

Teruk ke?

Teruk pakcik, pecah kepala.. Jawab mat motor.

Melayu? Tanya si pakcik.

Haa?? Ouhh, India pakcik. Jawab mat motor.

Hmm.. ye ke.. takpelah, bukan org kita.. Balas pakcik BMW.

Dia naikkan tingkap, terus pecut. Aku dengar dan nampak dengan mata kepala aku sendiri. Masa tu aku terlalu kecik untuk marah atau faham pasal isu perkauman. Bila dah besar dah bijak sikit ni, fikir-fikir balik memang kecewalah. Bukan kita mintak dia bawak Siva ke hospital pun.

Han : Aku tau, Ustaz Hafiz pun dengar, dia cerita kat arwah bapak aku, balik rumah arwah bapak aku cerita kat mak aku, kami adik-beradik dengar, apa bendalah pakcik tu..

Amar : Lepas Siva sudah sihat dia dengan bapak aku datang rumah cari arwah bapak hang tau, bapak aku menangis peluk arwah bapak hang. Siva beli baju Melayu kasi dekat arwah bapak hang, sebagai ganti baju Melayu yang dia guna untuk tekup kepala Siva yang bocor tu. Kehkeh! Mula-mula arwah bapak hang tolak tapi bila Siva bergurau cakap "kalau pakcik taknak, sapa nak pakai? Takkan saya nak pakai?" Terus arwah bapak hang ambik, hehe..

Han : Aah aku tau tu, pandai pulak Siva pilih saiz yang ngam dengan bapak aku, hehehe..

Amar : Hahaha tapi lawak la Han, Joe orang ingat Melayu, hang orang ingat Cina, suda tukar ka??

Ah-Seng : Hang ada darah keturunan Cina ka Han?

Han : Tak tau la Seng, aku ada jugak tanya parents aku "kita ada darah Cina ka?" Depa (mereka) pun tak tau. Depa sebut nama-nama datuk, moyang dan atas-atas lagi, semua nama Melayu. Yang aku tahu moyang aku dulu datang Tanah Melayu naik tongkang dari Sumatera. Tapi boleh jadi ada, sebelah mak atau bapak itu aku tak pasti, pasal mak bapak aku, adik-beradik aku semua muka Cina. Sama macam aku, pergi mana-mana mesti ada orang tersilap ingat Cina. Tapi nak hairan apa, aku percaya kebanyakan orang Melayu yang ada sekarang memang dah mix dengan macam-macam bangsa dah pun. Haha Ah-Seng hang tau tak dulu masa aku tolong Joe buat burger kat pasar malam, datang awek si Zaki order burger, dia pelik sebab tengok kita sembang Melayu so dia tanya pasaipa hangpa dua-dua Cina cakap Melayu? Joe gelak macam orang gila dan kasitau dia aku ni Melayu la. Mati-mati dia tak percaya sampai dia suruh aku mengucap so aku mengucap la. Yang peliknya aku kenal awek si Zaki ni dari kecik, macam mana dia bleh tak tau aku Melayu? Hehe..

Ah-Seng : Ya la, orang selalu ingat hang Cina, kita duduk sama-sama memang lagi orang tak perasan hang Melayu la.

Amar : Tapi Joe, laku ka hang punya burger jual kat pasar malam majoriti situ semua Melayu? Seumur hidup aku, hang sorang saja Cina yang aku kenal bukak burger, aneh-aneh la hang Joe.

Han : Hahaha itu la pasal! Nak kata tak laku pun tak jugak, kira ada untung jugak la walaupun tak banyak. Yang buat burger tu jahanam bukan pasal orang tak beli, tapi bila lapar, Joe si tauke masak burger, dia sumbat perut sendiri. Dah tengok dia buat macam tu, aku tiru la. Tapi tak banyak la, satu hari sebijik je. Aku buat pun kalau masa tu aku tolong dia masak. Nak melingkupkan lagi, dia bukak kat pasar malam hari Jumaat ja. Hari-hari lain dia bukak depan kedai snooker bapak si Ah-Seng ni. Time dia jaga, kawan datang beli. Kawan masuk dalam main snooker, dia guna duit burger tu masuk main snooker sekali, mana tak lingkup bisnes! Tambah menjahanamkan lagi, kawan order burger pun dia suruh masak sendiri, dia kat dalam main snooker. Kalau aku ada, aku tolong masak, habih kalau aku tak ada, kalau aku pun masuk dalam tagteam dengan dia, memang kawan-kawan masak sendiri makan free la.

Amar : Yenadaaa.. kalau bukak bisnes, aku tendang hang awal-awal la Joe, jangan harap nak jadi business partner aku!

Joe : Deyyy berani hang berkata begitu, hang nak kena tumbuk tang (dekat/di) tulang rusuk laju-laju ka?

Bahahahahaha! Kecoh satu meja dengan gelak empat sahabat ni. Aku toleh muka tempat lain tahan gelak, hehe..

Han : Ya la, kalau nak cakap pasal racist, aku jumpa dah terlalu ramai la kawan. Aku tak nafi semangat kebangsaan tu penting, tapi bila terlalu kuat, taksub dengan semangat kebangsaan, itu yang boleh timbul sikap perkauman. Hangpa ingat tak dulu masa malam minggu aku kena rembat sampai pengsan masuk ICU sebab nak tolong Azhar? Budak-budak motor ramai-ramai nak pukul Azhar, memang silap Azhar pun, bawak kereta sengaja pergi himpit sorang mat motor tu sampai jatuh, aku duduk sebelah dia masa tu. Lepas tu Azhar pulak pandai pergi berhenti tepi jalan nak tengok budak-budak lumba haram. Aku dengan tiga orang lagi yang dia bawak dah tak sedap hati, Azhar cakap jangan risau, kawan dia ramai kat sini. Last-last budak yang jatuh tadi pun ada kat situ, apa lagi, kena kepung la si Azhar. Elok ja dia orang nak pukul dia aku buat hero pergi masuk, ambik la ubat.. Sorang lagi member yang cuba tolong masuk longkang, cermin kereta Azhar belah yang aku duduk pecah, Azhar sihat, aku yang terkangkang masuk wad. Tak best langsung alasan budak-budak motor tu, depa cakap depa rembat aku pasal depa ingat aku Cina cuba masuk campur. Si Azhar pulak tiba-tiba boleh masuk geng depa, rupa-rupanya bapak-bapak depa samseng seangkatan, buta-buta aku terkangkang masuk spital. Esoknya kat spital sejuk jugak la hati awek aku yang comey tu pagi-pagi dah naik teksi datang melawat, hehe! dia nak jaga aku tapi apakan daya pihak hospital tak kasi, hehe! Lusanya pulak Azhar boleh datang mintak duit nak ganti cermin kereta dia yang pecah kena hempuk dengan helmet. Sorang kawan baik aku yang kebetulan sampai dulu sebelum Azhar, maki dia kat situ jugak. "Han dengan mata biru, tak boleh bangun, lu boleh datang sini mintak ganti rugi, kalau lu blah malam tu tak jadi macam ni, Han boleh ja tengok lu kena rembat malam tu, budak-budak tu bukan kenal dia pun, budak-budak tu kepung lu ja tapi atas dasar kawan, dia tolong lu, tapi kenapa lu ni bangsat sangat?". Hehe tapi kelakar jugak, masa dalam bilik kecemasan aku tersedar kejap, tak boleh bukak mata tapi boleh dengar. Atendan-atendan hospital bukak baju dan seluar aku, nak bawak masuk bilik x-ray. Sorang tu ambik wallet kat poket seluar aku lepas tu aku dengar dia cakap "laa.. Melayu.. aku ingatkan Cina", lepas tu aku pengsan balik. Sedar-sedar dah dalam wad. Terasa disayangi jugak la masa tu, kawan-kawan ramai yang datang melawat, mak kawan-kawan pun datang, Joe pun ada datang.

Joe : Haha tapi kan Han, masa tu hang memang sebijik macam Cina pun, dengan rambut dye, baju hitam ada naga.

Han : Hehe betul la tu Joe, tapi sampai sekarang aku tak boleh terima alasan depa rembat aku. Sampai satu masa, depa tau aku Melayu pun, depa still biadap jugak. Aku ingat lagi zaman chatting Mirc dulu, seingat aku dalam setahun lepas kes pukul tu, tiba-tiba ada sorang mamat tegur aku, bukan nak bersembang tapi sengaja provoke, cari pasal dengan aku. Masa tu aku pakai nick name souichiro_sorimachi. Yang hebatnya dia provoke tu kat chatroom, bukan private chat so semua orang dalam tu boleh nampak. Sudah la salam pun tak bagi, terus dia cakap "souichiro_sorimachi mula-mula kenal aku ingat kau ni Cina, awek pun macam Cina, ehh awek kau tu bagi kat aku la. Aku tanya dia balik hang ni siapa? kita kenal? terus dia balas - kau ni dulu dah kena pijak ramai-ramai tak payah nak berlagak hebat la, jangan sampai aku pulak datang pijak kau. Aku tak pasti dia ada tak malam tu, tapi cara cakap macam dia dengar cerita ja. Tapi maybe puak-puak dia yang buat so dia tau cerita. See, nampak tak sikit punya cantik adab dan bahasa dia.. Oihh orang dah sebut-sebut awek kita, kita yang kononnya ada darah panglima dewata raya ni pun angin la, dia belum kena tendangan tanpa bayang lagi ya tak? hehehe.. terus aku reply balik, aku tak tahu siapa hang, dan aku tak pernah cari masalah dengan orang, orang ja yang selalu cari masalah dengan aku. Mungkin sebab aku ni kurus, kecik, orang suka pijak kepala. Kalau hang rasa hang hebat tak apalah, datanglah pijak aku bila-bila masa hang nak, aku tak kenal hang tapi hang kenal aku, so hang ada kelebihan kat situ, kalau hang nampak aku kat mana-mana hang rembat terus dari belakang, depan-depan pun boleh, confirm aku tak sempat melawan sebab aku tak kenal hang. Then dia cabar aku, dia cakap kalau aku berani keluar sekarang, tunggu kat tempat sekian-sekian, sekarang jugak dia nak pijak aku. Terus aku start motor pergi tunggu tapi dia tak datang pun.

Ah-Seng : bahaha! gila macam Chan Ho Nam la hang Han!

Han : Bukan Seng, fikir-fikir balik kalau betul dia datang pun memang aku tak boleh lawan dia, tapi masa tu dah panas hati sangat-sangat, biadap betul dia. Sebab apa aku cakap tak terlawan? Dipendekkan cerita tak lama lepas tu Allah nak tunjuk, aku tahu siapa dia, selidik punya selidik, lahhh.. dia ni ka? kawan-kawan jugak rupanya.. besar orangnya, main ragbi lagi. Lagi sekali aku naik darah, dah tak fikir soal kalah menang sebab bagi aku dia terlalu biadap, aku tegur dia dalam Mirc - hang rupanya.. aku tunggu hang malam tu kenapa hang tak datang? hang memang "A" punya kawan, hutang aku pun hang buat bodoh tak bayar, lagi hang nak awek aku, nak pijak aku. Mungkin sebab dia termalu sendiri sebab dah kantoi, dia mintak maaf dan janji nak bayar hutang aku. Aku cakap hang simpan ja duit tu, aku tak ingin duit hang. Terus dia diam tak tegur aku dah.

Ah-Seng : dia hutang apa Han? Banyak ke?

Han : Ekeke lima hinggit ja. Duit snooker ja pun. Aku tak kisah pun pasal duit tu, dah lama aku halalkan. Aku ungkit sebab memikirkan dia ni manusia tak sedar diri. Masa tu lepak snooker, aku baru ja kenal dia, kira kawan atas kawan la. Tiba-tiba dia ajak aku fight table, sapa kalah bayar. Aku tak pandai main pun tapi sebab masa tu ada duit sket so aku on ja la. Tup tup dia kalah.. Dia mintak pinjam duit dulu sebab dia seluk-seluk poket, tinggal duit nak buat tambang balik naik bas merah. Dia ingat dia cun sangat gamaknya, duit tak ada berani ajak orang fight table, last-last kena tapau dengan aku yang sayur ni ja. Lepas tu jumpa kat mana-mana dia lupa atau buat-buat lupa aku tak tahulah dan aku tak kisah pun pasal lima ringgit, kalau lima puluh ribu memang hikmat cakar penolak awan bakal hinggap kat leher dia. Boleh ja lepak dan bergelak sama-sama, jadi atas alasan apa, salah aku apa yang tiba-tiba dia nak biadap sampai macam tu? Nak jadi cerita lagi, baru lagi, dalam 5-6 bulan lepas, kawan aku cakap sorang hamba Allah ni call dia, pun aku kenal, kaki racist jugak dan penah buat taik dengan aku, mintak tolong sebab dia orang nak kena parang dengan sapa ntah. Aku tanya kawan aku hamba Allah ni kat mana dan dengan siapa? Tup tup hamba Allah ni ada dengan mamat yang nak pijak aku tu. Terus aku cakap kat kawan aku, kalau hangpa semua setuju nak pergi tolong, aku ikut. Bukan sebab nak tolong dia tapi sebab hangpa semua kawan-kawan aku ni pergi, takkan aku sorang selesa nak balik tidur? Tapi kalau hang tanya aku secara peribadi, aku tak ingin pergi. Dari dulu depa ni sama ja, suka cari masalah dengan orang, sekarang dah bertemu la buku dengan ruas, hang hebat sangat dulu nak pijak orang kan? Sekarang hang hadap la.. Kebaikan dibalas dengan kebaikan, itu biasa. Kebaikan dibalas dengan kejahatan, itu biasa. Kejahatan dibalas dengan kebaikan, itu mulia dan aku tak semulia tu. Kalau diikutkan, pasal hutang kita tak boleh pandang remeh Seng, sikit ka banyak hutang tetap hutang, kita buat salah dengan Allah kita boleh terus mintak ampun kat Allah, kita buat salah dengan manusia kita kena mintak maaf dari dia. Kalau mati tak sempat bayar hutang teruk akibatnya Seng. Biar kita jadi susah tak ada duit sebab bayar hutang daripada susah bila mati tak sempat bayar hutang. Kalau orang tu halalkan alhamdulillah, kalau tak? Kalau hutang kita bayar balik, lain kali kalau kita susah pun orang percaya nak tolong lagi. Hang tengok Ah-Soon sebelah kedai hang, aku selalu repair motor kat dia. Dia baik sampai tahap aku tak ada duit pun dia bagi aku repair dulu, dia cakap tak apa ada duit nanti baru bayar, dia tak kasi date line pun bila last kena bayar. Lambat atau cepat aku mesti bayar, alhamdulillah dia percaya aku. Bila orang dah percaya kita jangan betray kepercayaan yang dia bagi kat kita. Aku dah banyak kali kena so aku faham macam mana rasanya so aku usaha seboleh-bolehnya taknak buat kat orang lain. Hehe Ah-Soon tu pun satu lawak punya orang, yang dia tau repair motor, tengok cd lucah, jumpa aku jelir lidah buat isyarat lucah, lepas tu buta huruf tak tahu baca. Tapi takpa la, buta-buta dia pun dia dah kaya, pandai berdikari, aku yang celik ni habuk pun tak ada. Sekarang dia dah kawin, Ah-Soon tak kesunyian lagi hehe!

Ah-Seng : Tapi kalau sudah nama pun kawan, kita kena tolong kawan la Han.

Han : Yes.. Betul tu Seng.. Semua orang pun aku kawan, hang cakap saja sapa, hisap gam? hisap dadah? ganja? kaki pecah rumah? kaki minum? aku boleh ja melepak tapi aku tak ikut apa depa buat, dah kenal dari kecik takkan aku nak buang depa. Ada yang berubah jadi lebih baik, ada yang jadi lagi teruk dari dulu, kena hukum gantung pun ada, nak buat macam mana kalau itu jalan yang depa pilih. Sebagai seorang Muslim, aku tak ada hak nak judge depa, itu bahagian depa. Mungkin Allah dah ampunkan depa sapa tahu? Aku ni tak tahu lagi apa penyudahnya. Kita tolong orang sekali, lain hari dia cari kita mintak tolong masalah yang sama, itu aku tak kisah pasal nama pun kawan, tapi kalau yang jenis nama saja kawan, tak pernah nampak muka, tak pernah nak ambik tahu hal kawan-kawan, tahu-tahu ja dia timbul tah dari mana call kita, sampai kita tahu asal dia call saja, mesti ada masalah, hang mau angkat call ka? Daripada ikhlas terus jadi tak ikhlas. Aku pun heran kenapa orang suka panggil aku keluar lawan, nak kata muka aku macam Bruce Lee jauh sekali, kurus macam penagih ja, kerja car wash ja hari-hari cuci kereta, ada satu kali hamba Allah ni call aku mau lawan dengan satu bangsa lain, hang sudah parking dia punya tempat tak bayar, hang punya tayar sudah kena clamped, hang bayar ja la, buat apa nak pukul dia? Lagi nak cerita pasal bangsa, agama, syahid. Aku bukan nak ceramah, tapi Islam tak ajar semua tu. Kalau nak mati syahid kena perang mempertahankan agama, ibadah wajib dan sunat tak boleh tercicir, adab-adab berperang kena jaga, bukan boleh main cantas ja. Nak cantas pun perlu niat kerana Allah, bukan sebab hati hang sakit, dendam, geram atau marah. Kalau hang angkat senjata jerit Allahuakhbar kuat-kuat pun tapi mati sebab gaduh kaum, jangan mimpi nak syahid. Firman-Nya yang bermaksud: “Wahai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal.” (al-Hujuraat: 13)

Ah-Seng : Whoaaa.. hang bunyi macam ustaz Azhar Idrus la Han, hehehe. Tapi ya la Han, orang jahat mana-mana pun ada, apa bangsa pun ada. Tak perlu mau bangkit pasal kaum padahal kita boleh duduk sama-sama baik-baik. Aku punya bapak ada sorang kawan Melayu tau, nama takmau cakap la silap-silap nanti hang kenal. Dia kuat judi punya orang, orang lain pergi shopping dia tengok saja pasal duit dah habis, dia selalu tahan diri takmau main mesin judi tapi ada duit punya jam dia mesti main. Aku ingat nasib dia baik sikit pasal dia belum kawin, kalau dah kawin aku tak tahu la macam mana. Sampai satu tahap dia pun tak tahu macam mana nak stop, dia jumpa aku punya bapak, dia mintak bapak aku pegang duit dia. Berapa banyak aku tak tahu la tapi aku bukan nak cakap pasal judi, bukan pasal tak boleh percaya bangsa sendiri, cuma satu benda baik yang aku nampak - kepercayaan antara sahabat, berlainan bangsa dan agama pulak tu. Bila dia nak belanja apa-apa baru dia mintak sama aku punya bapak. Mungkin kat luar sana ada lagi relationship yang macam ini cuma aku susah nak nampak la.

Aku terkedu sekejap dengar perbualan empat sahabat ni.. Lepas tu aku layan dengar si Han yang muka tak berapa nak Melayu tu sambung cerita lagi..

Han - Arwah bapak aku dulu pun best friend dia Chinese, uncle Tan, aku ingat lagi nama dia. Depa satu tempat kerja. Masa bapak aku jatuh sakit dia yang tolong pergi belikan apa-apa yang patut, dia tolong pergi bayarkan bil letrik, bil air, tolong itu ini pasal masa tu abang-abang dan kakak-kakak aku kecik lagi, aku pun baru tadika. Masa aku form 3 sakit bapak aku makin melarat, dah tak boleh nak bawak motor pergi kerja, bapak aku bagi uncle Tan pegang motor dia, nak bagi kat anak-anak tak boleh, semua tak ada lesen. Lepas bapak aku meninggal baru dia serah balik motor tu kat family aku. Dapat kat aku habis.. baru berapa bulan pakai dah kena saman pasal tak ada lesen..

Ah Seng : haha hang dengan arwah bapak hang sama. Dulu hang pegi U.S hang kasi aku pakai motor.

Han : ya la Seng, daripada aku kasi kat kawan, memang ada yang mintak tapi hang pun tahu kan dia orang macam mana.. Confirm buat pergi race, cakap nak pinjam sekejap, tunggu punya tunggu berjam-jam, tahu-tahu balik tayar depan pecah, rupa-rupanya buat angkut bohsia pergi main kat kubur Cina, cakap nak pinjam sekejap balik rumah tahu-tahu pegi town beli gam hang pun tahu kan? Lepas aku balik pun ada yang cakap "ya la.. dia lagi percaya Cina daripada kawan-kawan dia sendiri". Aku senyum saja tak cakap apa pasal aku tahu depa bergurau ja, kalau betul-betul kecik hati pun aku taknak komen apa-apa. Tapi aku tahu apa jadi kat motor tu kalau aku serah kat depa. Daripada dibuat sebagai jentera lumba dan bawak pompuan, baik aku bagi hang pakai bawak pergi sekolah. Sekarang dah tak macam dulu Seng. Kecik-kecik dulu mak bapak aku pergi kerja, abang-abang kakak-kakak aku pergi sekolah, aku sorang ja sekolah petang, pagi-pagi aku bangun pegi rumah Aya yang bawak teksi tu, Aci bini dia pun baik sangat dengan aku, hari-hari bagi makan capati kehkeh! Dah pukul 11 baru aku balik rumah siap-siap nak pegi sekolah. Lepas Aci mati kesian Aya tinggal sorang-sorang. Masa aku form 3 dua orang cucu dia datang tinggal dengan dia. Ni si Amar ni dengan abang dia. Hari-hari main sama-sama dengan kawan-kawan aku yang lain. Masa tu kumpulan nasyid Raihan tengah meletup-letup, depa siap hafal lagu Puji-pujian. Siap nyanyi sambil pegang tangan yang tak tahan tu, tergelak-gelak aku tengok depa nyanyi dengan suara nyaring hehe!

Amar : hahaha! ya la, main gasing, main badminton, main bola. Han, hang ingat Rizal lagi kan? Kita selalu pergi main game kat rumah dia, pagi-pagi celik mata ja terus pergi rumah dia main game. Bapak dia pakai kereta katak kuning masa tu (volkswagen), yang lawaknya asal aku pergi rumah Rizal ja, bapak dia mesti ada bawah kereta, entah apa yang dia repair pun aku tak tahu, lajunya tak jugak hehehe!

Han : bahahaha! Betul-betul! Bapak dia sayang gila kereta katak tu. Ada sorang lagi pakcik yang sayang gila-gila dengan kereta pra sejarah dia, pakcik botak depan umah aku, selang satu rumah dengan hang. Tapi okay la kereta dia, old school.

Amar : hahahaha! Kereta Fiat putih tu! Podahhh la dia, rumah dia corner lot, tanah dia sikit punya besar apa, pasaipa dia nak jugak parking kat luar rumah? kita nak main bola pun tak senang. Tapi kita main tak pernah pun kasi kena kereta dia. Satu hari tu kita main bola, dengar suara dia menjerit dari dalam rumah "hei budak-budak ni kalau kena kereta aku sapa nak jawab!". Kita stop main bola terus bawak keluar gasing hehe. Main gasing pun sopan ja kehkeh!

Han : hahaha! ya la, tak lama.. esok paginya bonet belakang kereta dia hancur.

Joe : woh.. kenapa? hangpa kasi pecah ka?

Amar : yenadaaa Joe, bukan la. Ada satu kereta sudah kasi hantam belakang kereta dia, mengantuk ka apa tak tau la, lepas tu lari, orang luar kot. Pagi-pagi tak nampak, dengar bunyi berdentum saja. Lepas repair reti pulak dia parking dalam kawasan rumah. Tu la, maki lagi budak-budak tak berdosa, dia tak tau aku ni berdaulat.

Bahahahahaha! Empat sahabat ni gelak tak ingat dunia tak peduli orang lain. Aku toleh tempat lain lagi sebab nak cover gelak. Kesian pakcik botak kereta Fiat pra sejarah tu. Lepas tu aku kembali buat muka serius buat-buat tak dengar perbualan budak-budak majmuk ni.

Amar : Han, sejak bila hang close dengan Ah-Boon?

Han : hehe dulu kan lepas habis SPM aku pindah, dah tak duduk taman kita. Tapi hari-hari aku datang lepak taman dengan hangpa semua. Dah aku tak ada rumah kat situ, snooker si Ah-Boon tu la jadi rumah kedua. Hari-hari datang petang balik malam. Tiap-tiap petang pukul enam aku dah ada kat situ layan drama Cina petang-petang dengan dia anak-beranak. Habis drama Cina pergi makan pulak sama-sama kat depan snooker tu, kalau time bulan puasa pun Ah-Seng semua teman aku makan. Main snooker, melepak, bersembang, main judi kuda semua sekali, lepas tutup kedai lepak makan sama-sama lagi, lagi meriah bila hangpa dan kawan-kawan kita yang lain pun join sekaki. Bila dah hari-hari, maybe itu yang lama-lama jadi close. Chinese New Year punya jam aku siap tidur kat rumah dia. Nak jadi cerita ada satu malam tu, hari Jumaat. Jumaat kan taman kita ada pasar malam. Hang ingat tak gaduh kaum ramai-ramai kat pasar malam tu? Alaa masa tu baru habis SPM kan, zaman gelap, budak-budak baru nak up punya gaduh, poyo ja lebih konon gangster. Tapi gila jugak masa tu kan, campur dua-dua belah pihak aku rasa sampai seratus lebih orang jugak tu. Dengan kawan-kawan kampung sebelah pun datang support kehkeh! Kita tak suka orang racist tapi kita pernah hanyut jugak sekejap dulu. Apa punca gaduh aku pun dah tak ingat, sebab bodoh-bodoh ja rasanya. Petang tu aku bawak kayu-kayan, besi-besi paip, pergi sorok kat semak-samun sebelah snooker Ah-Boon. Hehe sampai sekarang Ah-Boon tak tau, kalau dia tau memang makan maki la aku. Dalam pukul 8 malam kita semua dah ramai, dah amik senjata masing-masing (Allah... senjata konon..) dan terus masuk bergaduh dalam pasar malam. (Ini la akibatnya banyak sangat tengok Young and Dangerous). Dulu masa aku ngam dengan Azhar dan kawan-kawan yang lain semua, kami selalu beli vcd-vcd kat sorang Cina jual vcd haram kat pasar malam tu, kebanyakannya cd cerita gangster la. Kalau bukan kat situ, aku selalu beli kat kedai vcd tempat Mei Ying kerja. Nama ja beli, aku selalu dapat free, well, dah Mei Ying jaga kaunter, aku bermaharajalela la kat situ hehe! Nama ja kedai vcd, belakang tu cuba masuk tengok, ada mesin kuda kehkeh! Aku pernah jadi taik kuda sekejap la masa habis SPM dulu. Nak kata terer tak pun tapi aku tak pernah rugi besar. Alah masa tu menang rm50 pun dah rasa kaya, dah rasa diri ni God of Gambler (pengaruh vcd lagi). Main kuda kat snooker Ah-Boon aku suwey sket, tak pernah menang pun so aku jarang main, (kuda kat kedai Ah-Boon antara salah satu punca utama perniagaan burger Joe si Ramli burger melingkup, hahaha aparaaa Joe!). Kawan aku nama Eddy Pon pun suwey main snooker kat situ, tengah syok-syok main boleh mak dia masuk perambat dia dengan kayu snooker, bahahaha! Kalau zaman tu ada handphone canggih boleh rakam dah lama aku rakam. Masa tu aku orang pertama dalam kawan-kawan kita yang mula-mula pakai handphone. Allah... bangga la kononnya, handphone cap Erikson (masa tu belum Sony Erikson lagi), sudah la besar timun, siap ada antena panjang gila, jangan kata baling anjing, katok kepala orang pun boleh arwah. Tapi kalau kuda kat kedai Mei Ying (kedai vcd kononnya), aku King. Tak pernah kalah, aku pergi dengan assistant tak bertauliah aku si Eddy Pon, asal balik ja mesti ada hasil. Bawak balik vcd, hasil kemenangan plak buat perabih kat snooker Ah-Boon dan burger Joe. Ishhh mana fikir halal haram dah masa tu, astaghfirullahaladzim.. Satu malam tu, suwey sket. Aku main sampai tinggal seketul ja duit syiling rm1. Aku masuk rm1 dalam mesin, aku suruh Eddy Pon tekan, aku nak pergi toilet dah tak ada mood nak main, memang bajet kalah ni nak balik terus. Nak jadi cerita aku keluar toilet tengok-tengok Eddy Pon tersalah tekan. Dia nak tekan rm5 tapi tertekan rm175 punya kuda. Confirm kalah. Tapi slow-slow aku tengok kuda rm175 tu potong kuda-kuda lain sampai dia duduk depan sekali. Menang! Ekekeke berterabur syiling token jatuh keluar. Gara-gara salah tekan tiba-tiba ong sudah mari. Eddy Pon ajak cash out dan blah tapi tiba-tiba mata aku macam ada api, nak main lagi. Tiba-tiba jadi terer, aku macam dapat baca kuda yang bakal menang. Aku dengan Eddy Pon menang besar hari tu, pakcik-pakcik Cina yang main sama kat situ semua follow kuda yang aku pilih masa tu termasuk bapak mertua aku, bapak si Mei Ying kehkeh! Tak percaya tanya Eddy Pon. Rm300 lebih jugak kami menang masa tu, tauke kedai tu cakap boleh tak datang amik duit esok? Mesin kat kaunter dah tarak duit. Aku cakap tarakkk.. Mau duit hari ni jugak hehe. Malam tu aku dengan angkuhnya beli vcd banyak-banyak kat Mei Ying, beli, bukan free macam selalu. Hasil kemenangan aku bahagi sama rata dengan Eddy. Esoknya aku jumpa Eddy Pon bertinggung depan snooker Ah-Boon, muka sedih duit dia dah perabih kat Ah-Boon punya kuda. Aku cakap "padan muka hang, la ni jom ikut aku pergi shopping". Last-last dia jadi supir aku bawak pergi karaoke, shopping baju seluar kat pasaraya Yawata, aku beli rantai silver bodoh kat Mei Ying, kira dah sweet habis masa tu. Eddy Pon nganga tengok saja bahaha! Sapa suruh berjudi sorang-sorang tak ajak King kan?

Joe : waii.. mana cerita gangster pasar malam? dari tadi nama amoi hang ja yang aku dengar.

Tanya si Joe dengan muka mengantuk.

Han : Err.. lupa-lupa hehe. Okay-okay. Dalam pukul 8 malam kita semua dah ramai, dah amik senjata masing-masing dan terus masuk bergaduh dalam pasar malam. Ah-Seng nak ikut tapi aku tak bagi. Gila punya kerja, tahu kat bapak dia masak aku. Dulu masa aku ngam dengan Azhar dan kawan-kawan yang lain semua, kami selalu beli vcd-vcd kat sorang Cina jual vcd haram kat pasar malam tu, kebanyakannya cd cerita gangster la. Selalunya aku datang muka dia mengantuk. Tapi masa bergaduh tu betul-betul sebelah meja dia bukak vcd, kelam-kabut dia kemas cd. Ada beberapa benda lawak malam tu. Satu, masa aku angkat besi nak hayun sorang mamat tu, dia boleh angkat dua-dua tangan macam menyerah kalah sambil cakap "abang jangan abang, kita satu sekolah, abang kenal saya kan? Dengan takdak belas kasihannya aku katok besi kat belakang badan dia. Yang nak lari naik motor tak sempat pun ada, jatuh ja dari motor terus lari, hilang.. Tak dapat orang, motor kami kasi hancur. Tiba-tiba sebelah aku ada sorang brother ni jerit Allahuakhbar! dah tua dah, tah dia muncul dari mana, punya la kuat dia takbir, dia nak mati syahid agaknya? tahu-tahu ja dia dah bergelut dalam semak dengan sorang tentera musuh, aikk.. seingat aku masa berkumpul depan snooker Ah-Boon tadi dia tak tersenarai pun. Confirm! ekeke. Kecoh satu pasar malam, berterabur semua bila polis datang. Ada member aku dah kena gari kat pagar, aku dah lama lari balik rumah jadi munafik tukar kain pelekat, pakai songkok purak-purak baru keluar surau. Simpan motor kat rumah, keluar kayuh basikal pergi snooker Ah-Boon. Aku tengok snooker kosong, baru lepas kena serbu, Eddy Pon ada la kat situ, buat muka udang kering, muka tak bersalah. Berani dia, padahal dia antara tentera barisan hadapan tadi. Member aku yang kena gari tadi pun ada kat kedai makan kat depan snooker, muka tenang ja makan pasembur. Macam mana mamat ni boleh lepas? Aku sendiri nampak dia tersadai kat pagar kena gari. Tiba-tiba Ah-Boon sampai dengan Honda Cup dia. Ah-Seng, Tan, adik-adik dengan pakcik-pakcik dia yang selalu ada kat situ hari ni tak ada, Ah-Boon dah suruh balik agaknya. Turun motor ja Ah-Boon terus marah aku.

Ah-Boon : You pergi lawan ka tadi?!

Han : Mana ada Boon..

Ah-Boon : You takmau tipu la, saya bukan bodoh punya orang! Siapa ajar lawan ni?!

Han : Ala relaks la Boon, tak ada apa jadi pun, Ah-Seng bukannya ikut pun, dia mana ada tadi.

Ah-Boon : Aku bukan tanya Ah-Seng ikut ka tadak ikut, aku tanya siapa suruh you pergi lawan?! Siapa ajar ni?! Kalau jadi apa-apa, apa macam? You jangan buat macam ni lagi, kita sayang you macam kita punya anak sendiri you tau ka?!

Han : Marah betul dia.. aku terus terdiam tak tau nak cakap apa. Terkejut terharu semua ada. Eddy Pon yang bersandar kat pintu snooker tersengih-sengih tengok aku. Ouhh ya, Chinese guy yang jual vcd kat pasar malam tu, minggu depannya aku pergi pasar malam laju ja dia offer cerita itu cerita ini. "haa tailo mari-mari, sini ada cerita gangster baru, haa you tengok ni, Young and Dangerous 6, haa ini pun cerita gangster jugak, bunuh-bunuh punya!" Aku beli Young and Dangerous, dapat satu lagi free hehe.. Tapi tuhan nak tunjuk, aku buat orang, tak lama lepas tu Dia bayar "cash" kat aku. Setahun lepas tu yang aku kena rembat ramai-ramai tu. Ambik ubat..

Joe : Form 5 dulu Han couple dengan Mei Ying hangpa tau kan? 1st love dia. Tapi hangpa tau tak kisah cinta tak jadi dia masa darjah 2 dulu?

Han : hahahaha! wei Joe! yang tu takmau la ceritaaaa!

Amar dan Ah-Seng : cerita cepat cerita cepat!

Joe : hahaha! darjah 2 dulu dia suka kat sorang budak pompuan, nama dia Aida. Satu kelas la kami semua. Han suka gila dengan dia tapi masalahnya Han tak berani cakap, kira cinta tak terucap la, sama la macam dia gila kat si Anis tu hahahaha! Kalau aku jumpa budak Anis tu memang aku tunjuk semua gambar-gambar yang dia curi.

(Han tersengih-sengih sambil berkepul-kepul sedut shisha sambil pasrah menunggu untuk digelakkan ramai-ramai. Joe bercerita sambil menggigil tahan gelak).

Joe : dia selalu gedik kontrol hensem pergi buat-buat pinjam pemadam la, pinjam pengasah pensel la, itu ja modal yang dia ada nak tegur Aida. Asal lintas kat meja Aida ja buat-buat ikat tali kasut depan Aida. Tapi satu hari tu lepas dia terberak dalam seluar langsung Aida taknak kasi pinjam apa-apa dah kat dia!

Bahahahahaha! Empat sahabat ni gelak macam orang gila lagi sekali. Han pun pasrah je gelak sama.

Han : haha bagero Joe! pecah rahsia aku! adoiii.. malu gila aku masa tu, kaldai punya Aida, lepas tu terus pulaukan aku. Cehh pemadam dua kupang pun kedekut ka? Hehe..

Sampai situ je perbualan empat sahabat ni. Terhenti bila Ah-Boon bapak si Ah-Seng call. Lepas tu Ah-Seng serah phone kat Han.

Han : ya Boon? kami kat kedai mamak Boon. Hehe sempat la Boon, dari sini nak ke KLIA dalam 30 ke 40 minit ja, check-in pukul 1 pagi Boon, flight pukul dua pagi, sekarang baru pukul 11:45. Hehe sempat la, time-time ni nak hala ke Sepang kereta dah tak banyak, Ah-Seng bawak Passat maaa bukan Ex5. Hahaha ya la ya la kami nak bertolak dah la ni. You jaga diri ehh Boon, nanti balik dari France saya ajar you French language ekeke! Ok Boon, love you lah, kita jumpa lagi 3 tahun dari sekarang!

Oooo.. nak hantar kawan ke airport rupanya.. Entah datang dari mana dia orang ni, kalau nampak dia orang lagi next time aku nak duduk sebelah table dengan dia orang lagi hehe.. Dah bayar shisha semua terus dia orang gerak.

Ah-Seng : Han, hang jangan terberak dalam kereta aku tau..

Han : bagero lu Seng!

Bahahahaha! Empat sahabat gelak lagi. Naik kereta dan terus menghilang..

Uniknya budak-budak ni.. Bapak kelakar pulak tu.. Bagi aku la, orang lain aku tak tahu la kan, mungkin biasa je bagi orang lain. Apa yang unik? Ikatan dia orang yang berlainan latar belakang agama dan bangsa lain macam sket. Mungkin ramai je kat luar sana yang macam ni, tapi bukan dalam lingkungan pengetahuan aku. Tah..aku tak penah nampak pun.. Kalau ada pun, duduk sembang hal kerja adalah, yang boleh sembang hal-hal peribadi macam ni aku tak jumpa lagi. Satu lagi yang aku suka ialah dia orang duduk table yang kecik. Table yang muat untuk dua orang, bukan table untuk empat orang. Aku faham betapa rapatnya dia orang sebab aku sendiri memang suka macam ni. Aku tak suka bila makanan je hidang atas meja, kakak, abang ambik lauk lepas tu duduk kat sofa, anak buah duduk depan tv menghadap cartoon network atau disney channel yang meng brainwash kan otak budak-budak, semua buat hal masing-masing, mak sorang-sorang kat meja makan. Kalau kat luar ramai-ramai dengan kawan-kawan pun aku tak suka bukak meja banyak-banyak (kalau ikutkan aku la). Aku kat sini, nak sembang dengan kawan kat ujung sana sampai kena tinggikan suara, sini sembang hal sini, sana sembang hal sana. Aku suka sempit, biar penuh semua benda atas meja, biar rapat kita semua, sembang apa pun biar semua dengar, nak bergelak ke nak sembang hal serius ke putus cinta ke apa ke. Biar rapatnya ikatan antara kita luar daripada biasa. Bukan la sempit sampai tak muat nak letak gelas atau pinggan, kalau letak pun hujung-hujung sampai kena pegang takut jatuh berterabur, bukan macam tu. Kalau dah tak muat sangat baru tambah meja lagi. Hehe tapi tengok keadaan la, kalau kedai pun penuh dengan orang, kita dah sampai tapi ada 10-15 orang lagi on the way, agak-agak la susun untuk jumlah tu, tak ada la 15 orang tapi ambik meja untuk 6-7 orang. Karang 15 orang tu sampai meja dah tak ada pun susah jugak. Aku paling benci orang yang susah nak nampak muka, kalau jumpa pun masa balik kampung nak beraya padahal kat sini duduk dekat-dekat je. Semua orang pun macam tu, normal la, semua orang ada kerja, ada hal masing-masing, ada masa depan, maksud aku ialah orang yang kita tahu, asal nama dia naik kat skrin handphone kita je, kita dah tahu - ini tak lain tak bukan mesti masalah. Dia cari kita pasal dia ada masalah je. Bukan nak suruh jangan tolong atau pentingkan diri. Well, aku rasa anda boleh faham. Nak cerita panjang pasal ni pun tak guna, satu sebab pasal empat sahabat ni dah cukup panjang, satu lagi sebab seumur hidup aku, sepanjang pengalaman aku, buatlah baik sebaik mana pun, lain orang lain cara dan tahap otak dia mentafsir, kebaikan dan niat baik kita tetap disalahertikan, tetap jadi bahan mengata orang. Kadang-kadang salah pengertian tu terlahir atas kelemahan diri kita sendiri jugak yang kadangkala merasakan cara kita bercakap, nada suara dan perbuatan kita sudah cukup lembut tapi masih kurang atau kasar dimata orang lain. Tapi tak kisahlah, aku belajar dan diajar untuk menghulurkan bantuan, memberi ikhlas (apa yang termampu) dari hati semata-mata mengharapkan keredhaan dariNya, bukan demi wang atau ucapan terima kasih dari bibir manusia..