Thursday 15 September 2011

Bila bintang berbisik ke telingaku.

Hai kawan, kejarlah apa yang kau impi, tak pernah aku sekat apa yang kau mimpi, jadi berhentilah menyusahkan aku lagi, tunjuklah pekertimu yang sejati, jika benar engkau lelaki. 

Lantanglah padaku, tunjukkan pendirianmu, aku pasti mengerti. 
Jadi berhentilah bermuka-muka bersetuju denganku, 
setuju perkara yang kau rasa menyusahkan diri, 
perkara yang kau tak ingin terjun bersusah payah denganku,
tanpa engkau, aku takkan mati.

Hai kawan.. ingin aku gelar sahabat, yang bilangannya dalam hidupku hanyalah beberapa kerat, 
kau bukan tidak ada baiknya, tapi sahabatkah engkau? 
apa saja keluhmu pada mereka tentangku, 
di penghujung hari sampai juga ke telingaku. 

Bersikap terbukalah jika benar engkau lelaki,
aku dah cuba tapi kau yang memilih untuk jaga tepi kain sendiri, sembunyi dan menjauhkan diri,
kalau itu yang kau pilih, jangan lepaskan masalah pada aku, 
selesaikanlah dengan akal bijakmu. 

Bangkitlah dengan namamu sendiri, 
kalau kesenangan dan sanjungan yang kau cari,
sahabatkah engkau? aku ada tanpa di minta bila engkau bermasalah, 
takkan aku ungkit, kau fikirlah sendiri, 
itu pun kalau kau lelaki yang mengenang hati budi. 

Kau juga ada di masa kesusahan datang menimpa, 
di masa bertembung dengan manusia-manusia buta hati yang mampu mengheret ke dalam situasi hidup dan mati, tapi tak perlulah kau kata ''kalau jadi apa-apa, 
cukuplah melihat dengan mata, aku takkan turun dari kereta'', 
jangan kau lupa aku juga tidak pernah meminta kau mempertahankanku. 

Jadi atas dasar apa kau tunjuk muka?
sahabatkah engkau? bila terus meletakkan kesalahan dibahuku, 
tanpa tahu hujung dan pangkal cerita, siapa pengkhianat, siapa mangsa, apa lagi yang boleh aku kata, 
bila yang kau bela itu saudara seperjanjianmu sendiri,

bila aku berdiam, saudara engkau naik kepala,
apa lagi yang boleh aku kata, bila aku 'bersuara', dia jadi tikus sembunyi dibelakang singa tua, 
aku bukan Izrael yang datang mahu merentap nyawa, 
engkau pula datang entah dari mana mahu membela. 

Kau bela manusia yang terang-terangan munafik, manis budi bicara, 
beratus kali meminta maaf pada perkara yang tak dilakukan, 
rupa-rupanya cuba menutup hati dan perilaku yang lebih busuk dari bangkai, 
kau bela manusia yang melukakan sesama manusia, manusia yang mengaku aku ini teman, 
manusia yang bersekedudukan sejurus selepas solat, 
manusia yang baru sahaja selesai menunaikan solat subuh di waktu matahari sudah meninggi, entah sudah mandi wajib atau tidak sebelum bersemuka denganku dengan topeng iman, 
tapi bermaksiat, menghancur luluhkan hati, tanamkan rasa benci yang mungkin takkan aku lupa sampai mati. 

Kau bela manusia yang bersumpah dengan nama Allah dan kitab suciNya semata-mata mahu berdusta padaku, wahai sang pencipta langit dan bumi dan seluruh isi cakerawala, 
sesungguhnya Engkau Maha Kaya memberi petunjuk padaku, 
di sebalik musibah yang membuat aku hampir gila meraung menyembah bumi, 
rupanya ada pengkhianat yang mahu Kau jauhkan dariku, 
membuat aku sedar akan rencana besar yang sudah tertulis untukku, 
membuka mata hati yang selama ini sangsi dengan kewujudanMu, 
sesungguhnya benar aku tidak sendiri, 
Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun Engkau pada hambaMu yang lalai dan ingkar selama ini. 

Aku bukanlah pejuang agama, bukan dewa, 
hanya hamba yang terlalu hina, yang banyak melakukan dosa, 
andai Raqib layak ku lihat dengan mata, 
akan ku ampu tulislah segala kebaikanku walau sebesar zarah, 
andai Atid dapat ku sapa selayak manusia, 
akan ku seru, akan ku rayu sebelum dia melebar sayap naik ke langit, padamlah..
sekurang-kurangnya kurangkanlah kejahilanku yang kau tulis dalam buku kejahatanku,
tapi perlakuan kalian yang sama seperti membunuh saudara seagamamu sendiri, 
tak pernah dan tak tergamak untuk aku buat,
lalu mahu di panggil apa dengan manusia sedemikian rupa? Yahudi mabuk? 
semoga kita bertemu di hari pengadilan kelak, 
dan engkau? tak tahulah, biar Dia yang menilai hambaNya, 
tapi padanlah engkau dan dia satu keluarga. 

Salahkah aku? itu biar aku saja yang tahu, aku sedia bercerita tapi apa boleh buat,
kalau kau pun tak berminat nak ambil tahu siapa benar siapa palsu, 
layakkah engkau salahkan aku? 
cerminlah dirimu dulu, kau pun sama kacak sama bodoh dengan saudaramu,
kau minta aku bersabar di atas semua yang terjadi, 
tapi bila terkena batang hidungmu sendiri, tahu pula kau carut sumpah seranah, rasa teraniaya, mula kumpul bala tentera, mahu hingga ke titisan darah yang terakhir kononnya, 
menjaja cerita sini sana, termasuk aku. 

Untuk apa? sokongan moral? tenaga? kau tunggulah sampai kiamat,
kau pergilah merayu singa tua, itu pun kalau taringnya masih ada.. 
itu baru orang 'cuba'.. kau dah melatah,
kalau bernasib malang sepertiku, amuk lagak Hang Jebatlah agaknya.

Sahabatkah engkau? kau tak suka apa yang aku suka, itu tak apa,
aku pun tak pernah memaksa engkau untuk suka,
engkau sendiri yang datang dengan suka-suka hatimu secara sukarela, aku juga yang dipersalahkan. 

Sebenarnya kita boleh seerat isi dan kuku, 
aku, kau dan mereka yang sebaris dengan kita, aku juga punya cara untuk ke arah itu, 
tapi yang aku pasti tentang dirimu, 
kau pasti ketawa pada perkara yang serius dalam mata fikirku,
ketawalah engkau bila melihat aku buat apa yang aku suka, 
nak anggap aku badut pun tak apa, 
aku masih boleh ikut kau ketawa, tapi yang lucu itu engkau, andaikata masuk raja lawak, 
dalam perkiraanku kau pasti jadi juara, 
dengan nama badut inilah kau memperalat dan merosakkan mereka, 
bila tak tahu nak lari kemana, badut inilah tempatnya kau campakkan bala,
masih banyak kalau nak dikata bila bintang berbicara denganku, 
memberitahu warna dan siapa dirimu,
tapi kau tak pernah bersikap terbuka, terpaksalah aku mengeluh disini saja,
dan aku akur silapku, terlalu sempit minda dan akalku, 
yang baik itu semua datangnya dari yang Esa, 
segala keburukan pastinya dari diri aku sendiri, 
semoga Atid tidak menulis keluhan ini sebagai satu kejahatan,
dan Gibran bukanlah idola, 
tapi ada satu hasil seninya yang mengingatkan aku pada manusia seperti engkau, 
dan mereka-mereka yang hanya layak di gelar pengkhianat - 

KEBIJAKSANAAN - Kebijaksanaan tidak lagi merupakan kebijaksanaan apabila ia menjadi terlalu angkuh untuk menangis, terlalu serius untuk tertawa, dan terlalu egois untuk melihat yang lain kecuali dirinya sendiri. Periksalah buku kenanganmu semalam, dan engkau akan tahu bahwa engkau masih BERHUTANG kepada manusia dan kehidupan. 
KEBENARAN - Diperlukan dua orang untuk menemui KEBENARAN, satu untuk MENGUCAPKANNYA dan satu lagi untuk MEMAHAMINYA. Aku tidak mengetahui kebenaran mutlak. Tetapi aku menyedari KEBODOHANKU itu, dan di situlah terletak KEHORMATAN dan pahalaku.
SUARA KEHIDUPANKU memang tak akan mampu menjangkau TELINGA KEHIDUPANMU tapi marilah kita cuba saling bicara, barangkali kita dapat mengusir kesepian dan tidak merasa jemu..


Saturday 10 September 2011

The Promised Land.


Belum mengerti erti duniawi, dah di jamah rakus keji insani,
dalam usia masih belum mengerti, 
tanpa perlu memikirkan jerih kehidupan, erti kepayahan, 
bukan waktunya..

Meraung dirinya di sisi ibu, yang terbaring kaku hampir hancur, peluru yang buta pun meluru, tembusi tubuhnya yang suci itu, lalu perginya sertai ibu, tinggalkan dunia yang membencimu.
 
Semoga tuhan mencucuri rahmat ke atas dirimu,
kami di sini mendoakanmu, merindu selalu..
 
Kebenaran yang di canang itu palsu, agenda 
- itu propaganda.
Yang naik dan berkuasa? The False Messiah, anggota majlis tertinggi 13, syarikat senjata, perfileman dan anak-anak mereka.

Kepalsuan, bohong, dusta yang di ludah, di injak-injak, di padam - itu cahaya kebenaran.
Yang jatuh dan hancur? 
Palestin, aku, engkau, akhlak dan maruah anak-anak kita,
sasarnya cuma satu - Haikal Sulaiman di bawah Al-Aqsa.


 
Siapa idolamu? siapa sumber inspirasiku?
Goro memijak makam Salahudin Al-Ayubi sambil berkata "bangkitlah wahai Salahudin, 
sesungguhnya kami telah kembali!".

Sudah terang minta di suluh, 
sana perang sini duduk bersimpuh,
aduhai umat kaku, aduhai umat bisu..
 
Di segi tiga Masonry, kita yang terakhir, terbawah,
goyim, paling hina, hamba selamanya,
hanya dengan satu mata menakluk minda dan jiwa.



Hitam

Hujan lagi..memang lebat tiap-tiap hari, eh pegi la angkat kaki, nanti kau basah, aku kuyup tak apa jangan kisah. Aku lapar aku dahaga, menggigil tahan sejuk perah tenaga, itu tak apa, masalahnya bintang malam sudah tak lagi ada. Kabus, gelap, hitam pekat, lilin ada tapi angin kuat, terimalah nasib lastik pun dah patah. Tapi aku nak tunggu di sini lagi, ada sesuatu yang aku pun tak tahu apa,tapi aku dapat rasa, yang buat aku rasa nak terus tunggu, dongak ke langit gelap yang tak menjanjikan apa-apa, cuma ada awan yang belum mahu berhenti menangis, petir dan guruh yang bengis. Jangan datang dan cuba bagi semangat, jangan datang dan cuba pujuk aku pulang, tolong simpan riak muka resah, lagipun aku belum nak mengaku kalah. Mimpi aku tinggi, sayup terbang ke angkasa, gah..alhamdulillah. Tapi aku jatuh patah.. jangan peduli, jangan angkat, jangan papah, biar aku merangkak, toleh pun jangan.. jangan sia-siakan walau setitik pun peluh mu untuk ku, kau boleh teruskan langkah. Apa yang tersisa, aku kutip satu persatu, dapat tak cantum secantik dulu, serah Dia jadi penentu, hanya Dia yang Maha tahu.